LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 1, 2012

Clay Handbouquet


handbouquet clay..
custom made.. 
like it very2 much!!

>
>

July 31, 2012

Sahur ape??

Assalamualaikum.. entri awal pagi.. baru lepas sahur... :)  macam saya memang menu sahur orang bujang yang malas je.. cukup la asal kan tak melepek sangat lepas balik kerja... lagipun pagi-pagi memang tak lalu sangat nak makan.. hari-hari masa sahur akan terpikir dua benda. 1st mesti pikir apa yang family kat rumah sahur, yang kedua, apa pulak yang MBB sahur... kat rumah konpom sedap walaupun lauk simple.. almaklumla air tangan mak kan...
pemandangan sunset bandar KT pada tahun 2010.. masa ni buka puasa dengan MBB sambil  tunggu bunyi tembakan meriam... nostalgia sungguh.
MBB minggu lepas, dia bagitau sahur dengan sardin je... kesian dia.. sedih pulak saya dengar.. T__T.. nasib baik, sebelum puasa haritu, saya poskan dia serunding ikan dengan ayam.. boleh la tukar-tukar walaupun masih tak berapa nak happy dengar menunya... semalam tanya, dia cakap sahur dengan nasi goreng... wahh, dah improved sikit.. takla sayu sangat hati mendengarnya...  good-good..  selalu jugak dia mengeluh, tak sedap makan sorang-sorang, buka puasa sorang-sorang.. reaksi saya, hanya mampu sabarkan dia.. nak janji yang bukan-bukan tak mampu, takut tak dapat nak tepati janji.. cuma mampu cakap, insyaALLAH, kalau diizinkan, tahun depan boleh berbuka sama-sama.. dengan status yang berbeza pula... doakan.... amin...


>
>

July 30, 2012

Helping Apps HP untuk PJJ couple

Rasanya ramai yang dh tau yang kami mmg PJJ couple, soon, insyaALLAH, married couple lak.. aminn.. lepas kawin pun masih PJJ lagi.. sebab MBB mengajar di kawasan pedalaman Sarawak, kalau untuk cikgu-cikgu, mesti tahu kalau sebut kawasan P2@ pedalaman tahap 2.. biasanya P2 ni hanya boleh dilalui dengan kenderaan 4wd sahaja... tapi lagi teruk P3 la.. sebab biasanya P3 accessible by boat /pesawat ringan je... kawasan dia memang tak ada line telefon, baik telefon kabel apatah lagi line hp... yang ada hanya internet yang tenggelam timbul.. almaklumla, schoolnet.. laju mana sangatlah kan... so bagaimana kami keep in touch??



Dolu2 ataupun tahun lepas, FB banyak membantu.. biasanya kalau masing-masing online pada waktu yang sama, kami chat..biasanya waktu pagi la.. tapi takla lama pun.. sebab MBB pun kat skolah waktu kerja.. dan pada waktu tu biasanya saya pun bergegas nak pergi sekolah.. kalau dia ada kelas tambahan waktu malam, setakat tanya-tanya khabar je.. almaklumlah, takkan nak menghadap depan laptop, tak mengajar lah pulak kan.. kadang-kadang tu bila internet tak ada atau tak lepas untuk buka FB, so diam la kami 5hari, sebelum MBB keluar hari jumaat.. lepas tu bergayut sampai lebammm.. hihihi...

Bila dia dah start masuk dan keluar setiap 2minggu sekali, memang harus cari alternatif lain.. so kami decide untuk beli HP Blackberry..  Errkkk sebenarnya decide nak beli untuk hantaran, tapi sebab memang urgent nk guna, kami pakai je dulu, nanti letak kotak HP je atas dulang.... hahaha, alasan coverline; bahaya letak tepon real nanti ramai-ramai nnti hilang, sia-sia je.. lagipun who cares kan, majlis kita, so up to us la kan nak taruk apa dan letak bagaimana ..nk mengata, mengata la.. i don't care.. huhuhu... urgent nak guna sebab nak BBM through wireless..

 


Lagi convenient sebab guna HP kan.. nak message-message pun tak adala nampak sangat dan paling penting, handy.. sebelum ni terpaksa usung laptop hari-hari.. kadar kekerapan contact pun bertambah, weeeee... tapi bergantung pada line internet jugak.. kalau tak, pandang je la BB tu sorang-sorang

sekarang, bila BBM tak dapat, sebab Blackberry Internet Service tu expired masa MBB kat dalam hutan tu,  kami guna
 

Viber!!
Cuma sayangnya, kat BB, tak ada versi free call lagi.. ada free message je.. yang ada free call dan free message cuma kat android dan juga iphone/ipad.. so kena la guna samsung dengan ipad.. BB letak jauh-jauh.. Dengan adanya apps ni, sekarang kami boleh buat call even tak ada line telefon... dengan syarat ada wireless.. nak harapkan Skype, memang tak lepas.. sebab skype perlukan internet yang ok jugak..



Satu lagi apps yang membantu adalah WhatsApp... tapi kami jarang guna.. hihi, kalau dua-dua kat atas ni tak dapat, last resort baru guna whatsapp...


Dekat FB sekarang memang jarang sangat-sangat dah guna.. sebab ada yang lagi tangkas.. :p.. Syukur alhamdulillah, sebab dengan adanya apps ni semua membantu kami untuk keep in touch walaupun bukanlah hari-hari dan sepanjang masa.. sekurang-kurangnya boleh jugak bergayut telefon selang 2minggu sekali kalaupun tak dapat instant message..Bersyukur sangat-sangat dah jika nak dibandingkan dengan mereka yang langsung tak dapat berhubung berbulan-bulan... berpegang pada prinsip kalau kita rasa kita punya dugaan tu besar, ada orang lain lagi yang dugaannya jauh lebih hebat dari kita.. so be positive dan chill!!
 >
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...