new companion.. to be precised for 3days only.. sadly, dah mati semalam..
xdapat nak kenalpasti penyebab sebenar..
bawak balik dari Kedah ahad ritu since family in law nak buang..
satu-satunya adik beradik dia dah mati hari sabtu lepas..
kesian pulak kalau nak buang sebab kecik lagi kan..
so decide bawak balik rumah Perak, at least ada la peneman jugak kan.
sabtu tu beria la cari cage dan makanan dia.. dengan wet food, dry food dan ubat cacingnya
Ahad pulak, harungla 4jam setengah dari Kedah dengan ngiauan dia..
tapi Puteh ni manja sangat2.. sekaki je dengan orang.. gi mana-mana ikut je..
tidur nak berteman, padahal dah sediakan bakul khas dekat dia..
makan pun sama.. nak kena ada sebelah dia
balik sekolah dah tunggu depan pintu..
ahad tu masih makan, tapi dia tak makan banyak sangat..
isnin tu siap belikan dia ikan rebus..
sebab nampak dia kurus sangat.. mungkin dia tak suka makan makanan komersial ni sangat..
tengah harinya makan, tapi malam sikit je dia makan, minum je banyak
semalam, dia dah taknak makan..
balik dari sekolah tu, dia tak tunggu kat pintu pun..
tengok2 dia ada kat dapur.. terjelepok.. badan penuh dengan tahi sendiri..
tahi dia cair..
macam tak larat sangat nak jalan..
so saya amik, dan basuh badan yang kena najis tu..
lap2 sume, letak dalam bakul dia.. dia tido..
dalam pukul 4-5 dia dah start nazak..
badan dah kejang, mata pun dah terbuka.. start mengiau kadang2
sy temankan dia, gosok2 sambil nangis..
waktu solat asar, minta dengan ALLAH supaya permudahkan kematian dia.. sebab tak sanggup tengok dia lama2 dalam keadaan camtu..
pukul 6 dah start tarik nafas sangkut2..
tak lama lepas tu dia dah takde.. :(((
sempat cakap dengan dia, mintak maaf sume sebab tak dapat nak jaga dia dengan lama elok2..
mungkin ada hikmahnya..
semoga Puteh akan mendoakan saya pulak kat sana..
walaupun tak lama masa dengan dia, tapi banyak betul kenangan dengan dia..
teringat2 kemanjaan dia..
walaupun dia hanya seekor haiwan.. tapi kehadiran dia cukup menghiburkan
tapi tak apa la.. kehidupannya di SANA jauh lebih baik daripada di sini..
aku redhakan kepergian kau..
>