LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 13, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


p/s: perkongsian bersama.. post asal Cinta Itu Adalah Fitrah.. sumber daripada akuislam.com

kadang-kadang....

Kadang-kadang kita nak sesuatu sampai tahap kalau boleh pada masa tu jugak kita dapatkannya... tanpa ada luang waktu dan halangan
tetapi 
Kadang-kadang pada suatu masa juga sesuatu yang kita beria-ria nak itu juga langsung kita tak nak fikir mahupun ingat......

August 11, 2011

....ramadhan kali ini....


Tajuk macam sedih je kan... tapi sebenarnya tak ada pape pun... sayu dengar azan subuh.. menusuk sampai dalam...  lain dari waktu-waktu lain... mungkin sebab waktu lain kita sibuk dengan urusan dunia.. suasana pun hingar bingar je... tu yang tetiba mood nak tulis entri ni datang... (takde kaitan pun padahal)

Ramadhan kali ni sebenarnya memang totally different la.. first time sebenarnya sambut sorang-sorang... zaman asrama maktab sampai rumah sewa memang berbuka berempat atau dengan MBB tapi sekarang no complaint la sebab saya yang pilih tuk duduk sorang-sorang kan.. cuma yang paling best, macam cakap dalam entri lepas-lepas.. sebab dapat puasa awal ramadhan dengan family...  yang lain tu biasa-biasa jela... sampai kadang-kadang nak berbuka pun tak lalu sebab makan sorang-sorang... tu time berbuka, kalau time sahur? lalu minum air jela... =p

Bila ingat ramadhan memang tak boleh lari dari ingat macamana bestnya pengisian berbuka tu sendiri... kalau dulu duduk asrama, kami memang wajib ke bazar... dan benda yang selalu kami kongsi bertiga adalah AYAM GOLEK!!... 


beli sekor dan makan sama-sama..
kemudian aktiviti wajib kami mesti pergi berbuka kat hotel.. bukan riak atau apa, cuma sesekali untuk self indulgence.. selalunya pun bukan kami  yang bayar, abang enun yang kerja kat situ yang belanja.. ngeh3
pernah juga kami wat keje gila, pergi McD pukul 4.30 pagi semata-mata tuk sahur.. huhuhu.. 
bila duduk rumah sewa, kami masak... dan waktu sahur akan ada seorang yang memang jadi 'mak' yang akan kejut semua orang dan bangun lebih awal daripada orang lain tuk panaskan lauk.. selalunya saya la tu.. =p

Untuk yang ada boyfriend, memang aktiviti wajibla kuar berbuka sama-sama tapi biasanya waktu bukan puasa, lebih banyak berbuka dengan kawan-kawan..
kalau berbuka dekat luar, aktiviti saya dengan MBB adalah mencuba setiap kedai makan setiap kali berbuka... memang kira kedai makan la yang mana best dan tak best sampai rasa KT tu dah kecik sangat2 taktau nak makan kat mana...

Masa hari puasa ke 3 hari tu, sebelum balik ke rumah sewa, sempat singgah rumah Fara rehat-rehat kejap dan pergi bazar ramadhan dekat area rumah sewa dia... masa jejak kaki dekat sana, saya tanya dia apa yang dia ingat kalau bazar ramadhan.. sungguh, jawapan dia sama dengan saya... memori ayam golek tu memang sinonim dengan kami... puas pusing tapi tak jumpa pun ayam yang tengah bergolek atas pemanggang...
yang bakar direct ada la... hampa juga, last2 kami beli je yang tu...
pastu masing-masing buat ayat sedih... 
"tahun ni takdapat dah nak makan ayam golek bertiga dan makan hotel"

Masa Enun telefon pun, saya pun cakap macam tu jugak.. sedihh.. T_T. 
Harap-harap nanti adala kesempatan untuk kami menjalani ibadah puasa bersama walaupun sehari...  hahaha, nampak macam mustahil je kan
but i miss the old moment very much!

p/s: tgh pikir nak balik raya ikut jalan mana, jalan Tapah-Cameron Highland runtuh.. kalau sempat siap dorang baiki pun, macam takut je nak balik jalan tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...