entri pasal beauty secret sebelum ni saya ada mention kan pasal penyakit hiperhidrosis..
korang pernah dengar tentang penyakit tu? sayalah manusia 1% yang 'bertuah' sebab dapat penyakit ni.. huhuhu
hiperhidrosis ni sebenarnya penyakit perpeluhan melampau.. maksudnya peluh yang akan keluar tanpa mengira masa.. bunyik macam kotor gila kan.. yakkss!! tapi sebenarnya tak adala sampai macam tu sekali.. lagipun benda ni bukan saya mintak nak kena pun..
masa sekolah rendah lagi saya detect yang saya ni pelik sikit. tapi masa tu masalah ni tak adala ketara sangat. sebab dulu masa tu, setakat berpeluh paling kuat pun kat hidung.. dan biasanya orang tua-tua akan cakap orang yang kuat berpeluh dekat hidung ni kuat cemburu.. so saya ingat benda tu tak ada apa..
cuma bila naik sekolah menengah, saya perasan masalah tu makin teruk, merebak ke tangan dan kadang2 hampir seluruh muka. dalam kes saya, kalau tangan hampir sepanjang masa, dan muka tu dia ikut suka mak nenek dia nak kuar bila.. dan percaya atau tak, kadang2 tak boleh nak jangka bila saya akan heavily sweating.. sebab kalau panas terik, tak semestinya saya akan berpeluh dan menakjubkan saya boleh berpeluh dalam aircond! tapi yang semestinya berpeluh kalau nervous, wajib!
saat kemuncak yang saya tau saya ada masalah ni bila nak exam PMR dan SPM.. kertas jawapan saya basah dan nampak lusuh(betul ke perkataan ni?). ingat lagi, waktu tu, pegang pensel jauh2 dari kertas sebab taknak kena peluh.. tiap2 10 minit mesti kena kesat tangan dekat baju(kes tak bawak tisu, sapu tangan). tapi disebabkan penyakit ni terpencil, so memang tak dapat nak kesan apa sebenarnya real problem..
ni bukan tangan saya, tapi tangan saya takdela sampai nampak berair macam ni.. |
saya dapat tau nama penyakit ni pun masa kat IPG, sebab keluar dalam paper yang sudut kesihatan setiap ahad tu.. hahaha, kemudian nekad nak g jumpa doktor.. sebab sebenarnya penyakit ni memang mengganggu kehidupan seharian saya.. contohnya macam kat atas tu.. cuma saya bernasib baik sebab ianya tak sampai menimbulkan bau badan.. tapi sedikit sebanyak ia mengurangkan keyakinan diri especially bila nak bersalam dengan orang, rasa malu je nak hulur tangan sebab takut nanti orang geli dengan peluh kita.. selalu mistaken sebagai nervous atau takut bila orang nampak peluh dekat muka padahal tak takut atau nervous pun.. menghadapi masalah bila buat sesuatu antaranya menulis dengan kapur sebab kapur tu selalunya cepat rosak kena peluh, pernah masa kawad pengisytiharan maktab ke IPG, peluh saya dekat tangan menitik2 sampai boleh nampak atas jalan tar tu... bila tang makeup memang perlu sangat memilih produk kalau tak mmg berbelak.. huhuhu..
paling kelakar bila pergi jumpa doktor kat hospital, bila cerita masalah kat dia, dia bukak buku perubatan nak cari penyakit saya.. saya plak yang bagitau nama penyakit saya dekat dia.. dia suruh saya dapatkan treatment dekat pakar kulit di Hospital Sultanah Nur Zahirah memandangkan saya belajar kat IPG masa tu.. lagi senang dan dekat katanya.. tapi saya tak pergi pun, sebab saya ingatkan dia nak wat reference letter ke tapi nan ado.. kena pergi sana Q balik.. malas la... sebab tu hospital negeri.. bukan daerah.. ramai kot...
masa tu dia bagi ubat tuk kurangkan perpeluhan. nak tau ape?
dia bagi alkohol yang kepekatannya 90%++ tak ingat exact percent... sebab alkohol kan memang bersifat mengeringkan, sampai orang yang bagi ubat tu terkejut sebab dipreskripsikan dengan alkohol yang pekat.. siap tanya sakit apa dan call doktor yang bagi slip tu.. kemudian berkali-kali pesan supaya guna bila perlu je..
bila guna tu tangan rasa kering tapi memang kering sangat2 sampai kasar dan terpaksa apply lotion... last2 renyah sebab sentiasa kena sapu.. short term punya penyelesaian last2 tak pakai, ada lagi ubat tu sampai sekarang.. hihihi
dulu kira nekad la nak settle kan prob ni sampai sanggup nak buat pembedahan potong saraf sympatetik tu untuk kesan kekal hentikan penyakit ni bila dah kerja nanti.. bila tanya sekarang, memang ada perasaan nak lepas dari belenggu penyakit ni, boleh hidup dan buat aktiviti dengan normal tanpa rasa terganggu macam orang lain.. bila bagitau MBB, dia cakap watpe nak bedah, dia tak kisah pun penyakit saya ni.. huhuhu.. haha kan dah berbelah bahagi hati tu...
tempat yang akan dibedah... kat ketiak.. wuwuwuwu |
tinggal parut cenggini la nanti kalau bedah nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini dan sini ada bukak page kelab hyperhidrosis malaysia tapi tak dapat lak nak join forum, page error.. huhuhu... menarik baca kisah LEE SHIAO EEK.. true story that best describe situation person with hyperhidrosis have to undergo in daily life.. to read click here |
p/s: perlu ke saya undergo surgery? plish2 share ur opinion.. =))
>