kehidupan ni memang betul la... kita tak dapat nak jangka...
hari ni mungkin warna hijau, esok mungkin warna merah dan ada hari-hari nya mungkin hijau dengan merah sekali...
apa maksud hijau dengan merah lak kan?
as for me,
hijau tu mewakili hari-hari yang menyenangkan kita, dan merah tu pulak untuk hari yang sebaliknya...
minggu ni pulak memang minggu, hari-harinya merah sahaja...
banyak betul perkara-perkara dan hal-hal yang membuatkan diri rasa nak marah, geram dan menyampah...
antaranya hal KSSR dan cerita disebaliknya tu... nanti entri lain citer k..
tapi semua hari-hari merah saya dah bertukar kepada hijau bila tibanya hari jumaat... really, i love weekends...
banyak sebab.. antaranya sebab MBB is available,
dan dapat rehatkan badan dan minda yang penat sangat mengharungi hari-hari merah...
tapi hujung minggu ni pun nak kata boleh rehat sepenuhnya pun tak jugak sebab banyak kerja-kerja menanti untuk menyambut kunjungan PPD ke sekolah tapi sekurang-kurangnya berada di rumah membuatkan diri tenang, walaupun sorang-sorang...
harap dapat survive untuk seminggu je lagi... sebab minggu depan nak balik rumah dah... =)
sekolah ambil cuti awal ramadhan... plus nak apply CRK 2 hari.... bersyukur sangat sebab dah 6 tahun tak dapat puasa awal ramadhan dengan family...
dan doakan agar sesi pemantauan tu berakhir tanpa apa-apa yang buruk...
semoga segalanya dipermudahkan...
p/s: mendapat satu ketetapan.. hati berbunga-bunga... semoga segalanya berjalan mengikut perancangan.. InsyaALLAH...