LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 17, 2011

kelantan dan kisah kenduri kahwin

AMARAN! Ini entri kenegerian. Kalau tak suka, jangan baca.
Tak suka jugak nak mengeluarkan atau menulis entri macam ni, sebab saya memang tak ada masalah dengan background siapa pun, termasuk dengan negeri asal mereka. Maksudnya saya tak prejudis dengan sesebuah negeri..."oh, orang negeri sembilan macam ni macam ni, orang johor perangai sekian-sekian.." that's just not me.

Tapi hari ni memang mood beTul-betul spoil dengan orang mulut tak ada insurans atau lebih tepat lagi celupar..
Kenapa dengan "orang itu"? status dia dekat FB memang mengundang kemarahan...
memang la dia marahkan goalkeeper tu masa perlawanan Liverpool dengan Malaysia. Tapi perlu ke highlight nama negeri?siap ada perkataan bodoh pulak tu...yang defender tu tak pulak sebut pasukan mana yang dia wakili...memang buat dan saja cari provokasi la..

Kemudian siap backup cakap marahkan keeper bukan soal negeri. Come on la, kalau ayat dan nada tu betul, tak ada nya semua orang nak naik angin... kalau betul kenapa status yang sama ada dekat wall sorang lagi, dengan ayat yang sama? huhu, agak-agakla der nak cover pun.. memang ramai member kelantanese yang tanya dan persoalkan status dia tu... berabuk jugak line nak cover ya, padan muka!

Pagi tadi tengok tak ada dah status tu tapi kalau dah orang tu memang jenis mulut macam tu, tak kemana jugak kan... boleh je tengok dia post status dekat wall member cakap dia dah delete status tu. dan dia cakap dia sengaja buat status macam tu sebab nak tengok reaksi member-member.  nak tengok dorang aktif FB lagi ke tak. kepala hotak kau! agak-agak la wei nak cover-cover pun...

Tak faham dengan orang-orang macam ni, apa masalahnya?? rasanya kalau main kutuk-kutuk negeri, bukan orang kelantan je yang tak suka.. semua orang dari negeri mana-mana pun mesti bangga dengan negeri masing-masing dan marah kalau orang kutuk negeri tanah tumpah darah kita... betul tak? so, rasanya better jangan sentuh isu-isu panas dan sensitif macam ni... sebab situasi yang sama korang akan rasa kalau jadi dekat korang... sangat tipu kalau korang kata tak rasa apa-apa...

Pasal pandangan stereotaip lain tentang rakyat kelantan taknak ulas, sebab nanti entri ni akan nampak pro dan membela pulak kan.. cuma my advice, get to know us 1st, kami taklah seburuk yang dipropagandakan; pilih bulu, samseng,  so on, so forth.. WTF, orang jahat  dan berperangai macam tu ada kat mana-mana je OK!

Ok, done with that issue...  orang yang sama jugak cakap, nanti kalau siapa-siapa kahwin, dia akan pergi kenduri siapa yang datang masa dia kahwin je...  kat status yang sama.. alahai, nampak sangat tak matang kan.. kalau yer pun berdendam orang tak datang majlis, tak payah kecoh-kecoh kan... Rasanya patut dia faham kenapa ada yang tak menghadiri majlis dia.. bukan dengan cara berdendam macam tu sekali.. 

cantik jugak kaler biru nih.. (hiasan semata2, ehsan google)
Tapi yang pasti, kalau ikutkan status dia tu, dia takkan datang la kalau saya kahwin nanti sebab saya tak pergi majlis dia.. haha, ikutkan hati jahat ni, mau je reply kat status dia tu, takpela, kalau macam tu tak payahla susah-susah hantar kad undangan sebab dah tau memang dia takkan pergi kan, jimat duit RM1 untuk beli setem.... nasib baik akal waras lagi.... alahai manusia...

July 15, 2011

kisah airasia dengan takwim 2012

sekarang semua orang tengah mencari takwim sekolah tahun 2012,
gara-gara AIRASIA BIG THANK YOU SALE 


yang tengah berlangsung sekarang sampai 17 July, 
untuk penerbangan 6 Feb- 20 June 2012...
saya pun terlibat sama cari takwim tu
untuk tengok bila tarikh cuti penggal persekolahan untuk tahun 2012...


yela, harga tiket murah-murah... dari Kota Kinabalu -Penang  yang biasanya RM300++ jadi RM113 je....
saya cari untuk MBB tersayang...
walaupun dia duduk Sarawak, tapi airport terdekat adalah dekat KK..
kalau tak dah dapat jimat banyak duit tuuuu... yela promo tu dari bulan 2-6,
so kalau tahu tarikh, boleh ambil tiket  round trip untuk cuti penggal persekolahan bulan 3 dan juga bulan 6 2012... 
namun, semua itu tak bermakna tanpa mengetahui tarikh sebenar cuti sekolah...
telan air liur jela tengok.... T_T
sabo jelaa...

update: takwim 2012

July 12, 2011

simptom-simptom

      Sekarang macam trending, ramai orang sakit.. opss, bukan nak cakap sakit tu trend, tapi perasan tak sekarang ni musim penyakit menyerang dan ramai yang sakit. mungkin disebabkan kualiti udara sekarang tak bagus... hmmm, bumi dah tua, macam-macam penyakit ada, yang baru, dan juga yang lama...

Tadi baca entri latest Miss Sunshine pun, dia pun sakit... kat sekolah pun ramai cikgu yang kena serang selsema... hari ni pun  masuk hari kedua berjerebu... dan saya sakit apa? tak dapat dikenalpasti lagi, tapi nak share simptom-simptom dia...

Masa hari ahad, pagi tu start dengan telinga jadi bengang, berdengung je dan malam tu tak semena-mena pening.. masa tu tengah menghadap laptop, bila bangun dan cuba jalan, terhuyung hayang... tak lama kemudian muntah-muntah dan keluarkan makanan yang baru dimakan tadi..  bila jadi macam tu, terus tido walaupun waktu baru pukul 8.30 malam.. ingat nak pergi klinik, tapi dalam keadaan pening macam tu, mana boleh nak bawak kereta, karang tak pasal-pasal accident...

esoknya masih pening, telinga dah ok tapi dah tak muntah dah, jalan pun dah ok, tak pusing-pusing dah... hari ni pun sama...bila try search simptom-simptom paling dekat dan mengena sekali adalah penyakit Vertigo, gangguan keseimbangan bahagian telinga dalam.. ada kaitan dengan sistem peredaran darah yang kurang baik dekat bahagian telinga dalam dan kekurangan vitamin B12.. erkkkk, betul ke?

 
tapi macam mana dengan simptom semalam dan hari ni? macam ada kaitan dengan tekanan darah rendah pun ada... risau juga, nak pergi check, tapi takut lagi nak pergi, kalau dapat penyakit baru macam mana? Kalau esok tak ok dan pening jugak, nak pergi klinik.. takut melarat nanti... hup hup, harap-harap semuanya ok aje.. =) tak nak sakit dan berpenyakit selalu... bersyukur dengan kurniaanNYA selama ini... =))

p/s: time-time sakit macam ni teringat zaman dulu-dulu dengan MBB, macam mana dia treat kalau sy sakit.. dia akan terus bawa pergi klinik dan ambil gambar saya banyak-banyak, masa tengah muka buruk tu la yang diambilnya.. sakit-sakit kalau ada yang take care, sakit pun hilang... sekarang sakit pening semua pada diri sendiri je, cuma boleh mengadu je kat dia, itupun mengadu hari ahad, hari selasa baru dia reply.. huhuhu, sedih kan... tapi nak buat macam mana... sabar jela... =p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...