LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

September 7, 2011

edisi raya 2011

            Walaupun dah terlambat nak citer sal raya tapi tetap nak tanya macamana  dengan raya korang? Mine, raya lak macam biasa je.. tak kemana pun... stay kat rumah.. kenduri pun banyak tak pergi.. bukan sengaja.. tapi memang tak mampu nak pergi.... sebabnya tiap2 tahun memang 2hari sebelum dan selepas raya mintak maap banyak2 la.. memang tak kuar rumah sebab JAM.... KL lengang tapi KKrai JAMMED... dahsyat yang amat... sehari selepas raya dan raya kedua member bagitahu memang KB-KKRAI yang selalunya sejam perjalanan dah jadi 5jam..


wuwuwu.. even masa g beraya umah nenek masa raya kelima pun masih stuck dalam jam.. untuk jarak 3km pun boleh sangkut 1jam.. rasa macam nak kuar dari keta, jalan kaki je...dah lama sampai berbanding duk terperuk dalam keta.. huhuhu... tapi lupa nak amik gambar keadaan jam tu..... balik pun ikut jalan alternatif.. masuk kelapa sawit.. kalau ikut main road.. taktau makan masa bape lama sedangkan jarak tak sampai 30 km pun. takpela kan ikut jalan jauh kalau nak kira dekat tapi keta statik, hati pun panass je...

raya ni pun ramai yang telah mengubah status; dari bujang bergelar isteri, tunangan dan juga ramai jugak yang dirisik.. pada yang kahwin.. sorry banyak2 tak dapat pergi.. pada yang lain.. congrats.. tumpang gembira untuk korang-korang semua.. tuan punya blog? alahai.. raya ni jenuh nak jawab soalan tuh.. jawapan selamat.. coming soon.. hahaha.. =p

muke excited raye, tapi lepas tu hampehh.. petangnya tido 

comeback entri

          2 minggu menghilangkan diri.. rindu tak kat saya?? bila duduk rumah lama2 rasa macam taknak balik perak.. hahahaha..syok ooo cuti raya lama2...  lebih2 lagi time orang lain dah start keje.. oh yer, masa hari buat ketupat tu yakni bersamaan 29 ogos, ada berita gembira.. takpela lapuk pun, tapi nak gtau jugak yang result SPP dah kuar... 



dan alhamdulillah.. LULUS.. 

semalam masa on the way balik perak, Fara bagitau surat SPP sampai.. so terus singgah sekolah ambil surat dan hari ni masih tak ke sekolah sebab pergi buat medical checkup.. best-best sebab esok pulak majlis raya.. lusa jela kembali mengajar.. hihihi.. mod kerja tak sampai lagi...

yang tak best, wat medical checkup kat Perak ni tempohnya sampai 2 minggu... sebab dia wat asing-asing.. macam tadi pergi check mata, urine test dan xray je... yang pemeriksaan doktor nanti 21/9 pulak... rugi sebab surat sampai lambat kat sekolah, kalau tak, boleh buat dekat kelantan.. sehari je boleh buat.. nak buat kat private risau takut kena reject.. sebab memang ada kes kena reject... takpela lambat pun.. pelan-pelan kayuh... 

tak bestnya kat government ni bukan nak buruk-burukkan imej diorang tapi serius, kalau dengar hospital, malas nak pergi sebab kat sana memang mahal dengan senyuman... lepas tu bahasa sorang-sorang memang amat "sedap" di pendengaran... bayangkan dalam ramai-ramai jumpa tadi, memang jumpa 1 daripada 10  yang senyum pun payah.. masa check mata, nurse tu siap sembur fara lagi cakap suruh wat spek baru sebab katanya "macam mana awak mengajar kalau cikgu sendiri tak nampak?"..  sedangkan benda yang dicheck sangatlah kecik dan jauh plak kami berdiri... hohoho.. nampak cam biasa je ayat tu bila dibaca tapi bila didengar, amat bisa...
kalau baby ok jugak nak wat muke camni.. tapi kalau dah berumur??

mungkin sebab tu kot yang buat sorang kawan fobia nak wat kat hospital tersebut.. sebab pernah kena sembur dengan orang yang kat kaunter... huh, biasa memang camtu.. teringat kisah lama lak sebab dulu pun penah gaduh dengan makcik kat kaunter hospital kat hometown.. sape suh kurang ajar sangatkan... cuma sekarang kesabaran makin menebal.. so selagi boleh sabar, sabar jela... dulu2 darah muda.. hahhaa... tapi rasanya keje apa pun, tak bolehla nak menyombong macam tu kan.. lagi-lagi yang keje dengan manusia.. kalau dengan komputer lain citer la nak cemberut 24jam tak ada yang kisah... ntahla.. bersangka baik: mungkin dia tengah ada problem time tu kot.. who knows.. =p

August 30, 2011

dam dam dum


Selamat  Hari Raya diucapkan kepada yang mengenali dan membaca blog ni..
maaf kalau ada entri-entri yang menyentuh kalian, kata-kata yang mengguris dan pendek kata atas segala kesalahan yang sengaja atau tak, dilakukan oleh saya; manusia yang tak lepas melakukan kesilapan... ;p..


Semoga lebaran ini membawa satu pengertian dan yang baru...
dapat mengeratkan silaturahim.. yang terputus bolehla disambung semula.. yang renggang dieratkan semula dan  memulakan silaturahim yang baru kiranya tiada... pesanan untuk diri sendiri juga... lupakan dendam lama, buka buku baru... 

SELAMAT HARI RAYA!!...

p/s: nak duit raya datang umah.. tapi terhad umur 12 tahun ke bawah. hehe.. =p 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...