LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

September 18, 2012

Lost World Of Tambun

settle amik HIV test haritu, terus pecut ke Ipoh..
 kami pergi ke...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Lost World of Tambun..
memang tak sedar diri kan.. menghabiskan duit, dikala sepatutnya menyimpan.. sighh...
okey, first sampai mula-mula, view dulu rate hotel kat Sunway Lost World Hotel, kalau munasabah dan affordable, baru boleh check in.. kalo tak, cari lain..
rate weekend, rm230 untuk exotic king, ni untuk view belakang hotel.. classical king rm250 untuk view depan, ala2 dalam gambar kat atas ni..
lepas puas hati, pilih exotic king je.. tapi lepas tolak diskaun goverment, dapat upgrade ke classical king.. yeay!!

lepas settle dengan luggage, mandi semua, memulakan destinasi ke Lost World..
oh ye, lupa nak mention, kalau korang menginap di hotel ni, dia akan bagi 3 kupon,
satu kupon breakfast free kat Papparich, satu lagi diskaun 10% ke entrance Lost World dan satu lagi 10% diskaun ke Hotspring and Spa..

entrance fee rm45 for adult, plus deposit untuk RFID rm10
total untuk dua orang lepas diskaun rm101..


masuk-masuk dalam terus cari petting zoo.. hehee


 otw ke petting zoo jumpa tandas ni.. comel kan label lelaki dan perempuan tu..


kat petting zoo ni, best sebab haiwan freely move.. yang jinak la.. kalau yang sah2 buas, tetap kena kurung..
so jangan terkejut kalau korang tengok racoon ada atas kepala korang


banyak lagi snap binatang, tapi tak rajin nak upload semua.. hahaha..


view kat taman ni pun cantik2.. yg penting tidak berpagar.. pandai betul dorang manfaatkan keunikan struktur semulajadi kat sini..
kagum**


masuk kedai kat petting zoo, MBB nak belikan topi gajah ni.. comel kan..
tapi harga dia rm19.90.. pricy untuk benda yang tktau nak pakai bila..

  
Saya pulak nak belikan MBB topeng itik ni. cute kan..


lokasi seterusnya, Animal Care Centre.. pusat pemulihan haiwan sakit dan yang dah mati kat taman ni, pun ada diawet dan dipamerkan

next: swan lake..


cantik kan view dia..


pun boleh naik paddle boat kat sini
swan pun banyak..
new attraction, Tin Valley


jimat gila kan, tak payah buat bangunan, manfaatkan gua je untuk wat mini muzium.. =)

ada replika gajah.. siap ada papan tanda suruh kita naik gajah ni dan amik gambar lagi..
sebabkan sy pakai skirt, amik jela gambar dengan anak gajah ni.. :p
nampak real je orang tu kan..

oh ye, kat sini pun ada kem untuk teambuilding..
macam-macam aktiviti ada, flying fox, water confident, abseiling, camping dll..


lepas tu pergi tengok rimau berenang.. kat tiger valley..
terlepas waktu sikit je.. kalau tak leh tgk rimau makan.. sebab feeding time pukul 3 dan 4pm..



kat kepura cave.. masuk dalam tak de pe pun, mungkin gua ni dijadikan bilik tayangan je


pun ada amusement park.. puas bagi hint dekat MBB suh try game dapatkan hadiah bear, tak besar, kecik pun jadila.. tapi dia cakap membazir.. baiklah.. T____T



ni bahagian water theme park..ada lagi bahagian lain.. tak snap..
kami tak mandi pun.. 



try  hot spa reflexology je


malam tu ingat nak g hotspring & spa, sebab spa valid coupon dari pukul 6pm-10pm.. alih2 sume balik bilik, tido dengan jaya nya.. terlepas nak guna.. sedih tul.. esok dah nak balik..


esok pagi, pergi breakfast free kat PappaRich..
makanan dia sedap ooo....


yang paling penting, first time dapat guna unifi... hahahah, ketinggalan betul kan...
lepastu check out.. dan teruskan perjalanan jalan2 kami..
ke mana?
stay tune.. =)

>



>

September 17, 2012

MBB's HIV test

HIV test untuk MBB done..
buat dekat KK Teluk Intan..
tak perlu appointment, walk in, hari jumaat khas untuk amik darah.. 
mahal harganya sebab MBB terpaksa balik, total kos flight+ERL+ETS hampir 6ratus lebih.. semata-mata untuk buat test ni semata.. kalau x, takut tak sempat submit borang kawin lak..
takpela.. pengorbanan wang ringgit..
insyaAllah, ada rezeki lain akan muncul, kalau tak wang ringgit pun, dalam bentuk yang lain..

MBB bertolak hari rabu tengahari daris Sarawak ke KK..
kemudian flight ke KL hari khamis pagi.. naik ERL ke KL Sentral, petangnya naik ETS ke Sungkai.. sampai pun dah malam..

Jumaat pagi2 lagi gi wat HIV test.. kelam kabut jap sebab dia nak borang pejabat agama..
tapi nasib baik sebab yang masa buat kat kelantan haritu ada.. so guna yang tu je..
misi india tu peramah gila..
dia cakap result paling cepat dapat 3hari..
mata pun membuntang la..
paling lambat seminggu bekerja.. okla kan.. harap2 3hari je.. =)
settle kat situ, pergi makan.. hehe
lepas tu balik BD, pergi amik HIV test saya pulak..
result kuar hari ni..

Pergi sana amik result, then dia suruh pergi klinik ibu dan anak..
mula-mula biasa je sebab ingatkan kena jumpa doc untuk amik cop untuk sahkan keputusan tu reaktif ke tak reaktif je..
last-last, misi ajak masuk bilik lain, cuak gila time ni.. tapi rupanya isi borang pasal soalan peribadi perempuan je..
ujian pra-kehamilan namanya, hoho siyes rasa cam blur, taktau pape..
dia ambil darah yang cucuk kat jari tu, 
kemudian siap suruh minum susu banyak2.
+ kena bebel sebab bagitau dia tak minum susu sebab tak suka.. nanti muntah.. dia cakap susah nanti kalau dah pregnant, tak suka pun kena cuba.. baiklah, will try... (yeye je kan)
dapat lecture sal pil folic acid.. kenapa kena makan, sumber makanan yang ada folic acid, apa jadi kalau berlebih makan, blablabla..
kalau dah abis sebelum waktu nanti, dia suh datang, topup lain.. 

lepas tu dia tanya tinggi, tak sure haha, so kena pergi ambil berat = 53.9kg, omaiiii, berat naik, dush2.. sila diet pasni... tinggi = 1.62m.. 
kira bmi.. 
BMI dalam 20.53 lebih.. ok la kan.. 
misi tu siap bagi pembaris bmi yang comel tu.. hehehe
lepas tu dapat kad temujanji ni...


next appointment, 14.12.. huhuhu..

>
>

September 13, 2012

warna baju sanding

saya request kaler ni untuk baju sanding..
sewa je.. tak beli@buat pun..


tapi incase takde kuning yang saya berkenan,  haritu pun owner butik tu pergi cari kuning yang memang nampak memang gold kaler dia..
sebab almaklumla.. kuning ni ada banyak tone kan,
ada dua pilihan  lain lagi yang saya berkenan,
iaitu


merah dan biru elektrik
dua2 baju pattern yang sama je..
pening, sebab kalau keutamaan memang kuning, tapi kena wat backup plan jugak..
hoooo, mana lagi cantik dears, merah atau biru?
give me your thoughts..
help2.. =)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...