LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 22, 2011

gara-gara G

gara-gara G la sekarang ni tengah menderita...
sakit-sakit seluruh badan... aduhhh...
semua gara-gara kelas pj tahun 1,2 dan 3 tadi...
sebab mengajar Gimnastik asas,


belajar pasal sokongan badan,
buat sokongan hadapan, belakang, sisi dan juga sokongan 'v'
sekarang memang amat terasa kesannya..badan dah keras macam kayu, nak lentur-lentur memang susah, lagi-lagi pergerakan gimnastik walaupun asas memang perlukan kelenturan dan kekuatan otot tangan, dan kaki untuk menahan berat badan semasa sesuatu anggota diangkat.....
 dah lama tak buat regangan otot dan juga tak melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan, itu yang jadi sakit-sakit.. huhuhuhu..
sebab sekarang mengaja PJ, hanya arahkan budak buat dan pantau pergerakan mereka, kalau adapun, masa pemanasan, turut ikut sekali lari dengan diorang..  bukannya main macam masa kat maktab.. kalau main sama nanti cikgunya yang lebih-lebih.. =p
sekarang ni sangat best kalau dapat tukang urut yang boleh urut seluruh badan yang rasa tegang sangat-sangat ni.. 
nasib baik esok tak ada kelas pj, jumaat nanti pulak, bergimnastik kembali... harap-harap badan bolehla fleksibel sikit, dah tak terkejut macam hari ini.. =p

p/s: tak dapat nak upload gambarla malam ni.. knapa erk??



serangan bermula.. jeng..jeng..jeng

PPD Perak Tengah dah kena serang...
PPD H. Perak taktau bila akan kena...
huhuhu, kena prepare ni..


sekarang skuad2 PPD turun untuk memantau PPGB...
tengok folder, kajian tindakan dah buat ke belum dan juga samaada dah diobserve oleh mentor atau tidak...
folder kira setakat  fasa orientasi ni beres la...
bab pementoran, belum start apa-apa.. cuak jugak ni..
kajian tindakan pun belum...
observe pun belum...
lama-lama fikir, takut lak kena bambu nanti... aiyyyaa...
harap-harap janganla PPDHP turun sampai khamis depan..
SPP tak prepare pape lagi, print notes je baru...
tak ada mood nak buat dan fikir pasal PPGB.. seriously... walaupun tahu benda tu penting untuk pengesahan dalam jawatan...
kalau kena pantau dan kena marah, takpela, dah memang salah saya sebab tak buat kerja...
saya akan hadapinya dengan senyuman... =)

June 21, 2011

kan dah kena.....

IS officially
achhhuuuummmmmm..... achummmmmm....
wawawawawa... yeye dah kena selesema, yeye...
sebenarnya bukan dah tak betul, tapi saja perli diri sendiri sebab makan ubat yang tak betul dan tak berusaha cari ubat yang betul dengan penyakitnya...
sekarang dah officially dah demam selsema
nothing much i can say except "padan muka"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...