LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 20, 2011

rambut gugur-any idea?

Dalam buku selalu cakap kalau rambut gugur dalam 100 helai sehari adalah normal.
tapi kadang-kadang terpikir, normal ke kadar keguguran yang dialami? sebab tu kadang-kadang rasa malas+takut tengok bilangan rambut yang melekat setiap kali sikat rambut... 



pernah ada yang suggest suruh lumur minyak kelapa atau kelapa dara, tapi bukan ke minyak kelapa tu akan melebatkan rambut... lebatkan rambut taknak la.. sebab memang tak suka kalau rambut lebat, nanti tebal dan panas... lagipun setakat ni, rambut tu gugur dan tak ada bawak simptom bahaya kebotakan lagi.. masalah rambut tu gugur aje, bukan nipis atau botak...hehehe, 
cuma setakat ni benci tengok bilangan yang gugur tu jela, setiap kali sikat lak tu.... sebab tu bilik penuh dengan rambut, sebab senang sangat luruh.. mungkin ada kaitan dengan kelumumur atau pun jenis syampu yang digunakan kot? bila tengok antara punca-punca keguguran rambut dekat rambut.com.my, faktornya adalah

1. Melahirkan anak   - paling mustahil

2. Penyakit tiroid - tak kot...
3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius - yang ni pun tak
4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan -paling berkemungkinan.. sebab  memang tak makan ikan, so  sumber protein dah tak ada kat situ..
5. Ubat-ubatan - ada kemungkinan jugak.. 
6. Rawatan kanser- tak ada 
hihihi, setakat yang dikenlpasti adalah faktor pemakanan dan ubat-ubatan, pasni kena see through balik ubat yang diambil dan kena cari sumebr protein lain untuk ganti dan cukupkan pengambilan protein..setakat ni cuba try pakai vitamin, harap-harap membantu..

June 19, 2011

confuse:: mana dapat duit untuk kahwin eh?


oh, entry pagi-pagi ini bukan entri jeles, jauh sekali.. nauzubillah dijauhkan perasaan itu.. 
cuma kadang-kadang  i wonder dan terfikir sejenak bila tengok kawan dan junior yang melangsungkan perkahwinan awal-awal... 

macamana diorang kumpul duit untuk kahwin, banyaknya duit diorang dapat buat majlis kahwin 
sedangkan kami masih terkial-kial kumpul duit.. T_T
maklumla sekarang kalau tak ada paling koman 12K, bak kata seorang kawan yang bakal berkahwin, memang tak boleh nak kahwin...


hehe, tapi apa pun semuanya berbalik pada seru dan jodoh, dah tertulis rezeki diorang dapat kahwin awal kan...
haha, pesanan kepada diri sendiri jugak, pasni jangan boros dah
no online shopping, and say no bags, shoes and alll la senang cite.. T_T...
nak start saving... mau kawen cepat2 juga.. ngeh3...

June 18, 2011

-Kursus+Reunion-

Pernah sampai Pulau Pangkor? dulu memang adalah jugak keinginan nak menjejakkan kaki ke sana sebab pantang dengar nama pulau, memang rasa nak pergi.. hehehehe, kesempatan tu dapat bila kena pergi Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Penolong kat Hotel Bayview Pangkor.. dari 14-16 Jun..

kontroversi nya kursus ni sebab tak ada makluman awal daripada PPD, aiyaaa.... tahu pun sebab Fara yang dapat call daripada PPD, bila dia pergi ambil surat, pegawai kat sana suruh tengokkan sekali kalau-kalau ada nama kawan yang dapat sama, rupanya ramai yang dapat... so call kerani mintak tolong dia checkkan dekat PPD, sebab kursus ni wajib, kalau tak datang nanti kena pergi ambilan seterusnya, nak pergi macam tu aje tak boleh jugak sebab tak ada makluman sekurang-kurangnya bila kerani call, ada la jugak proof kan..

so, kami pergi sama-sama dua buah kereta, bertolak pada pagi selasa dengan berkumpul dekat Teluk Intan. amik masa sejam setengah jugak ke Lumut.. haha, macam biasa, pergi main redah, ikut signboard je... =)) 
nasib baik sampai jugak , tapi sesat kejap dekat nak cari Sekolah Convent yang disyorkan oleh cikgu-cikgu untuk parking kereta.. bukan apa, sekolah dah nampak, tapi tak jumpa lorong nak masuk je.. hihihi
lepas parking, beli tiket feri pun ada kelakar jugak sebab taktau nak pergi beli kaunter mana, last-last ada ada sorang abang tu cakap mana-mana pun boleh, sebab akan naik feri yang sama je.. hihihi, nampak sangat tak penah datang...

atas feri..

lepas tu naik teksi sampai hotel, yang best sebab bilik tak ditetapkan so boleh duk dengan geng.. ngeh3.. sebab kami berenam, ngam-ngam dengan bilik diperuntukkan 3 orang satu bilik. kursus macam biasa, ulangan balik teori-teori belajar kat IPG dulu je, tapi petang kami bebas.. yeay...

masa sesi bergambar ramai-ramai


petang tu kami on the spot naik bot round pulau.. sepatutnya sekali dengan snorkeling, tapi kami datang dengan baju kurung, so naik bot jela...tapi untuk mereka yang pernah snorkelling, pulau ni bukan syurga sangat la. sebab tak ada coral cantik-cantik, ikan pun tak banyak spesies sangat.. kawasan snorkelling pun sempit je.. tapi kalau nak pengalaman tu bolehla try.. best part bila abang tu bawak bot laju-laju... kami jugak bodek-bodek dia singgah satu pulau yang katanya digunakan oleh Senario dalam cite Beachboys tu..


bagi ikan makan

batu membentuk seakan penyu dan buaya

pulau senario
esoknya petang, orang lain sibuk nak g naik bot dengan snorkelling tapi kami pilih round island by van plak.. banyak juga tempat dia bawak, dalam 5 tempat... kilang satay, tokong fu lin kong, batu bersurat, galeri dah tutup masa tu so tak sempat nak tengok, dan juga kota belanda... abang yang bawak tu pun, sporting.. 


sempat juga jumpa Mira, kawan IPG dulu, sebab dia memang asal Pangkor.. so kira dia la jadi tourist guide kami.. kat sana harga bilis pun lain antara orang asal pangkor dengan bukan orang sana.. banyak juga lari harga.. ada yang kawan kirimkan bilis tu, harga satu kilo, RM8.50 dapat harga RM5 sebab minta tolong dia belikan.. petang tu jugak sempat la shopping sikit-sikit.. tak banyak pun, beli 2 kain pario dan kemeja tuk MBB... harga murah jugak... boleh tawar menawar...


tokong fu lin kong

kota belanda

balik tu ada lagi yang shopping, sampai sepatutnya naik feri pukul 3 dah jadi terpaksa naik pukul 4 punya.. tambah lagi orang ramai.. tapi sememangnya sangat seronok pergi kursus ni, boleh jumpa kawan dan spend time sama-sama.. paling tak tahan nak mengangkut beg dari jeti lumut ke tempat parking kat SK ACS tu.. rasa jauh gila padahal beg yang berat.. hihihi, baliknya sesat lagi, sebab jalan yang datang aritu tak boleh belok kanan, so pergi straight je menghala ke sitiawan, bila berhenti tanya orang, memang tu satu-satunya jalan ke Manjung, sepatutnya tadi kena pergi depan sikit je dan u-turn.. masa tengah-tengah sesat tu la dapat khabar gembira dapat interview SPP sama-sama... so walaupun sesat, tetap balik dengan senyuman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...