Sebelum ni dah cerita pasal HIV test yang makan masa 6minggu disebabkan Kit HIV test yang bermasalah sekarang ni.. gila lama kan.. agak-agak dalam 3hb Oktober onwards baru boleh collect result... itupun kalau SIAP on time... masalah bila pergi buat kat klinik kesihatan dan sampel darah kena uji dekat makmal di hospital ibu negeri.. bukan di hospital daerah.. konfirm takes time kan...
Ikutkan sebelah saya tak ada masalah kalau collect time tu.. haritu kami buat sama-sama... tapi yang prob MBB la... sebab nak kena setelkan borang2 dia.. lulus di pejabat agama Kedah baru boleh proceed dengan Kelantan pula.. so memang kami dah decide jadikan yang tu sebagai backup.... masing2 balik negeri rantauan dan check kat sini lak...
So semalam dengan sanggup dan gigih ke TI untuk tanya sal HIV test tu dengan harapan boleh buat terus... tanya front counter nurse, dengan sangat ramah dia bagitau, boleh buat, tapi biasa memang dorang amik waktu pagi sebab sebelah petang tu dia wat penghantaran sampel2 ke hospital.. waktu petang atau lebih tepat waktu masa saya cakap dengan dia tu pun boleh kalau nak buat, tapi lama la.. sambil senyum2.. (waktu tu jugak saya pandang belakang dan mula mengerti maksud senyuman dia... haha ramaiiiiii orang, tak sanggup nak tunggu...) atau dia nasihatkan datang jumaat pagi sebab jumaat tu khas untuk amik darah je.. tapi... jumaat kan kerja.. nak datang pagi2 mau gerak pukul 6.30 jugak.. last-last tanya kat BD buat x, dia bagitau semua klinik kesihatan memang buat (saje double check info untuk future reference).. which is nearer la.. sebelah umah ni je haaa.. ;) double thumbs up untuk kak misi yang melayan pertanyaan dengan sangat ramah dan senyuman..
Dengan bersemangat wajanya, balik dari sekolah tadi, terus singgah ke klinik kesihatan dekat rumah ni.. layanan so-so je.. tapi cam biasa la.. perempuan kekwat sikit (tak semua, tapi mostly macam tu kan)... nurse tu tadi beria cakap macam tak boleh kat buat situ.. result lama la apela.. kena wat kat hospital la.. time tu la maklumat semalam yang dapat kat TI tu digunakan sepenuhnya... tak adala nampak cam kita tak buat homework dan main terjah je kan... orang nak tipu sikit2 pun pk banyak kali... dalam hati time tu toksah cite la.. doa banyak-banyak agar dapat buat kat situ.. tapi yang lelaki tu cakap boleh... ada gak tipu dorang sikit2.. hehehe.. cakap nak kawin awal bulan 10.. sebab staf lelaki tu cakap Kit HIV yang baru akan sampai pertengahan bulan 9.. rasa cam dah lambat je kalau nak tunggu yang tu.. tu yang tipu dorang tu.. yang pasal 6minggu tu semua yang betul punya.. last-last dapat nombor juga. itupun cik kak tu muka serius je... sebenarnya tak mengharapkan layanan first class pun, cuma atleast maniskan la muka tu sikit memandangkan dia kerja kat kaunter.. orang yang dah sakit, tambah sakit lagi tengok muka kelat tu..
Sampai turn, masuk dalam bilik, jumpa MA, tetapkan appointment untuk amik darah hari khamis ni.. estimated time dapat result 14/9.. sebab result dapat dalam 7hari bekerja.. okla tu kan.. daripada 6minggu.. MA ni pun peramah.. siap cerita lagi yang saya rupenya org pertama buat HIV test kat situ.. patutla kelam kabut lain macam je cik kak tu... dia pun check tekanan darah sebab saya menyelit tanya sal sakit kepala haritu.. tekanan darah tinggi sikit.. sikit je.. siap dia pun pelik betul ke tekanan darah saya.. dia pun cakap mungkin sakit kepala tu sebab stress yang boleh akibatkan migrain.. periodic migrain... dapat ubat migrain.. siap pesan berkali2 lagi makan hanya time sakit je dan kalau tak sesuai berenti makan.. sebab takut ubat tu terlalu kuat untuk saya.. okey, baik bos... lagipun saya ni bukan jenis rajin makan ubat pun.. hihihi...
Tapi sebenarnya banyak benda yang kelakar yang saya buat. bila pikir balik, malu pun ada.. nampak sangatla taktau prosedur kat Klinik Kesihatan.. sebab memang jarang pergi... alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik (errr sebenarnya liat nak g klinik even swasta pun kalau sakit..) last sekali pergi masa buat Medical Checkup.. siap boleh mintak surat pelepasan untuk amik darah hari khamis tu lagik... arggghhhhh malu wehhh.. tapi tak malu, tak tahu yang rupanya memang datang, lepas tu baru dia bagi.. hahahaha, tepuk dahi kuat2.... >___<
>