LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 18, 2011

Novel Marathon

 

Yess, saya ada jiran yang baik hati..... senyum sampai ke telinga....
bertambah satu lagi cara menghilangkan bosan selain internet, astro, blogging dan sekarang tarrraaa, novel...
setakat ni akak sebelah rumah yang juga seorang cikgu bawakan novel untuk saya baca.. baikkan dia.. sebab takut saya bosan katanya... dia cakap dia faham bila duduk sorang, memang mati kutu.... hehehe, memang rezeki saya duduk sini walaupun agak terpencil daripada kawan-kawan yang lain, orang-orang sekeliling saya sangat baik.... =))

Yer, saya kaki novel, tapi pada masa yang sama, saya bukan orang yang suka beli... ngeh3, dalam ertikata sebenar, saya cuma parasit. menumpang dan menunggu orang beli novel, kemudian pinjam baca.. hehehe.. muka tak malu memang macam tu kan...Sebenarnya bukan apa, saya memang jenis yang baca sekali je, masa baca tu memang baca khusyuk2 dan feeling2, lepas habis baca memang saya takkan ada sesi ulang tayang dah.. sama jugak sebarang bahan bacaan lain, macam akhbar, majalah dll.. kecuali buku nota study.. =p.. Sesetengah orang, dia suka baca berkali-kali, so rasanya memang berbaloi la kalau beli dan simpan.. kalau orang macam saya, memang agak tidak berbaloi, beli dan baca sekali je.. kan.. kan...kan...Setakat hari ini, dah habis baca dua novel kat atas, Percaya Pada Cinta dan Makna Cinta.. dua-dua ni pun bukan novel latest.. tengok tahun keluaran pun tahun 2009.. tapi nasib orang menumpang kan, rembat jela...

My reviews, dua-dua novel ni best..... terutama Percaya Pada Cinta.... kisah pasal bagaimana anak sendiri, Wafiya terpinggir oleh keluarga daripada segi kasih sayang dan perhatian dan terpaksa berkahwin atas aturan keluarga dengan bekas kekasih sepupu sendiri, Rasya yang juga merupakan musuh ketat sendiri... suka sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik mengarut-ngarut macam cerita telenovela dan sinetron

Novel Makna Cinta pulak berkisarkan cerita  seorang gadis, Zulaikha yang sering dibayangi persoalan sama ada dilahirkan sebagai anak haram atau anak hasil perkahwinan yang sah.. satu cara adalah dengan menunaikan wasiat ibunya supaya dinikahkan dengan anak bekas kekasihnya agar nama mereka dapat dibersihkan. tetapi dia  tersepit pula antara dua orang anak Hj Imran. Hati berbunga kepada adik, namun pinangan yang datang pula daripada abang...

Sori erk, tak reti nak bagi ulasan lebih-lebih...  sekarang saya ada 5 novel yang baru dipinjam daripada akak sebelah rumah... huhuhu,  bermulalah maraton novel start malam ni..

Lagu Rindu, Sayangku Merajuk, Cinta Aku Seadanya, Harga Sebuah Cinta, Mengukir Bahagia, dan Cinta Yang Ku Rasa. 

Agak-agakla berapa hari dapat habiskan novel ni eh? jangan nanti lupa nak makan dan segalanya sudahhh... aihhh... masalah pertama, nak start baca novel mana dulu ni???
>.<

July 17, 2011

kelantan dan kisah kenduri kahwin

AMARAN! Ini entri kenegerian. Kalau tak suka, jangan baca.
Tak suka jugak nak mengeluarkan atau menulis entri macam ni, sebab saya memang tak ada masalah dengan background siapa pun, termasuk dengan negeri asal mereka. Maksudnya saya tak prejudis dengan sesebuah negeri..."oh, orang negeri sembilan macam ni macam ni, orang johor perangai sekian-sekian.." that's just not me.

Tapi hari ni memang mood beTul-betul spoil dengan orang mulut tak ada insurans atau lebih tepat lagi celupar..
Kenapa dengan "orang itu"? status dia dekat FB memang mengundang kemarahan...
memang la dia marahkan goalkeeper tu masa perlawanan Liverpool dengan Malaysia. Tapi perlu ke highlight nama negeri?siap ada perkataan bodoh pulak tu...yang defender tu tak pulak sebut pasukan mana yang dia wakili...memang buat dan saja cari provokasi la..

Kemudian siap backup cakap marahkan keeper bukan soal negeri. Come on la, kalau ayat dan nada tu betul, tak ada nya semua orang nak naik angin... kalau betul kenapa status yang sama ada dekat wall sorang lagi, dengan ayat yang sama? huhu, agak-agakla der nak cover pun.. memang ramai member kelantanese yang tanya dan persoalkan status dia tu... berabuk jugak line nak cover ya, padan muka!

Pagi tadi tengok tak ada dah status tu tapi kalau dah orang tu memang jenis mulut macam tu, tak kemana jugak kan... boleh je tengok dia post status dekat wall member cakap dia dah delete status tu. dan dia cakap dia sengaja buat status macam tu sebab nak tengok reaksi member-member.  nak tengok dorang aktif FB lagi ke tak. kepala hotak kau! agak-agak la wei nak cover-cover pun...

Tak faham dengan orang-orang macam ni, apa masalahnya?? rasanya kalau main kutuk-kutuk negeri, bukan orang kelantan je yang tak suka.. semua orang dari negeri mana-mana pun mesti bangga dengan negeri masing-masing dan marah kalau orang kutuk negeri tanah tumpah darah kita... betul tak? so, rasanya better jangan sentuh isu-isu panas dan sensitif macam ni... sebab situasi yang sama korang akan rasa kalau jadi dekat korang... sangat tipu kalau korang kata tak rasa apa-apa...

Pasal pandangan stereotaip lain tentang rakyat kelantan taknak ulas, sebab nanti entri ni akan nampak pro dan membela pulak kan.. cuma my advice, get to know us 1st, kami taklah seburuk yang dipropagandakan; pilih bulu, samseng,  so on, so forth.. WTF, orang jahat  dan berperangai macam tu ada kat mana-mana je OK!

Ok, done with that issue...  orang yang sama jugak cakap, nanti kalau siapa-siapa kahwin, dia akan pergi kenduri siapa yang datang masa dia kahwin je...  kat status yang sama.. alahai, nampak sangat tak matang kan.. kalau yer pun berdendam orang tak datang majlis, tak payah kecoh-kecoh kan... Rasanya patut dia faham kenapa ada yang tak menghadiri majlis dia.. bukan dengan cara berdendam macam tu sekali.. 

cantik jugak kaler biru nih.. (hiasan semata2, ehsan google)
Tapi yang pasti, kalau ikutkan status dia tu, dia takkan datang la kalau saya kahwin nanti sebab saya tak pergi majlis dia.. haha, ikutkan hati jahat ni, mau je reply kat status dia tu, takpela, kalau macam tu tak payahla susah-susah hantar kad undangan sebab dah tau memang dia takkan pergi kan, jimat duit RM1 untuk beli setem.... nasib baik akal waras lagi.... alahai manusia...

July 15, 2011

kisah airasia dengan takwim 2012

sekarang semua orang tengah mencari takwim sekolah tahun 2012,
gara-gara AIRASIA BIG THANK YOU SALE 


yang tengah berlangsung sekarang sampai 17 July, 
untuk penerbangan 6 Feb- 20 June 2012...
saya pun terlibat sama cari takwim tu
untuk tengok bila tarikh cuti penggal persekolahan untuk tahun 2012...


yela, harga tiket murah-murah... dari Kota Kinabalu -Penang  yang biasanya RM300++ jadi RM113 je....
saya cari untuk MBB tersayang...
walaupun dia duduk Sarawak, tapi airport terdekat adalah dekat KK..
kalau tak dah dapat jimat banyak duit tuuuu... yela promo tu dari bulan 2-6,
so kalau tahu tarikh, boleh ambil tiket  round trip untuk cuti penggal persekolahan bulan 3 dan juga bulan 6 2012... 
namun, semua itu tak bermakna tanpa mengetahui tarikh sebenar cuti sekolah...
telan air liur jela tengok.... T_T
sabo jelaa...

update: takwim 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...