LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 15, 2013

holaaaaa....

Holaaa.. lama tak menulis kat sini.. sampai bukak dan jalan-jalan blog, ada B2B yang dah selamat kahwin pun dan ada yang tengah menghitung hari yang dah tak berapa lama dah.. masih lagi penyakit malas campur dengan sickness yang tak abis-abis lagi ni.. harap2 berakhir di 1st trimester je.. tak larat dah asyik tido je.. minggu ni dah hujung-hujung dah dan menghampiri 13weeks, dah nak masuk second trimester.. :)  kadang-kadang kesian dengan baby, sebab tak lalu makan, menyebabkan dia pun tak dapat makanan yang sepatutnya.. belum campur dengan muntah-muntah lagi kalau makan makanan yang dia tak berkenan.. hope baby baik2 saje kat dalam ni sampai kuar tengok dunia.. ^__^

Perkembangan terkini, tak banyak pun, cuma sekarang MBB balik selang 2minggu.. :) kebetulan tiket air asia murah, bolehla melepas rindu.. nak jalan2 tu tak ada la.. sebab dia balik pun dah jumaat malam sabtu.. tinggal sabtu jela boleh ronda-ronda.. ahad dia dah nak fly balik sana.. sehari pun cukup la.. boleh mengatur dia supaya cari  apa yang diidamkan.. hehehe.. tapi minggu lepas dia balik, duduk kat rumah je..sebab dia jatuh sakit, demam panas + sakit perut.. so seharian jugak la nursing dia dalam bilik.. lap badan dan dahi dengan air asam jawa, sapu minyak, etc.. nasib baik jugak petang tu dah turun suhu badan. so dia ajak cari pisang goreng.. takut bini dia ni tak dapat apa yang diidamkan.. sebab dah lama nak makan, tapi masa dia balik 2minggu sebelum tu, tak sempat nak cari..


Gigih dia dalam demam-demam camtu bawak gi cari.. sebenarnya kalau tak dapat minggu tu pun tak pe.. sebab sy jenis yang mengidam bukan nak tang-tang tu jugak.. jenis yang boleh bersabar.. tak kisah dapat makan bila, asalkan dapat makan je.. pelik kan??? tapi tulah hakikatnya.. mungkin sebab faham, MBB jauh.. tak dapat nak tunaikan semua pada time yang saya nak. kalau tak, jenuh jugak la dia nak melayannya..

Waktu hantar dia balik kat airport tu pun, dia masih demam + perut xok.. tapi tak ada pilihan.. terpaksa balik juga.. kalau tak memang tak ada sapa nak amik masa kat airport KK, dan dia kena extend cuti bukan sehari dua, tapi 5hari... memangla mc boleh cari, tapi pikir-pikir, kesian murid tahun 6 yang nak exam UPSR.. 5hari xbelajar tu memang satu kerugian besar.. melepaskan MBB dalam keadaan sakit2 camtu memang sangat-sangat berat hati.. tapi tula namanya pengorbanan.. smlm dapat bbm, MBB cakap sakit baru reda.. alhamdulillah.. senang sikit hati mendengarnya..

Minggu depan dah start cuti sekolah.. plan cuti sekolah?? null.. rasanya nak berehat je kat rumah.. malas nak gi jalan mana2.. hahaha..sebab cepat penat sekarang kalau jalan ngan berdiri lama2.. so keseronokan window shopping dah ditarik, kalau masuk sekarang ni cuma grab benda yang nak, kemudian terus bayar, dah takde dah nak round satu2 rak, tengok satu2 barang.. huhuhu.. nak pergi cari baju kurung baru pun malas.. see.. sampai tahap tu.. bukan tak muat dah baju kurung tu.. muat sangat2 lagi.. cuma tang kainnya dah xselesa sangat2 nak pakai especially bahagian perut.. sebab bahagian tu memang buat fit2.. so sekarang bila dah membuncit, memang rasa sekak je area tu.. kalau zip je, memang boleh tapi rasa macam pakai baju tak sudah.. hahaha

oh ye, sekolah saya dapat tawaran baru guru besar tu (bai'ah).. refer SINI. baru tahu isnin lepas.. alhamdulillah.. ada rezeki kami.. bolehla buat perbelanjaan untuk orang baru.. tunggu duit jela masuk pasni.. :) lepas tu ada pulak berita pasal KGT 2x tahun ni plak kan.. memang betul2 diluaskan rezeki.. nak-nak lepas kawin dan bertiga ni.. :) 

19/3 ni second checkup.. harap2 hb naikla.. 




>
>

February 19, 2013

buat buku pink

semalam pergi klinik kesihatan yang sebelah rumah ni haa..
buat buku pink a.k.a rekod kesihatan ibu..
dah masuk 9weeks kan..
mula2 ingat nak wat ngam2 11weeks ke, tapi karang macam suntuk sangat dengan 3bulan usia kandungan.. 
nanti sia2 je kena marah kan..
sebab buku ni kena buat sebelum masuk 3 bulan..


taraaa!!! buku pink saya..
sebelum nak dapat ni memang kena buat UPT dulu.. dah positif baru proceed ke klinik kesihatan ibu dan anak..
isi maklumat, ambik darah 2 tabung dan amik air kencing lagi..
kemudian ada pemeriksaan badan..
masa ni misi check certain parts of body macam kita punya tangan, leher, kaki dan juga breast. 
malu toksah cite la kan... melainkan kalau bermuka tembok.. tapi wat dunno jela... hahahha

Lepas tu check result ujian..
sedihnya ada faktor risiko (yang saya bulatkan tu)
sebab HB low.. 10.9
walaupun hanya 0.1 je yang kurang, tapi sebab first pregnancy dan masih awal kandungan..
so memang tak boleh.. hukhukhuk..
pun dengan rasminya dapat pelekat ijau.. huhuhu
nasib baik tak kena marah dengan misi..
memang dah dapat agak puncanya kenapa.. 
sebab sekarang kan tak lalu nak makan nasi. so sumber protein dan makanan yang boleh menaikkan hb memang langsung tak consume.. makan roti atau biskut je.. mana nak mau nye..

lepas tu kena suntik, untuk tetanus rasanya..
amik ubat... mak oiii banyaknya nak kena telan..
folic acids, ascorbic acid, vit b complex dan iron tablets
lepas tu misi set upkan date kena jumpa doktor rabu (esok)
dengan dental check..
(dalam hati tertanya2 juga, kenapa kena jumpa doc, sebab hb low ke? ke prosedur biasa?)
tunggu esok baru tau.. harap2 takde pape la

tapi yang tak bestnya, sekarang ni bila makan semua ubat2 tu, especially iron tablets tu 
kebarangkalian untuk muntah selepas makan adalah berganda2..
sebelum ni memang muntah manja2 je.. tak keluar isi perut pun..
semalam bila makan nasi (walaupun tak lalu), memang keluar abis semua nasik yang di makan..
lepas tu letihla kan bila dah tarik isi perut tu..
pagi ni try minum dengan air ribena.. it works walaupun perut rasa tak sedap.. tak muntah walaupun makan nasi lepas tu
ok sangat daripada muntah kan..

lepas ni ingat nak gi beli Iberet Folic


misi suggest ni kalau tak boleh makan semua ubat2 yang diberi klinik.. 
sebab makan satu ni je dah boleh lupakan 4 ubat yang tadi.. ngeh2... 
tapi katanya ada kesan sampingan bergantung pada orang.. 
nanti nak try, ajak MBB pergi beli hujung minggu ni..
harap2nya next checkup 19/3 nanti hb dah naik..
hup2, berusaha!!!



>
>

February 17, 2013

sori cik siti....

Saya tau waktu mengandung tak boleh nak buat benda tak elok pada binatang.. tapi adakah larangan ni termasuk kepada binatang perosak??

termasuk cik siti ni???

Ok, meh nak citer dulu.. saya duduk rumah ni dah masuk tahun ketiga dah kan.. 2 tahun yang lepas, memang setakat cik siti ni duduk lalu lalang je.. almaklumlah, kawasan perumahan lama.. kemudian rumah sebelah ni pulak kosong, mungkin tu yang menyebabkan dia membiak dengan jayanya...mungkin isu kebersihan longkang dekat area sini pun menyumbang jugak.. plus dekat dengan kebun sawit.. memang habitat dia..

Yang menjadi masalahnya bila kebelakangan ni geng2 cik siti ni mula mengganas, first dia gigit wayar telefon. ok lagi, streamyx still buleh guna.. kemudian mula mengerit kabinet dapur.. abis sume plywood pintu kabinet tu pecah dan hampir berlubang.. dalam kabinet tu pulak nasib baik saya letak semua barang kering dalam tupperware.. tak ada la dia kacau.. melainkan kalau dia berjaya gerit tupperware tu je.. dia punya najis, tak payah cite la.. merata2 tempat yang dia lalu lalang tu.. cuma tak ada lagi terbau air kencing dia.. nasib baik.. air kencing dia kan bahaya..

Guna cara lembut dulu.. pakai daun pandan, tak jalan.. guna cecair serai wangi yang katanya buleh halau cik siti pun tak jalan jugak... 

So tadi checkla dalam kabinet tu,apa yang menarik dia sangat untuk gigit sampai berlubang2.. dalam tu memang abis la kertas2 dia gigit dalam kabinet tu.. check punya check..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 jumpa ni!!!!


padanla gigih berusaha nak masuk.. rupanya dia dah beranak dalam tu.  buleh buat jerumun guna kertas lagi.. geli gila tengok...

Bila dah jadi camni, dia sesuka hati je menunnjukkan muka tanpa rasa takut, saya pulak yang takutkan dia, memang saya rasa geram.. pastu bila asyik tiap2 hari kena bersihkan dia punya hasil gerit dan najis dia, memang dah sampai tahap overlimit la.. lepas ni entah2 kacau baju dan pakaian pulak.. Rumah saya memang rumah bujang gila2.. minimal perabot je.. rasanya rumah lelaki bujang pun lagi banyak barang dari rumah saya ni.. huhuhu.. tapi ada kebaikannya jugak kat situ.. sebab sikit je area untuk dikemas.. so tak banyak tempat yang perlu saya risaukan sangat dia kacau

Tapi bila sampai tahap beranak, kacau tempat saya simpan makanan dan kotorkan rumah dengan bahan buangan dia yang boleh mendatangkan penyakit, memang saya marah.. last2 saya decide, saya pergi buang anak dia.. letak dalam plastik, buang dalam tong sampah besar..  kejam tak korang?? tak kejam kan.. sebab pada saya mereka yang start mengganggu ketentraman dan mengacau..lagipun saya memang tak sampai tahap nak pukul sampai mati.. tak sampai hati..   

Sekarang pun masih pening macammana nak buat dengan tikus besau2 tu.. cara paling hijau adalah bela kucing, tapi susah.. sebab kalau nak balik kampung kena berangkut.. tu ok lagi.. kalau time MBB balik weekends turun penang, mana nak letak kucing tu?? huhuhu nak bawa duduk hotel? kompom kena halau.. hahhaha..

MBB suruh pasang perangkap.. oh! tidak.... saya memang geli nak tengok dan buang kalau cik siti tu dah masuk perangkap.. memang takla nak membuangnya.. satu je cara saya prefer.. racun.. tapi tu dah tahap membunuh kan..  lepas tu MBB cakap, kalau dia mati merata2 lagi susah.. nak2 atas siling.. bau busuk berminggu2 nanti.. betul jugak kan..  adoiiiii....

ke memang solutionnya pasang perangkap dan racun je???


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...