cuti ni memang pack, schedule penuh dengan kenduri kendara... sekejap Pasir Mas, sekejap Rantau Panjang, dan Pasir Mas balik...
lain-lain, dekat aje..
Most Waiting Moment tentula tunggu MBB datang rumah untuk ke Jerantut... =)
dia sampai dalam pukul 12.30 macam tu.. kemudian g solat Jumaat dengan Abah.. setel-setel semua, kemudian pergi kenduri kawan... tapi takde pict pun sebab tak rasa nak amik gambar pun... taktau kenapa musim ni memang takada rasa nak bergambar pun... =(...
kemudian berlaku salah faham antara saya dan MBB, opss tapi bukan gaduh.. saya faham lain dia faham lain... dia ingat ada lagi kenduri kat Bukit Bakar, Machang, sedangkan kami dah pergi satu-satunya kenduri kat Bukit Arang tadi... so, alang-alang heading ke atas, kami terus ke Kb... sampai pun dalam pukul 4 dah...
tapi betulla dunia ni kecil aje.. terjumpa kawan satu IPG, Azwan atau lebih faymes dengan panggilan sarjan kat KB Mall tu.. ingat nak cari Sabri dengan makwe dia, tapi tak ada jumpa lak...
balik KB dalam pukul 7.30, misi mencari hotel dekat Kuala Krai berdepan kesukaran sedikit... huhuhu, semua berpunca daripada sikap sendiri jugak sebab tak alert dan pikir positif je.. amikk kau... ingatkan kat bandar kecik ni, takada sapa yang nak datang. sebab bukan ada tourism attraction pun kan.. tapi rupanya semua hotel(bajet macam banyak je hotel kat cini.. hahaha) penuh disebabkan oleh kenduri2... kali kedua punya pengajaran, lainkali book hotel dulu... nasib baik, dapat jugak bilik tuk MBB bila sorang owner tu kecian kot, dia bagi bilik baru renovate, 2 katil queen, luas giler, dengan harga rm70... tapi tak ada tv lagi.. sebab bilik tu baru je siap petangnya... tapi ok, MBB sangat puas hati... malam tu jugak Sabri datang dari Pasir Mas ke kuala Krai tuk stay bersama MBB sebelum esoknya ke jerantut..
trip ke jerantut, ok... seronok dapat bersama orang yang kita sayang.. perjalanan yang lama pun rasa cam kejap je... kami sampai Kuala Lipis dalam pukul 10.30 selepas bertolak dalam pukul 6.40 dan berehat di R&R Gua Musang dekat sejam jugak... kemudian masuk Lipis sebab nak jumpa Amali.. pergi saing dengan dia.. dalam pukul 11.30 jugak baru gerak ke Jerantut...
jalan Lipis-Jerantut, wow! tu aja yang mampu cakap, tapi no wonder la kan.. Pahang kan negeri besar kat semenanjung ni... tapi seronoknya sebab dapat kenal tempat orang... boleh tengok bandarnya macam mana.. lain padang lain belalang kan...
sampai dekat Jerantut, dekat dengan umah pengantin, tunggu sebuah kereta dari Terengganu sampai dulu... kemudian baru jalan ramai-ramai pergi kenduri... pengantin, Alina dan Amri, berseri-seri, maklumla seri pengantin tu naik kat muka.. tumpang gembira sekali untuk diorang...
ramai juga kawan satu maktab dapat jumpa... tapi sebab musim ni banyak kenduri kendara, so bilangan yang datang tu dah berpecah-pecah.. tapi takpela, ramai lagi tengah tunggu turn, boleh jumpa lagi masa depan kalau diizinkan ALLAH...
ima dah pregnant... hepi for her...
suke gambar ni... ^_^
lepas makan-makan, bergambar semua, time to say goodbye la kan... oh ye, sabri follow orang lain lak sebab dia nak g KL ambil mak dia, Amali masa tu taknak balik lagi sebab baru je jumpa Gf.. Kami lak, ada plan lain.. plan apa, nanti cerita, penat dah menaip..lagipun cerita yang tak berapa nak dikenang pun.. hehehe
p/s; kepada semua kawan yang melangsungkan perkahwinan, pertunangan, tapi tak berkesempatan nak pergi tu, saya doakan jodoh anda dipanjangkan sehingga ke akhirnya... =)