LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 27, 2012

jom cari rezeki

back to the normal routine.. malas tapi bila baca ada satatus kat FB berbunyi 

"bila anda bangun tido dan terasa mls sgt nk g keje, itu adalah petanda anda layak utk menghantar surat letak jwtan". 

terus buang cepat2 rasa malas itu... hahahaha, tak keje, takde gaji, takleh kawin.. no no no!.. hehehe...


banyak kerja nak dikerjakan.. macammana lah budak2 kat skolah tu agaknya.. hohoho, saya belum study KISSM !!... yang ni betul2 malas.. sebab dah lama sangat tinggal zaman2 belajar (padahal baru 2tahun), exam, mengarang dan sebagainya..  rasa cam otak pun berlemak je.. tepu...
tapi yang syoknya, assignment dah siap awal2 lagi.. =)
jom pergi kerja..

>
>

August 26, 2012

sapa mau jadi bridesmaid saye?

ok, sekarang timbul krisis baru.. haritu dah offer my bff dan dia setuju.. tapi masa nak konfirmkan balik, dia xnak, takut katanya.. takkan nak paksa lak kan.. so sekarang ni memang takde calon sape bridesmaid.. for BOTH event.. resepsi dan bertandang... hukhukhuk... memang dalam kepala tak nampak sape calon sesuai.. semua kawan rapat, dah kawen dan ada kekangan... sobsob.. T__T...nak appoint adik boleh tu bolehla, tapi nanti banyak tugas lain yang dia kena assist...


saya tak bercita-cita nak ramai macam dalam gambar kat atas ni pun, usahkan ramai, satu calon pun takdek lagi.. camne?? kalau tak ada bridesmaid ni boleh tak??

 p/s: hihi... ada sape2 volunteer nak jadi pengapit saya?? 

>
>

August 24, 2012

aktiviti raya-jalan,HIV Test,Kenduri

pagi raya cam biasa.. amik gambar family.. aktiviti wajib



raya kedua, balik kampung...


raya ketiga, duduk rumah je...

raya keempat, pergi amik MBB kat KB, balik umah kejap, kemudian pergi hospital.. buat HIV test.. siot je.. orang kat kaunter bawah tu cakap 2 minggu je dapat result, bila naik atas, doktor tulis 6minggu.. gila lama... masalah dengan kit saringan hiv tu.. so kena hantar sampel darah ke hospital KB dulu.. sebab tu lama..
so, decide dengan MBB, nak buat yang ni sebagai backup je, nanti MBB try wat kat Lawas, saya try wat kat Perak..

kemudian terus gerak ke Terengganu.. Esoknya ada kenduri kawan.. gerak sehari awal sebab nak spend time sesama.. hihihi.. takdela.. sebenarnya taknak rushing sangat.. kalau gerak hari yang sama, balik pun hari yang sama, agak penat sebab kuala-krai ke kemaman tu makan masa dalam 5 setengah jam.. nanti habis masa 11jam je untuk perjalanan...

kami stay dekat Permai Hotel..



sempat la round2 bandar KT jap..
esoknya terus gerak g Kemaman..
pergi kenduri Fara dulu...


gorgeous sangat kan dia dalam purple shade,

kemudian gerak ke kenduri Nawa lak, nawa ni rakan satu maktab, tapi lain-lain kelas
mulanya ingat dah lewat nak gi sebab nak kena balik lagi, tapi sebab dah janji nak datang dan kesian enun yang sanggup tunggu nak pergi sekali, so, takpela, korbankan masa..




 

makeup nawa sangat cantik.. especially tang mata.. suke gila tengok...



sempat rasmi katil pengantin...



balik rumah pun dah pukul 9.. kemudian adik2 prepare BBQ.. so, makan-makan time...
lepas tu zZzZzZzzzZZzzz....



ps: pagi ni gerak ke Kedah... currently dekat umah MBB... ^___<.... esok, hantar MBB balik kat airport... T___T

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...