Saya tau waktu mengandung tak boleh nak buat benda tak elok pada binatang.. tapi adakah larangan ni termasuk kepada binatang perosak??
termasuk cik siti ni???
Ok, meh nak citer dulu.. saya duduk rumah ni dah masuk tahun ketiga dah kan.. 2 tahun yang lepas, memang setakat cik siti ni duduk lalu lalang je.. almaklumlah, kawasan perumahan lama.. kemudian rumah sebelah ni pulak kosong, mungkin tu yang menyebabkan dia membiak dengan jayanya...mungkin isu kebersihan longkang dekat area sini pun menyumbang jugak.. plus dekat dengan kebun sawit.. memang habitat dia..
Yang menjadi masalahnya bila kebelakangan ni geng2 cik siti ni mula mengganas, first dia gigit wayar telefon. ok lagi, streamyx still buleh guna.. kemudian mula mengerit kabinet dapur.. abis sume plywood pintu kabinet tu pecah dan hampir berlubang.. dalam kabinet tu pulak nasib baik saya letak semua barang kering dalam tupperware.. tak ada la dia kacau.. melainkan kalau dia berjaya gerit tupperware tu je.. dia punya najis, tak payah cite la.. merata2 tempat yang dia lalu lalang tu.. cuma tak ada lagi terbau air kencing dia.. nasib baik.. air kencing dia kan bahaya..
Guna cara lembut dulu.. pakai daun pandan, tak jalan.. guna cecair serai wangi yang katanya buleh halau cik siti pun tak jalan jugak...
So tadi checkla dalam kabinet tu,apa yang menarik dia sangat untuk gigit sampai berlubang2.. dalam tu memang abis la kertas2 dia gigit dalam kabinet tu.. check punya check..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jumpa ni!!!!
padanla gigih berusaha nak masuk.. rupanya dia dah beranak dalam tu. buleh buat jerumun guna kertas lagi.. geli gila tengok...
Bila dah jadi camni, dia sesuka hati je menunnjukkan muka tanpa rasa takut, saya pulak yang takutkan dia, memang saya rasa geram.. pastu bila asyik tiap2 hari kena bersihkan dia punya hasil gerit dan najis dia, memang dah sampai tahap overlimit la.. lepas ni entah2 kacau baju dan pakaian pulak.. Rumah saya memang rumah bujang gila2.. minimal perabot je.. rasanya rumah lelaki bujang pun lagi banyak barang dari rumah saya ni.. huhuhu.. tapi ada kebaikannya jugak kat situ.. sebab sikit je area untuk dikemas.. so tak banyak tempat yang perlu saya risaukan sangat dia kacau
Tapi bila sampai tahap beranak, kacau tempat saya simpan makanan dan kotorkan rumah dengan bahan buangan dia yang boleh mendatangkan penyakit, memang saya marah.. last2 saya decide, saya pergi buang anak dia.. letak dalam plastik, buang dalam tong sampah besar.. kejam tak korang?? tak kejam kan.. sebab pada saya mereka yang start mengganggu ketentraman dan mengacau..lagipun saya memang tak sampai tahap nak pukul sampai mati.. tak sampai hati..
Sekarang pun masih pening macammana nak buat dengan tikus besau2 tu.. cara paling hijau adalah bela kucing, tapi susah.. sebab kalau nak balik kampung kena berangkut.. tu ok lagi.. kalau time MBB balik weekends turun penang, mana nak letak kucing tu?? huhuhu nak bawa duduk hotel? kompom kena halau.. hahhaha..
MBB suruh pasang perangkap.. oh! tidak.... saya memang geli nak tengok dan buang kalau cik siti tu dah masuk perangkap.. memang takla nak membuangnya.. satu je cara saya prefer.. racun.. tapi tu dah tahap membunuh kan.. lepas tu MBB cakap, kalau dia mati merata2 lagi susah.. nak2 atas siling.. bau busuk berminggu2 nanti.. betul jugak kan.. adoiiiii....
ke memang solutionnya pasang perangkap dan racun je???
>