LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

February 5, 2012

girls' outing...

cuti maulidur rasul yang bersambung dengan thaipusam membolehkan daku pulang ke KELATE yang tercinta.. maklumla raya cina aritu tak balik... sampai dengar khabar abah rindu.. padahal baru sebulan tak balik.. hihi terharu rasa sebab abah memang tak pernah tunjuk perasaan dekat anak2..
haha, adik2 pun nak jumpa sebab kalau tak lambat lagi baru buleh jumpa..  cuti kami dah tak sama...so balik jela kan.. lagipun ada  urusan yang perlu disettlekan jugak..
aktiviti dekat rumah, ape lagi, berjalan+makan.. aktiviti wajib kami.. layankan jela..

sementara menunggu ma menyelesaikan urusan, posing dulu!

sorang yang kat nelakang marah sebab muka dia tak masuk frame tadi.. kikiki

muke excited dapat makan ABC.. ini merupakan seorang yg ABC freak... asik mau makan ABC je

dengan ma, hihi.. walaupun dah xgirls, tapi suke mengikut jejak langkah kami sebelum malamnya mengaku kaki penat n lenguh.. haha

seronok sebb makanan saya sampai dulu..

bosan menunggu keta dibasuh, posing dulu... cantik kan pemandangan...

suke pepatung yang interframe tu.. =)

budak tak senonoh! hahha, tapi seyes aiskrim ni best..


muka terliur, tapi nak makan takde sudu... scene menunggu keretapi melintas... 

and guess what, kami dapat tengok ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

keretapi harimau malaya.. ataupun blue train.. keluar dalam majalah 3 semalam..  hadiah kerajaan Jepun kepada KTMB.. cantik...

February 1, 2012

korang geli saya malu....

entri pasal beauty secret  sebelum ni saya ada mention kan pasal penyakit hiperhidrosis..
korang pernah dengar tentang penyakit tu? sayalah manusia 1% yang 'bertuah' sebab dapat penyakit ni.. huhuhu

hiperhidrosis ni sebenarnya penyakit perpeluhan melampau.. maksudnya peluh yang akan keluar tanpa mengira masa.. bunyik macam kotor gila kan.. yakkss!! tapi sebenarnya tak adala sampai macam tu sekali.. lagipun benda ni bukan saya mintak nak kena pun.. 

masa sekolah rendah lagi saya detect yang saya ni pelik sikit. tapi masa tu masalah ni tak adala ketara sangat. sebab dulu masa tu, setakat berpeluh paling kuat pun kat hidung.. dan biasanya orang tua-tua akan cakap orang yang kuat berpeluh dekat hidung ni kuat cemburu.. so saya ingat benda tu tak ada apa..

cuma bila naik sekolah menengah, saya perasan masalah tu makin teruk, merebak ke tangan dan  kadang2 hampir seluruh muka. dalam kes saya, kalau tangan hampir sepanjang masa, dan muka tu dia ikut suka mak nenek dia nak kuar bila.. dan percaya atau tak, kadang2 tak boleh nak jangka bila saya akan heavily sweating.. sebab kalau panas terik, tak semestinya saya akan berpeluh dan menakjubkan saya boleh berpeluh dalam aircond! tapi yang semestinya berpeluh kalau nervous, wajib!

saat kemuncak yang saya tau saya ada masalah ni bila nak exam PMR dan SPM.. kertas jawapan saya basah dan nampak lusuh(betul ke perkataan ni?). ingat lagi, waktu tu, pegang pensel jauh2 dari kertas sebab taknak kena peluh.. tiap2 10 minit mesti kena kesat tangan dekat baju(kes tak bawak tisu, sapu tangan). tapi disebabkan penyakit ni terpencil, so memang tak dapat nak kesan apa sebenarnya real problem..

ni bukan tangan saya, tapi tangan saya takdela sampai nampak berair macam ni..

saya dapat tau nama penyakit ni pun masa kat IPG, sebab keluar dalam paper yang sudut kesihatan setiap ahad tu..  hahaha, kemudian nekad nak g jumpa doktor.. sebab sebenarnya penyakit ni memang mengganggu kehidupan seharian saya.. contohnya macam kat atas tu.. cuma saya bernasib baik sebab ianya tak sampai menimbulkan bau badan..  tapi sedikit sebanyak ia mengurangkan keyakinan diri especially bila nak bersalam dengan orang, rasa malu je nak hulur tangan sebab takut nanti orang geli dengan peluh kita.. selalu mistaken sebagai nervous atau takut bila orang nampak peluh dekat muka padahal tak takut atau nervous pun.. menghadapi masalah bila buat sesuatu antaranya menulis dengan kapur sebab kapur tu selalunya cepat rosak kena peluh, pernah masa kawad pengisytiharan maktab ke IPG, peluh saya dekat tangan menitik2 sampai boleh nampak atas jalan tar tu... bila tang makeup memang perlu sangat memilih produk kalau tak mmg berbelak.. huhuhu..

paling kelakar bila pergi jumpa doktor kat hospital, bila cerita masalah kat dia, dia bukak buku perubatan nak cari penyakit saya.. saya plak yang bagitau  nama penyakit saya dekat dia.. dia suruh saya dapatkan treatment dekat pakar kulit di Hospital Sultanah Nur Zahirah memandangkan saya belajar kat IPG masa tu.. lagi senang dan dekat katanya.. tapi saya tak pergi pun, sebab saya ingatkan dia nak wat reference letter ke tapi nan ado.. kena pergi sana Q balik.. malas la... sebab tu hospital negeri.. bukan daerah.. ramai kot...
masa tu dia bagi ubat tuk kurangkan perpeluhan. nak tau ape? 


dia bagi alkohol yang kepekatannya 90%++ tak ingat exact percent... sebab alkohol kan memang bersifat mengeringkan, sampai orang yang bagi ubat tu terkejut sebab dipreskripsikan dengan alkohol yang pekat.. siap tanya sakit apa dan call doktor yang bagi slip tu.. kemudian berkali-kali pesan supaya guna bila perlu je..
bila guna tu tangan rasa kering tapi memang kering sangat2 sampai kasar dan terpaksa apply lotion... last2 renyah sebab sentiasa kena sapu.. short term punya penyelesaian last2 tak pakai, ada lagi ubat tu sampai sekarang.. hihihi

dulu kira nekad la nak settle kan prob ni sampai sanggup nak buat pembedahan potong saraf sympatetik tu untuk kesan kekal hentikan penyakit ni bila dah kerja nanti.. bila tanya sekarang, memang ada perasaan nak lepas dari belenggu penyakit ni, boleh hidup dan buat aktiviti dengan normal tanpa rasa terganggu macam orang lain.. bila bagitau MBB, dia cakap watpe nak bedah, dia tak kisah pun penyakit saya ni.. huhuhu.. haha kan dah berbelah bahagi hati tu... 

tempat yang akan dibedah... kat ketiak.. wuwuwuwu

tinggal parut cenggini la nanti kalau bedah


nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini dan sini

ada bukak page kelab hyperhidrosis malaysia tapi tak dapat lak nak join forum, page error.. huhuhu... 
menarik baca kisah LEE SHIAO EEK.. true story that best describe situation person with hyperhidrosis have to undergo in daily life..  to read click here


p/s: perlu ke saya undergo surgery? plish2 share ur opinion.. =))



>

>

January 31, 2012

jadik mangsa

>

>

arini saya kena ganti PK KOKO untuk mesyuarat kejohanan olahraga kelompok.. okla saya tak kisah pun sebab dia pun kena iring budak pergi badminton peringkat daerah.. sebab bila pergi mesyuarat macam tu saya boleh belajar sebalik tabir sesuatu program tu daripada segi kesepakatan ahli dalam memastikan sesuatu tu berjalan lancar


tapi yang tak bestnya bila saya lak yang kena marah dan blame tentang sesuatu yang diluar bidang kuasa saya...
what the h*** la kan..  sebenarnya benda ni berkaitan dengan penganjuran badminton tempoh hari tu..  secara lebih tepat berkenaan surat iringan membawa murid.. yang dekat sekolah cakap dia tak dimaklumkan, daerah yang uruskan, entahla, saya pun tak tau salah siapa dalam hal ni kalau ikut cerita tadi rupanya daerah memang simpan dan peram surat tu.. nak bagi masa hari lawan, so silapnya cikgu sekolah tu sebab adalah sepatutnya dia dapatkan surat tu daripada pihak daerah dan uruskan kepada yang bertanding.. dan pihak daerah salahnya adalah tak bolehla peram camtu je surat tu dan bagi alasan nak bagi kat sana sedangkan perjalanan budak ke venue atas tanggunggan guru pengiring.. last2 korang terlepas, saya lak yang kena.. 

siapa pun yang salah, bagi saya tak patut condemn saya walaupun saya merupakan wakil tuan rumah pada majlis tu.. kat mesyuarat yang tak ada kaitan dengan benda tu lak tu.. lainla kalau masa post mortem ke bulehla nak kondem kaw2.. ini, kalau betul pun salah cikgu sekolah saya, kenapa perlu blame saya seolah2 saya yang bertanggungjawab buat kerja tu? kalau memang tugas dan tanggungjawab saya, saya rela dimarah seribu kali pun, ini lain orang kerja, lain orang yang kena bambu... huhuhuhu.. kalaupun nak dijadikan teladan untuk penganjuran kali ni, tak perlu kot nak beria komplen, macam nak menjatuhkan maruah sekolah kami pun ada, padahal yang slight mistake itu je, hari penganjuran clear, berjalan lancar.. kami tak condemn pun hal pengurus pasukan tak sediakan pemain untuk tugas jaga garisan.. macam2 betul.. rasa unfair sebab kena blame dan condemn atas benda yang bukan kerja kita dan di depan wakil2 sekolah lain..  rasanya kalau slow talk dan cakap baik2 kan lagi bagus lagi duk ungkit2.. just straight to the point.

kemudian ada lak sorang makhluk ni menambahkan bara di jiwa.. siap announce kat mesyuarat tu pesanan khas tuk PK KOKO saya supaya hantar laporan pertandingan dekat dia...  off record katanya dan siap mintak maaf sebab benda tu luar intipati mesyuarat...
hah, sedar pun... pe motif cik kak tu cakap macam tu?? kalau dah off record rasanya buleh je kan lepas mesyuarat tu dia bagitau saya personal.. and kalau nak tahu, cik kak tu duduk sebelah saya je.. bukan meja bertentangan atau sebatu pun.. saje mengada2... tak perlu la nak bagi semua orang tau kan..
entahla, hati manusia memang tak dapat nak diduga..
dan yang pasti, niat saya nak dapat ilmu dengan menghadirkan diri ke mesyuarat tu bawak malang pada diri sendiri. huh!

p/s: tadi sanggup tak makan tengahari sebab sekolah tu makanan dia sedap, last2 jadi macam tu, lepas mesyuarat, terus balik, takde mood nak makan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...