Yess, saya ada jiran yang baik hati..... senyum sampai ke telinga....
bertambah satu lagi cara menghilangkan bosan selain internet, astro, blogging dan sekarang tarrraaa, novel...
setakat ni akak sebelah rumah yang juga seorang cikgu bawakan novel untuk saya baca.. baikkan dia.. sebab takut saya bosan katanya... dia cakap dia faham bila duduk sorang, memang mati kutu.... hehehe, memang rezeki saya duduk sini walaupun agak terpencil daripada kawan-kawan yang lain, orang-orang sekeliling saya sangat baik.... =))
Yer, saya kaki novel, tapi pada masa yang sama, saya bukan orang yang suka beli... ngeh3, dalam ertikata sebenar, saya cuma parasit. menumpang dan menunggu orang beli novel, kemudian pinjam baca.. hehehe.. muka tak malu memang macam tu kan...Sebenarnya bukan apa, saya memang jenis yang baca sekali je, masa baca tu memang baca khusyuk2 dan feeling2, lepas habis baca memang saya takkan ada sesi ulang tayang dah.. sama jugak sebarang bahan bacaan lain, macam akhbar, majalah dll.. kecuali buku nota study.. =p.. Sesetengah orang, dia suka baca berkali-kali, so rasanya memang berbaloi la kalau beli dan simpan.. kalau orang macam saya, memang agak tidak berbaloi, beli dan baca sekali je.. kan.. kan...kan...Setakat hari ini, dah habis baca dua novel kat atas, Percaya Pada Cinta dan Makna Cinta.. dua-dua ni pun bukan novel latest.. tengok tahun keluaran pun tahun 2009.. tapi nasib orang menumpang kan, rembat jela...
My reviews, dua-dua novel ni best..... terutama Percaya Pada Cinta.... kisah pasal bagaimana anak sendiri, Wafiya terpinggir oleh keluarga daripada segi kasih sayang dan perhatian dan terpaksa berkahwin atas aturan keluarga dengan bekas kekasih sepupu sendiri, Rasya yang juga merupakan musuh ketat sendiri... suka sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik mengarut-ngarut macam cerita telenovela dan sinetron
My reviews, dua-dua novel ni best..... terutama Percaya Pada Cinta.... kisah pasal bagaimana anak sendiri, Wafiya terpinggir oleh keluarga daripada segi kasih sayang dan perhatian dan terpaksa berkahwin atas aturan keluarga dengan bekas kekasih sepupu sendiri, Rasya yang juga merupakan musuh ketat sendiri... suka sebab jalan cerita sempoi dan tak banyak konflik mengarut-ngarut macam cerita telenovela dan sinetron
Novel Makna Cinta pulak berkisarkan cerita seorang gadis, Zulaikha yang sering dibayangi persoalan sama ada dilahirkan sebagai anak haram atau anak hasil perkahwinan yang sah.. satu cara adalah dengan menunaikan wasiat ibunya supaya dinikahkan dengan anak bekas kekasihnya agar nama mereka dapat dibersihkan. tetapi dia tersepit pula antara dua orang anak Hj Imran. Hati berbunga kepada adik, namun pinangan yang datang pula daripada abang...
Sori erk, tak reti nak bagi ulasan lebih-lebih... sekarang saya ada 5 novel yang baru dipinjam daripada akak sebelah rumah... huhuhu, bermulalah maraton novel start malam ni..
Lagu Rindu, Sayangku Merajuk, Cinta Aku Seadanya, Harga Sebuah Cinta, Mengukir Bahagia, dan Cinta Yang Ku Rasa.
Agak-agakla berapa hari dapat habiskan novel ni eh? jangan nanti lupa nak makan dan segalanya sudahhh... aihhh... masalah pertama, nak start baca novel mana dulu ni???
>.<