LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 26, 2011

godaan = digoda & tergoda....

time-time sempit la kan selalu kena godaan, syaitan ataupun hawa nafsu..
huhuhu, saya memang PANTANG kalau bab shopping!!!
adatla perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan..
hihiihi, sebab tu even sempit macamana pun mesti nak juga beli satu barang.. hehe, tabiat buruk betul dari tak berelaun, sampai berelaun, dan bergaji sekarang ni...
bulan ni kira agak sempit juga la sebab baru beli peti ais... susah juga rupanya hidup tak ada peti sejuk... bukan nak demand apa, tapi memikirkan bulan RAMADHAN yang bakal menjelma, so bila tanya MBB dia cakap beli je... so beli la... tak sempat nak menyimpan pun bulan ni.. oh, adakah saya boros.. mungkin juga...
tapi dalam masa sama, sempat lagi rembat kasut Rorine.. kasut yang simple je.. plain.. no bling-bling, riben2 semua.. hihi, tapi tak adala mahal sangat.. sebab dia buat sale masa tu..
nampak tak cantik, tapi saya sangat puas hati.. =)
beli pun sebab nak g interview, kasut yang ada tak sesuai.. sebab flat.. sebab kalau ikut etika sepatutnya mesti kurangnya tinggi 1 inch kan... tu pun dalam dilema sebab kalau ikutkan hati jatuh hati dengan kasut peep toe, tapi risau jugak kalau beli karang tak dapat pakai masa temuduga.. sebab MBB warning awal-awal kasut tu tak boleh pakai time interview.. masa pergi kursus guru penolong tu , orang JPN tu tegur dan marah hanya bila kasut tu terbuka dekat belakang je.. so apa yang kekeliruan kat sini, kasut bertutup tu means kasut yang depan sahaja tertutup atau semua sekali??
nak selamat, beli jela yang bertutup semua....
berbalik kepada tajuk asal. masih berkisarkan kasut.. ngeee.. hehe, sebenarnya tergoda dengan satu online shop ni.. dia jual kasut.. cantik-cantik semua... rasa macam mahu beli je semua.. huhuhuhu, nanti rasa nak rembat jugak.. dah ada banyak ni yang berkenan.. =p.. tak caya bukak facebook, cari Her Hauz.. yang nak kahwin dan nak kasut lain dari lain pun boleh try survey kat sini.. ada paten-paten kasut yang boleh jadikan kasut untuk majlis bahagia tu... tapi kat sini kasut dia agak tinggi-tinggi.. tapi rasanya apa salahnya kan sesekali... =)...

yang ni buat rambang mata.. tolong-tolong..

berkenan kasut putih ade riben tu... cantik kan..


p/s: taktau kenapa gambar bila upload jadi belang-belang.. ke sebab speed internet?

June 23, 2011

Kurus??

yeay, berat dah turun 3.7 kg... tadi pergi timbang, 


sebelum ni masa duduk dekat rumah pernah mencecah 60kg.. sampai rasa fobia nak timbang walaupun saya jenis yang tak kisah berat naik... kalau risau, risau time tu jela, lepas haadap makanan, lupa segala-galanya..hihihi, sebelumni, petanda untuk tahu berat naik atau turun senang je, kalau ada satu seluar jeans tu rasa cam ketat je, fahamla berat naik, kalau longgar, ngeh3, berat turunla tu... tapi sejak duduk sini, jarang pergi berjalan dan kuar. so penanda aras tu jarang diguna...

semalam masa pergi ukur baju dekat tukang jahit, suruh dia amik ukuran badan sekali lagi sebab baju sebelum ni buat besar sikit, nak kecilkan sikit.. akak tu terkejut sebab dia kata badan mengecut especially pinggang dan lingkar dada... so masa kuar hari ini pergi timbang dan tengok catatan berat menunjukkan 56.3.. yes!! pernah berhasrat nak diet tapi selalu tak kesampaian dek godaan makanan depan mata... =p, tapi syukur, dalam tak diet, berat turun... mungkin sebab duduk sini, jarang makan nasik, kalau jumpa pun, 3 hari sekali, banyak makan buah-buah je... satu sebab adalah malas nak masak, sebab kedua tak lalu nak makan.. hehehe, ada jugak hikmahnya kan...


harapnya dapat capai target berat idaman iaitu 50 kg.. sesuai kot ngan tinggi 160cm, ideal tak ideal pun nak 50kg jugak... =)) nak jadik macam ni dulu-dulu balik, muka lonjong, bukan muka bulat... =p


muka hampir berdagu dua... ni semua salah MBB bagi makan banyak2
mahu kembali ke zaman ini.. hehehe, 

June 22, 2011

gara-gara G

gara-gara G la sekarang ni tengah menderita...
sakit-sakit seluruh badan... aduhhh...
semua gara-gara kelas pj tahun 1,2 dan 3 tadi...
sebab mengajar Gimnastik asas,


belajar pasal sokongan badan,
buat sokongan hadapan, belakang, sisi dan juga sokongan 'v'
sekarang memang amat terasa kesannya..badan dah keras macam kayu, nak lentur-lentur memang susah, lagi-lagi pergerakan gimnastik walaupun asas memang perlukan kelenturan dan kekuatan otot tangan, dan kaki untuk menahan berat badan semasa sesuatu anggota diangkat.....
 dah lama tak buat regangan otot dan juga tak melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan, itu yang jadi sakit-sakit.. huhuhuhu..
sebab sekarang mengaja PJ, hanya arahkan budak buat dan pantau pergerakan mereka, kalau adapun, masa pemanasan, turut ikut sekali lari dengan diorang..  bukannya main macam masa kat maktab.. kalau main sama nanti cikgunya yang lebih-lebih.. =p
sekarang ni sangat best kalau dapat tukang urut yang boleh urut seluruh badan yang rasa tegang sangat-sangat ni.. 
nasib baik esok tak ada kelas pj, jumaat nanti pulak, bergimnastik kembali... harap-harap badan bolehla fleksibel sikit, dah tak terkejut macam hari ini.. =p

p/s: tak dapat nak upload gambarla malam ni.. knapa erk??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...