LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 23, 2011

Kurus??

yeay, berat dah turun 3.7 kg... tadi pergi timbang, 


sebelum ni masa duduk dekat rumah pernah mencecah 60kg.. sampai rasa fobia nak timbang walaupun saya jenis yang tak kisah berat naik... kalau risau, risau time tu jela, lepas haadap makanan, lupa segala-galanya..hihihi, sebelumni, petanda untuk tahu berat naik atau turun senang je, kalau ada satu seluar jeans tu rasa cam ketat je, fahamla berat naik, kalau longgar, ngeh3, berat turunla tu... tapi sejak duduk sini, jarang pergi berjalan dan kuar. so penanda aras tu jarang diguna...

semalam masa pergi ukur baju dekat tukang jahit, suruh dia amik ukuran badan sekali lagi sebab baju sebelum ni buat besar sikit, nak kecilkan sikit.. akak tu terkejut sebab dia kata badan mengecut especially pinggang dan lingkar dada... so masa kuar hari ini pergi timbang dan tengok catatan berat menunjukkan 56.3.. yes!! pernah berhasrat nak diet tapi selalu tak kesampaian dek godaan makanan depan mata... =p, tapi syukur, dalam tak diet, berat turun... mungkin sebab duduk sini, jarang makan nasik, kalau jumpa pun, 3 hari sekali, banyak makan buah-buah je... satu sebab adalah malas nak masak, sebab kedua tak lalu nak makan.. hehehe, ada jugak hikmahnya kan...


harapnya dapat capai target berat idaman iaitu 50 kg.. sesuai kot ngan tinggi 160cm, ideal tak ideal pun nak 50kg jugak... =)) nak jadik macam ni dulu-dulu balik, muka lonjong, bukan muka bulat... =p


muka hampir berdagu dua... ni semua salah MBB bagi makan banyak2
mahu kembali ke zaman ini.. hehehe, 

June 22, 2011

gara-gara G

gara-gara G la sekarang ni tengah menderita...
sakit-sakit seluruh badan... aduhhh...
semua gara-gara kelas pj tahun 1,2 dan 3 tadi...
sebab mengajar Gimnastik asas,


belajar pasal sokongan badan,
buat sokongan hadapan, belakang, sisi dan juga sokongan 'v'
sekarang memang amat terasa kesannya..badan dah keras macam kayu, nak lentur-lentur memang susah, lagi-lagi pergerakan gimnastik walaupun asas memang perlukan kelenturan dan kekuatan otot tangan, dan kaki untuk menahan berat badan semasa sesuatu anggota diangkat.....
 dah lama tak buat regangan otot dan juga tak melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan, itu yang jadi sakit-sakit.. huhuhuhu..
sebab sekarang mengaja PJ, hanya arahkan budak buat dan pantau pergerakan mereka, kalau adapun, masa pemanasan, turut ikut sekali lari dengan diorang..  bukannya main macam masa kat maktab.. kalau main sama nanti cikgunya yang lebih-lebih.. =p
sekarang ni sangat best kalau dapat tukang urut yang boleh urut seluruh badan yang rasa tegang sangat-sangat ni.. 
nasib baik esok tak ada kelas pj, jumaat nanti pulak, bergimnastik kembali... harap-harap badan bolehla fleksibel sikit, dah tak terkejut macam hari ini.. =p

p/s: tak dapat nak upload gambarla malam ni.. knapa erk??



serangan bermula.. jeng..jeng..jeng

PPD Perak Tengah dah kena serang...
PPD H. Perak taktau bila akan kena...
huhuhu, kena prepare ni..


sekarang skuad2 PPD turun untuk memantau PPGB...
tengok folder, kajian tindakan dah buat ke belum dan juga samaada dah diobserve oleh mentor atau tidak...
folder kira setakat  fasa orientasi ni beres la...
bab pementoran, belum start apa-apa.. cuak jugak ni..
kajian tindakan pun belum...
observe pun belum...
lama-lama fikir, takut lak kena bambu nanti... aiyyyaa...
harap-harap janganla PPDHP turun sampai khamis depan..
SPP tak prepare pape lagi, print notes je baru...
tak ada mood nak buat dan fikir pasal PPGB.. seriously... walaupun tahu benda tu penting untuk pengesahan dalam jawatan...
kalau kena pantau dan kena marah, takpela, dah memang salah saya sebab tak buat kerja...
saya akan hadapinya dengan senyuman... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...