Arghhhh!!! perasaan bercampur2, tensen+bengang... petang tadi dapat tau yang ada lagi cuti berganti diluluskan KPM... so sekarang, kalau sekolah nak, boleh mohon untuk cuti berganti hari Khamis dan Jumaat... bengang sebab cuti khamis ke jumaat ke, tetap kena balik jumaat... nampaknya makan jem la nanti dalam keta... T___T
Kena balik Jumaat jugak sebab petang khamis tu ada program berbuka puasa peringkat sekolah anjuran PIBG.. Berbelah bahagi sebenarnya.. antara nak kesiankan orang lain dan diri sendiri... sebab kalau ikutkan dah 2 orang amik cuti dan konpom tak ada hari khamis tu.. so tenaga kerja dah short 2 orang.. tinggal la 7 orang.. kalau saya pun balik terus lepas sekolah tu.. tinggal la 6 orang kakitangan sekolah... tapi kalau tak balik terus dan join, diri sendiri lak kesian, terpaksa mengharungi jam dan entah berapa lama lak perjalanan balik... hukhukhuk...
Rasanya, kemungkinan besar GB tak ambil cuti berganti hari khamis tu... tapi kalau dia amik camana ehh?? kenapa la KPM tak plan cuti ni dari awal, sedangkan yang cuti Aidiladha haritu dah ganti awal2 bulan 4 lagi.. bila buat secara adhoc macam ni, perkataan menyusahkan+menganiaya tu sikit2 ada kebenaran.. bila tengok post cikgu2 kat seberang laut kat FB, kesian pun ada, memang patut mereka komplen.. contoh paling dekat, MBB.. cuti Khamis ke Jumaat ke, dia tetap akan balik Sabtu.. nak beli tiket, harganya memang confirm cekik darahnya..
Nanti mesti ada yang hentam cikgu, bagi cuti bising, tak bagi pun bising... bukan tak bersyukur kerajaan bagi cuti, syukur sangat, walaupun berganti.. cuma rasanya baiklah dimaklumkan dan dirancangkan lebih awal.. itu sebaik-baiknya... Sabo je la kan... SYMP kannn.... >...<