LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 4, 2013

tirai 2013

Baru nak buat entri konon2 baru masuk tahun baru, 2013.. Tirai 2012 ditutup dengan satu transisi baru dalam kehidupan.. dari Cik ke Puan..Alhamdulillah, satu fasa kehidupan telah selamat ditempuhi.. menginjak ke status seorang isteri (walaupun rasa sekarang cam masih di zaman bercinta + orang bujang je, hahaha).. Nak kata merangkak pun tak layak lagi.. sebab memang terlalu baru sangat2 lagi.. Fasa seterusnya?? Hanya ALLAH yang tau.. rezeki semua dari DIA kan.. cepat ke lambat ke, kami terima dengan redha, sementelah kami pun bukan sebumbung... cuma doa kami, jangan ditarik nikmat zuriat dari kami.. aminn.. 

Minggu pertama sekolah, tak sempat nak bernafas lagi.. sebabnya tahun ni banyak betul kejutannya dari segi kerjaya.. mana taknya, dah dilantik jadi GK HEM.. orang ketiga terpenting sekolah, sedangkan pengalaman jadi cikgu pun baru 2tahun.. GK HEM yang lama dah pindah... memang berat sangat nak terima, tapi nak taknak memang kena terima.. so i take it as challenges, orang dah percaya kat kita.. why not cuba dulu kan.. at least bagus untuk perkembangan kerjaya.. tapi jangan salah sangka, saya bukan naik pangkat pun.. sebab kat sekolah (sekolah saya sekolah kurang murid) memang takde yang berjawatan Penolong Kanan pun.. yang ada hanya Guru Kanan sahaja.. maksudnya memikul tugas dan tanggungjawab yang sama, cuma bezanya PK ada elaun tanggungjawab dan GK tak diberi elaun.. :) but i do believe, money can't buy the experience.. errr...except for some cases ;p...  so terima dengan hati terbuka, dan get ready with tonnes of work.. hohoho..

Dah2 cite sal keje.. Cite pasal our long distance relationship, MBB masih macam tahun-tahun lepas.. maksudnya, masih duduk di pedalaman hutan Borneo, keluar sekali seminggu.. turn untuk keluar 2minggu sekali masih tak tentu lagi..sebab belum ditentukan bila kelas tambahan UPSR akan bermula.. dan tempat dia duduk tu masih tak ada line telepon.. T____T.. harap2nya janganla awal sangat.. tahun lepas rindu sampai nanges2 tau.. dahla boleh contact hujung minggu je.. ni pulak nak kena tahan sampai 2minggu.. huhu.. cengeng sungguh bini dia ni kan..  tu time manjaaaa.. time datang keras hati, mmmm sabo jela kannn.. :))


Azam tahun baru?? rasanya nak menjadi seorang isteri dan anak yang baik.. yang dapat membahagiakan my family.. tu jela kot.. banyak2 nanti tak tercapai pulak kan.. Wishlist pulak?? takut sebenarnya nak letak.. sebab takut nanti berharap, tak dapat; kecewa.. lepas tu gheyauu sorang2.. huhuhu.. tapi yang pastinya ada tiga jela kot.. 

1. Turunkan berat badan ke berat sebelum kawin (52kg), 50kg is better ^^
2. Nak pusing2 Borneo
3. Nak belikan MBB something yang dia dh lama aim; kalau boleh on his birthday

So kena start saving, tak leh nak boros2 dah.. hukhukhuk.. T___T.. korang pulak camne?? share lah.. :)


>
>

January 2, 2013

6th Review: Bertandang

Review untuk majlis last.. bertandang ke rumah pengantin lelaki.. 

Date: 17.11.12
Tema: Oren+Purple
Attires & Accesories: sendirian berhad je.. :p
Makeup : Kak Jah
HB: SekociNorlie

Untuk majlis bertandang ni, saya dah bergerak ke Kedah seawal 15hb lagi... kira saya gerak dulu, rombongan datang keesokan harinya..  tapi duduk hotel dulu la.. konon2 taknak bagi basi pengantin sebelum majlis, tapi nan ado. 16hb, malam sebelum majlis, rombongan kami telah diraikan dengan majlis tahlil yang keluarga MBB buat.. oh ye, rombongan bertandang ni  saya bawak satu bas.. alahai, jenuh nak mengurusnya.. maka malam tu jugak dah berkenal-kenal dengan sedara-mara MBB..

khemah kaler oren
unik tak kaler tema kami.. haha purple ngan oren, tak pernah dibuat orang.. hahhaa, tapi nasib baik outcome dia nice jugak..  ni semua sebab deco orang lain settle, baju lak pengantin pilih, n masa cari tu tak berkenan lak dengan kaler oren atau peach.. so akhirnya jadila gabungan colorblock cenggini



Esoknya, 17hb hari kejadian, pagi2 lgi dah kelam kabut sebab malam tu mintak adik tolong ironkan baju + tudung nak dipakai, tapi waktu pergi amik malam tu, tertinggal tudung pulak.. so pergi homestay rombongan, amik tudung dulu, baru gerak gi makeup.. masa ni sis in law yang bawakkan, sebab makeup di butik.. dengan Kak Jah..sangat2 recommended Kak Jah ni.. sebab sangat gojes dia punye makeup.. :)  MBB lak masa tu bizi setting tempat ngan rumah kot..


Dah siap makeup, SIL hantarkan pergi homestay rombongan.. tunggu pengantin lelaki jemput dari sana..
Dalam pukul 11.45 camtu MBB datang jemput.. :) Awal sebab rombongan nak balik kelantan pulak lepas tu..

Depan rumah dia bukan main sibuk gila jalan.. sebab dekat dengan exit highway kot.. pengantin nak lintas pun payahhh.. wuwuwuw dahla panas, cair makeup i.. hahahha



lepas dah lintas, terus serbu meja makan beradap.. hahhaa, pengantin lapo wehh

love the veil tooo.. :)
Baju Pengantin fits me very well.. haritu saya mention yang kainnya kosong sangat kan.. tapi it turns out that day, tak de masalah langsung.. cantik je dalam pic.. (perasan!) hahaha.. so tak ralat sangat la tak tambah beading atau patch lace kat kain..

menu makan pengantin..  sedappnya..
dalam hati cakap bila la buleh makan ni... 
bila time makan, memang makan tak ingat dunia dah
Menu kat sana biasa je, tapi yang unik sebab ada kiosk untuk cucur badak, karipap dan bihun sup yang membuatkan pengantin terkenang2 sebab dapat makan satu mangkuk kongsi 2 orang je.. bila nak serbu petang tu dah abehhh.. T__T



bihun sup yang sangat sedappp..

Kasut yang saya guna masa majlis ni adalah kasut flat yang saya pakai masa majlis resepsi di Kelantan.. saya tak pakai kasut peeptoe pink [SINI] sebab rasa tak praktikal nak jalan dengan keadaan tanah dan duration nak pakainya.. beli dekat Verns je.. sangat matching dengan handbouquet ku.. ;P 


Kat sini takde pelamin.. so masa sepanjang majlis, just wandering sekitar khemah, jumpa tetamu.. agak-agak dah penat, duduk rehat jap.. lepas tu sambung lagi.. OP pun tak sibuk-sibuk dengan kitaorang sebab amik event je.. dia tembak kamera dari jauh je.. ntah2 ada gambar terkorek hidung pun ye.. kahkahkah

kesat peluh  dengan gaya tersendiri.. 

pengantin bawak handbag ooo... teman MBB solat dulu.. :)
our bilik pengantin.. simple2 aje
Majlis kat sini memang sangat2 simple je.. but i'm okay with it.. takde terikat dengan flow ape2.. okla kan.. sebab kat rumah saya dah ada pelamin.. dah penat berkejar dr khemah ke pelamin.. so kat sini relax2 aje.. super santai..


Lepas temankan MBB solat zuhur, dalam pukul 3 camtu,  kami dah duduk statik je.. PENAT!! huhuhu.. duduk depan rumah atas kerusi, tak gerak2.. dah jadi pelamin kitaorang dah depan tu.. tunggu orang datang jumpa.. nasib baik memang betul2 depan khemah.. so takdela nampak cam berat punggung pengantin ni..

The Handbouquet i love the most.. tapi dah takde dengan saya dah HB ni.. meskipun specially made n requested by me, tapi lepas majlis tu, akak norlie tanya, nak beli ke nak sewa je ngan dia.. sebab HB ni banyak permintaan + dia tak rajin nak buat lain sebab time consuming + kerongsang vintage sangat rare + mahal.. Masa tu pun baru bayar deposit je.. lepas pikir-pikir, kalau beli pun, dah takde kegunaan lepas ni, so i decide to rent jela..  

lokasi pelamin tak rasmi kami.. ngeh2

Dalam 4.30 camtu, kami beredar daripada majlis.. pergi outdoor... harusla camwhore puas2 kan... balik dah mahgrib pun.. tapi waktu tu nasib baik tak jamah ayam masak merah.. sebab esokkannya satu rumah sakit perut sebab ayam tu dah basi.. hanya kami yang terselamat, sape2 yang makan masa lewat petang tu memang tak terlepas.. masa tu ingat nak makan jugak sebab masa makan beradap tu, dorang tak serve kat meja kami.. tapi sebab penat terus siap2, bersihkan badan, dan apalagi.. zZZzzZzZ..

Terasa2 lagi kemanisan bergelar raja sehari.. huhu.. nak jadi pengantin lagi buleh dok?? really miss the moment making the preparations, pakai baju cantik, makeup cantik2, pakai veil dan tiara.. pakai baju cantik dan makeup tu buleh la buat, tapi kalau pakai veil n tiara memang tak la kan.. gila kau nak pakai veil, nak pergi mana?? buat bahan kena ngata kat orang je.. hehehe..  btw, tq for reading.. b2b 2013, selamat membuat persiapan.. enjoy the moments k.. :)

>
>

January 1, 2013

Jawab soalan kena tag

Semalam blogwalking ke blog eddany, tengok2 kena tag.. first time kena tag(nampak sangat kan...:p) sepanjang berblogging.. hihihi..
mehla menjawab soklan, memandangkan kemalasan sangat tinggi nak buat benda lain.. bukak blog rajin pulak..
ni pun amik soklan dari blog eddany je.. hehe, kredit kepada beliau.. tumpang copy ehhh.. 

1. Siapakah diri saya di rumah?
- Anak sulung kepada 4 beradik (3 perempuan, 1 lelaki)
- Animals lover especially cats.. ^^
- Panggilan kat rumah; "Kak", sedara belah abah panggil  "Che Noor", sedara belah ma pulak panggil "Sahizan" which panggilan yang sy pling tak suka... ada 2 reason; satu sebab itu nama yang diplan oleh abah dulu2 sebelum pegawai pendaftaran salah tulis dekat surat beranak.. 2; dorang susah nak pronounce "Shizan".. huhuhu sabo jela..  huhu,  

2. Siapakah diri saya di samping rakan?
- Tak reti sebenarnya nk describe diri sendiri.. lebih-lebih lagi bila berkait dengan hubungan dalam kalangan rakan.. nanti orang kata syok sendiri, kita je yang rasa camtu, orang yang kawan dengan kita tak ras cenggitu pun.. huhu... sebab biasanya orang yang akan nilai kita kan... 
- Rasanya independent tu karektor yang suits me the most....  huhu, sebenarnya saya tak reti sangat nak berkawan (serius!) dan jenis yang bukan friendly at the first sight la... sebab tu kot ramai yang cakap saya cam sombong, tapi saya sangat ok je sebenarnya... tak kenal maka tak cinta tau..

3. Lima benda yang di idam idam kan tapi tak dapat lagi?
- Opkos la duduk sebumbung ngan MBB... huhu, tapi yang tu akan diusahakan 
- Honda Civic (lambat lagi ni baru dapat.. huhu)
- Our baby.. (weeee.. :p)
- Own House (banglo semestinya..)
- Ada bisnes sendiri (untuk kebebasan kewangan n masa n kepuasan diri)

4. Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?
- MBB!!! Mr Muhamad Syafik Bin Azmi

5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia?
Love everything bout him!!! hehehe tapi saya mention 5 things i like the most 
- Penyabar; haha, layan jela karenah macam2 bini dia ni.. 
- Suke tengok dia senyum n gelak.. :)
- Budiman- pernah bayar makan dengan duit syiling je masa kami tak dapat elaun lagi, (kalau sy; malu.. huhu)
- Tak kedekut - suka belikan macam2 dekat GF merangkap bini dia ni.. hehehe
- Manja.. :p

6. Tarikh membina ikatan?
- 12.11.12.; 12 November 2012

7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?
Dugaan sebelum dapat bertunang.. syukur Alhamdulillah sekarang sudah pun hubby n wifey.. :)

8. Lagu tema cinta?
Banyakkk.. ikut kronologi bulehhh??
- Lagu first yang MBB bagi : Wet Wet Wet "Love Is All Around".. masa tengah kawan-kawan tu selalu mintak dia tolong dia formatkan laptop.. lepas dapat balik laptop selalu pelik tengok ada file tajuk Wet Wet Wet "Love Is All Around" ni dekat desktop.. sebab tak penah dengar n tau pun sebenarnya adalah lagu, terus delete masuk recycle bin.. hahaha, setiap kali format je, mesti dia letak.. dan setiap kali tu mesti delete.. sampaila dah kapel, baru tau tu sebenarnya lagu.. haha.. kelakar gilos..
- Lagu first lepas kapel: Nickelback "Far Away".. sebab kami kapel dalam cuti.. hehe, mungkin sebab lama lagi nak jumpa kot..
- Lagu sepanjang masa: Hijau Daun "Setiap Detik' .. sebab setiap kali pergi mana2 dengan MBB mesti akan terdengar lagu ni kat mana2.. kat dalam mall ke, radio ke, even ringtone hp orang... ;)

9. Apakah perubahan yang saya nak tengok pada dia?
- Panas baran; MBB ni kalau dengan benda2 tak berkait dengan sy, cepat je baran dia ni.. huhu 
- Degil; huhuhu.. selalu taknak dengar nasihat sy.. huhu.. tapi selalu lepas tu mesti terkena, sebab selalunya apa yang saya nasihatkan tu kalau dia tak ikut mesti akan jadi something la.. women's instinct ni selalunya betul kan..

10. Tag 10 member lain
Nak tag semua yang baca.. memandangkan ramai yang dah kena tag.. so jangan malu2 eh.. kadang2 bila buat soalan macam ni boleh mengimbau benda2 yang manis dan buat kita senyum sendiri.. :)




>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...