Beberapa produk yang saya dah guna setakat 1-2 tahun kebelakangan ni.. tapi ni penggunaan based kepada kulit saya la.. kang tak pasal-pasal ada yang saman saya nanti.. sebab kulit kita tak sama kan.. mungkin produk pada si A tak sesuai untuk si B pakai dan sebaliknya.. sesuai atau tak, korang yang lebih tahu kondisi kulit korang...
first start dengan Glowz ni.. awal tahun lepas amik .. best jugak guna.. kulit memang nampak beza, sampai ada yang tegur guna ape.. halus dan lembab je.. sebab kandungan dia pun ada gluta, gluta ni untuk putihkan dan gebu kan kulit, vitamin c dan collagen dan lain-lain..
tapi tak sempat habis satu kotak pun, puncanya? mungkin sebab rasa nya sedikit tak best walaupun berperisa anggur.. sebab rasa cam ubat.. hehehe
sekarang ni pun masih ada sisa-sisa glowz berbaki beberapa packet yang tak habis..
harga untuk stok sebulan = rm 150
next, try consume vco lak. ni antara produk yang best.. sebab dia memang nampak kesan cepat gila..
masa makan haritu, berat turun!! untuk yang dah kurus, jangan risau, dia takkan turunkan berat korang sebab dia hanya akan stabilize kan metabolism sekiranya berat korang dah ideal..
vco ni jugak bantu penghadaman dan melawaskan kencing..
ingat lagi tahun lepas, masa nak g kenduri kawan, setiap stesen minyak je berenti.. haha, sebab vco punye pasal..
kesan pada kulit? dia tak mencerahkan, tapi menyamakan warna kulit dan kulit akan terasa lembab je.. nak-nak bila ambik softgel tu sapu dimuka..
punca berenti guna? sebab tahun lepas, produk ni baru dan baru nak naik, memang waktu tu susah gila nak cari stokis atau orang yang jual vco ni.. tak macam sekarang.. so terpksa stop..
harga stok sebulan = rm 30 ke rm38.90
sekarang nape tak sambung kalau best? sekarang masih guna vco.. tapi bukan daripada catalyst la..
amik yang orang kg kat sini jual.. murah pun murah.. cuma tak best sikit sebab bau dia.. haha
norefal try masa awal bulan 4 tahun ni... pakai tak lama pun lepas beli.. sebabnya, dia ada effect pada kulit. tak sesuai.. norefal ni kena sapu, bukan consume... lepas pakai, muka jadi tak tahan dengan panas, kalau kena panas, muka saya akan rasa gatal sangat, lepas tu jadi cam sunburn, ada gegelang merah dan lepas dia menggelupas, jadik kulit area tu tak sekata warnanya... sekali tengok macam panau lak dah.. tapi bukan panau, kawasan tu memang akan iritated hanya bila cuaca panas dan direct sunlight... dulu penah jadi bila pakai pencuci muka yang tak sesuai..
dan lepas stop, terus hilang gegelang tu.. tak tahu kenapa..
harga untuk stok = rm100 for 100 softgels (bergantung korang guna sehari berapa)
sekarang makan benda ni.. dah hampir 3bulan consumes.. vitamin C... tapi tak beli yang dekat online tu, mahal berganda-ganda.. saya beli dekat farmasi Guardian je.. untuk percubaan beli yang yang kandungan vit c nya 500mg, pasni nak up kepada 1000mg... so far guna, alhamdullillah.. kulit supple macam guna Vco dengan Glowz dan kulit jadi sekata warnanya.. yang lain-lain kelebihan vitamin C boleh google je..
harga stock untuk sebulan: rm25 (beli yang dalam botol besar terus, so lepas kira-kira buleh tahan untuk 4bulan stock)
murah kan... hehe, tu antaranya penyebab yang menyebabkan masih bertahan dengan beauty supplement ni..
yang lain mungkin sebab budget agak tight, so tak berapa nak setia sangat la.. haha...
sekarang ni kecoh dengan benda alah ni lak kan..
Beutskin Essence.. ala yang adira AF, isma AF, Saida dan Rozie kakak ipar Dato' Siti guna tu..
menakjubkan kan tengok kesannya.. kalau tengok pada gambar-gambar ni la kan..
hoho, teringin nak try, tapi sekarang budget ciput+cipan je.. nak kena menyimpan untuk kawen.. hukhukhuk
insyaALLAH lepas kawin akan ku try nanti.. hahahaa.. terbalik sudaa...
harga stock sebulan = rm220-rm240..
korang pulak guna ape? share la...
p/s: sy tak dapat komisen mahupun menjual produk diatas.. :)
>