Seriously sekarang rasa nak cuti yang sangat panjangggg.... kalau pergi sekolah tu, tertunggu-tunggu waktu nak balik je.. mesti korang rasa dan terdetik; tak baik kan seorang cikgu berperasaan macam tu... Xpe, saya tak marah pun, sebab saya pun rasa macam tu.. betapa tak baiknya saya, gaji dapat...sepatutnya kerja pun haruslah sepenuh hati la kan..
Saya ikhlas mengajar (walaupun akan ada orang akan claim balik, ikhlas itu subjektif, tak dapat diukur dan sesuatu benda yang tak nampak di mata) tapi sejak masuk penggal kedua, saya rasa tak ada kepuasan dalam kerjaya.. kenapa?? entahla... banyak faktor.. cuma sikit ralat sebab paling ramai dalam sesebuah kelas saya ajar pun 6 orang murid je, opkos dorang dapat attention cikgu tapi kebanyakan murid macam takde motivasi untuk belajar?? ke saya yang tak cukup memberi diorang motivasi?? aduhhh, mana boleh salahkan murid, salah cikgunya la kan.. tak pandai mengajar.. sebab tu budak asik tak siap keje sekolah je.. tiga subjek ajar, tiga-tiga tak siap.. hari-hari lak tu.... seb baik 3, kalau sume enam-enam subjek tak siap, sedihh+pengsan cikgunya.... T_____T
Tension sebenarnya pikir macamana nak betulkan balik attitude murid-murid.. tak boleh nak lepas tangan walaupun mulut dah berbuih tahap nak sawan.. sebab dorang masih kanak-kanak yang tak dapat nak berfikir dengan baik.. macam-macam teori ngan kaedah mat salleh dah guna, tapi hampehhh.. cabaran sekolah rendah macam tu.. sek menengah lain pulak cabarannya kan..
Stop blogging sal kawin, jom brainstorm camana nak brainwash kanak2 riang kat skolah tu... adehhhhh... nanti PPD tanya, dia tak tanya masalah murid, dia tanya masalah cikgu.. huhuhu
p/s: budak2 yang dapat full support dari parents, ingatkan dan check homework dorang, memang sangat bermotivasi untuk belajar berbanding dari mak bapak yang lepas tangan fully pada cikgu.. kesian kalau kelas sampai 30-40 orang, peluang nak dapat personal attention guru tipis, balik rumah, parents pun tak hirau... dalam hal ni murid saya lagi bernasib baik tapi lain pulak masalahnya kan..
>