LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 4, 2012

kebenaran kahwin luar negeri stuck!!

Mmmm... dugaan sekali lagi menimpa..
kalau pasangan lain diduga dengan karenah vendor-vendor, kami pulak lain ceritanya..
yang berkait dengan benda paling penting lak tu!!
 masalah dengan bab-bab dokumentasi kawin.. 


ada je halangan dan ranjau yang perlu ditempuhi.. 
haritu dengan masalah HIV..
sekarang dengan borang kawin sebelah MBB lak..
stuck di pejabat agama kat sana..
puncanya sebab surat akuan tak buat lagi,
TAPIII.......
haritu masa MBB nak buat, orang sana cakap, perlu buat HIV dulu.. dan benda tu boleh diwakilkan pada orang lain buat lepas HIV test settle, bila MBB bagitau yang dia kerja jauh.. tak dapat nak selalu balik..
 sekarang bila FFIL submit borang permohonan, dorang tanya balik kenapa tak buat akuan dulu??
kami yang salah dengar ke, atau pun twisted info??
orang lain cakap macam ni, orang tu macam tu..

Adoila...
saya pun taktau akuan apa, tapi kalau ikutkan FMIL, ianya sebenarnya macam akuan bujang je..
kalau prosedur pejabat agama kelantan, rasanya pengesahan bujang dari majikan/imam/pesuruhjaya sumpah.. boleh pilih daripada mana2 satu..
xtau la kot2 kat sebelah sana memang wajib buat akuan depan pegawai agama..
kalau akuan sumpah, memang sah-sah tak dapat wakil kan???
memang ada rumours yang cakap prosedur kawin kat sebelah sana paling ketat or can i say cerewet??

Sekarang bila terkena batang hidung sendiri, baru caya..
for me, benda nikah kawin ni benda yang baik, mulia..
kenapa we as muslim, merumit-rumitkan benda yang baik..
Eh, tu memang prosedur la.. blablabla... don't blame the prosedur la.. 
kita manusia yang create benda tu, so why not kalau modify supaya lebih menyenangkan untuk mereka-mereka yang bekerja jauh, dan susah nak dapat cuti macam kami ni...[sesuka hati aku je suh modify yekkk]
a bit disappointed juga la...
takkan tak ada langsung orang kata tolak ansur, timbang rasa kan..

Tu la, sape suruh last minute??
last minute??? tak juga.. kami start buat hiv test ujung bulan 8.. means ada 2bulan ++ lagi sebulan tarikh kawin, kami dah start dengan dokumentasi prosedur kawin..
tapi nak dijadikan dugaan dan ujian dari NYA..
HIV test prob,
sekarang borang kebenaran kahwin luar negeri pulak sangkut..
sabo jela..
sekarang ni saya tenangkan diri dengan fikir dari sudut positive, anggap ia salah satu ujian dan cabaran untuk kahwin..
tapi positif-positif jugak, cuak tu harus oii.. benda paling penting..
nanti tak pasal-pasal pulak nanti kenduri on, tapi pengantin tak dapat nikah.. 
nauzubillahhhh.. :(


p/s: FFIL cakap dia akan berusaha settlekan benda tu by hook or by crook minggu depan.. doakan je la agar benda tu dapat selesai.. 

>
>

kahwin dengan siapa??

MBB sekarang dekat Miri.. sebab menghadiri KISSM..
so jumpa la few friends from IPG..
almaklumla ramai lelaki-lelaki yang posting ke Sarawak
so bila menghadiri benda-benda yang melibatkan pengesahan jawatan, konfirm la ada peluang jumpa..
abaikan  maklumat tambahan yang diberi..

sebenarnya motip entri ni nak cerita alkisahnya bila MBB jemput dorang/kawan-kawan semaktab ke majlis kami..
boleh pulak sorang tu tanya,
"kawin dengan siapa"
MBB jawab la "dengan siapa lagi, shizan la"
"ooo, panjang jodoh ko dua orang ye"



hohoho.. agak sentap sikit disitu.. >__<
motip dia tanya soklan cipan tu tidak diketahui..
mungkin dia pun tak menyangka yang kami akan still bersama  selepas almost 5years..

kenapa saya nak sentap?
pada saya soalan itu seolah membayangkan macam seolah-olah orang yang tengok kami,  nampak hubungan kami ni macam bermasalah dan tak ada harapan untuk survive lama,
or in simple words macam tak serius la kapel2 dulu..
errr, susah nak explain briefly the exact feeling..
cuba korang bayangkan kalau orang tanya soklan tu pada korang..
camana agaknya korang rasa eh..
ce cite... 
>
>

October 3, 2012

wordless wednesday

Susah kan bila orang tua tapi perangai lebih dari budak2.. kadang-kadang budak tahun 6 pun lagi matang perangainya kalau nak dibandingkan dengan orang tua tu.. huhuhu..  kesian pulak dorang... nak belajar skill keusahawanan tapi ada pulak kekangan macam tu... sabo jela kan.. nak try tgk bukak tak hari ni.. balik nanti saya story mory.. bye3.. have a blessed wednesday!!


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...