2 minggu menghilangkan diri.. rindu tak kat saya?? bila duduk rumah lama2 rasa macam taknak balik perak.. hahahaha..syok ooo cuti raya lama2... lebih2 lagi time orang lain dah start keje.. oh yer, masa hari buat ketupat tu yakni bersamaan 29 ogos, ada berita gembira.. takpela lapuk pun, tapi nak gtau jugak yang result SPP dah kuar...
dan alhamdulillah.. LULUS..
semalam masa on the way balik perak, Fara bagitau surat SPP sampai.. so terus singgah sekolah ambil surat dan hari ni masih tak ke sekolah sebab pergi buat medical checkup.. best-best sebab esok pulak majlis raya.. lusa jela kembali mengajar.. hihihi.. mod kerja tak sampai lagi...
yang tak best, wat medical checkup kat Perak ni tempohnya sampai 2 minggu... sebab dia wat asing-asing.. macam tadi pergi check mata, urine test dan xray je... yang pemeriksaan doktor nanti 21/9 pulak... rugi sebab surat sampai lambat kat sekolah, kalau tak, boleh buat dekat kelantan.. sehari je boleh buat.. nak buat kat private risau takut kena reject.. sebab memang ada kes kena reject... takpela lambat pun.. pelan-pelan kayuh...
tak bestnya kat government ni bukan nak buruk-burukkan imej diorang tapi serius, kalau dengar hospital, malas nak pergi sebab kat sana memang mahal dengan senyuman... lepas tu bahasa sorang-sorang memang amat "sedap" di pendengaran... bayangkan dalam ramai-ramai jumpa tadi, memang jumpa 1 daripada 10 yang senyum pun payah.. masa check mata, nurse tu siap sembur fara lagi cakap suruh wat spek baru sebab katanya "macam mana awak mengajar kalau cikgu sendiri tak nampak?".. sedangkan benda yang dicheck sangatlah kecik dan jauh plak kami berdiri... hohoho.. nampak cam biasa je ayat tu bila dibaca tapi bila didengar, amat bisa...
|
kalau baby ok jugak nak wat muke camni.. tapi kalau dah berumur?? |
mungkin sebab tu kot yang buat sorang kawan fobia nak wat kat hospital tersebut.. sebab pernah kena sembur dengan orang yang kat kaunter... huh, biasa memang camtu.. teringat kisah lama lak sebab dulu pun penah gaduh dengan makcik kat kaunter hospital kat hometown.. sape suh kurang ajar sangatkan... cuma sekarang kesabaran makin menebal.. so selagi boleh sabar, sabar jela... dulu2 darah muda.. hahhaa... tapi rasanya keje apa pun, tak bolehla nak menyombong macam tu kan.. lagi-lagi yang keje dengan manusia.. kalau dengan komputer lain citer la nak cemberut 24jam tak ada yang kisah... ntahla.. bersangka baik: mungkin dia tengah ada problem time tu kot.. who knows.. =p