LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 2, 2012

hadiah kawin

Quick update, cuma nak tanya, kalau korang, biasa bagi hadiah kawin untuk kawan-kawan apa ye?? blur plak rasanya.. masa kawin tu, apa yang korang harap korang dapat eh?? memang la kita terima dengan seikhlasnya semua pemberian orang.. tapi mesti ada specific things yang kita harapkan/perlukan untuk memulakan hidup baru.. huhuhu, dah bosan beli pinggan mangkuk, dengan barang-barang letrik... 


sesetengah orang cakap, lebih baik bagi duit berbanding bagi hadiah sebab nanti pengantin dapat periuk nasi sampai belas2 bijik... kalau duit, bolehla tampung atau guna untuk memulakan hidup baru.. almaklumla duit dah licin buat kenduri kan...  tolong saya bagi pendapat: barang atau duit yang lebih baik? kalau barang, barang apa yang sesuai.. tapi jangan la bagi cadangan sofa, tv 40inci, abehh duit sy nak kawenn...


>
>

August 1, 2012

Clay Handbouquet


handbouquet clay..
custom made.. 
like it very2 much!!

>
>

July 31, 2012

Sahur ape??

Assalamualaikum.. entri awal pagi.. baru lepas sahur... :)  macam saya memang menu sahur orang bujang yang malas je.. cukup la asal kan tak melepek sangat lepas balik kerja... lagipun pagi-pagi memang tak lalu sangat nak makan.. hari-hari masa sahur akan terpikir dua benda. 1st mesti pikir apa yang family kat rumah sahur, yang kedua, apa pulak yang MBB sahur... kat rumah konpom sedap walaupun lauk simple.. almaklumla air tangan mak kan...
pemandangan sunset bandar KT pada tahun 2010.. masa ni buka puasa dengan MBB sambil  tunggu bunyi tembakan meriam... nostalgia sungguh.
MBB minggu lepas, dia bagitau sahur dengan sardin je... kesian dia.. sedih pulak saya dengar.. T__T.. nasib baik, sebelum puasa haritu, saya poskan dia serunding ikan dengan ayam.. boleh la tukar-tukar walaupun masih tak berapa nak happy dengar menunya... semalam tanya, dia cakap sahur dengan nasi goreng... wahh, dah improved sikit.. takla sayu sangat hati mendengarnya...  good-good..  selalu jugak dia mengeluh, tak sedap makan sorang-sorang, buka puasa sorang-sorang.. reaksi saya, hanya mampu sabarkan dia.. nak janji yang bukan-bukan tak mampu, takut tak dapat nak tepati janji.. cuma mampu cakap, insyaALLAH, kalau diizinkan, tahun depan boleh berbuka sama-sama.. dengan status yang berbeza pula... doakan.... amin...


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...