LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 12, 2013

checkup 25weeks

result checkup harini:
HB: 12.3
Urine: Normal
Berat : 61.8kg

Kaler merah sebab naik terlebih 1.8kg.. supposedly kena naik 2kg/month je.. huhuhu.. terlebih bahagia gamaknya.. mana taknya, laki ada sebelah.. asyik makan-makan-makan...makanan ruji adalah nasik, belum campur makanan rapu+makanan kudapan.. kemudian pola waktu makan pun dah berubah.. kalau duk sorang, kul 6 dah dinner... pukul 9 dah tido.. bila MBB ada makan malam adalah around 8-9 mlm.. pukul 10 tido.. mana tak naik kan... esok kena refer jumpa doktor pulak.. aduhhh.. masalah HB dah settle, masalah lain pulak.. bahagian mengandung memang agak sukar, moga2 diberikan bahagian yang mudah untuk proses bersalin nanti.. amin..

cerita pasal scan baby.. aihhhh.. sampai sekarang tak pergi2 lagi.. sebabnya memang dah cari dan aim klinik yang tawarkan 3D scan.. tapi bila kami ke sana, ada yang dah tak tawarkan servis dan kalau yang ada, pulak, timing waktu datang tu tak kena.. so hajat masih tertangguh... akan diusahakan dalam masa terdekat.. mummy wants to see u baby.. :) agak2 ikut muka sapa la yang lebih dominan... hihihi

p/s:pun dah survey hosp untuk bersalin nanti.. rasanya stick to KBMC setakat ni.. nanti next entry cite.. :)


>
>

Puteh Dah Takde.. :(((


new companion.. to be precised for 3days only.. sadly, dah mati semalam..
xdapat nak kenalpasti penyebab sebenar..
bawak balik dari Kedah ahad ritu since family in law nak buang.. 
satu-satunya adik beradik dia dah mati hari sabtu lepas.. 
kesian pulak kalau nak buang sebab kecik lagi kan..
so decide bawak balik rumah Perak, at least ada la peneman jugak kan.
sabtu tu beria la cari cage dan makanan dia.. dengan wet food, dry food dan ubat cacingnya
Ahad pulak, harungla 4jam setengah dari Kedah dengan ngiauan dia..
tapi Puteh ni manja sangat2.. sekaki je dengan orang.. gi mana-mana ikut je..
tidur nak berteman, padahal dah sediakan bakul khas dekat dia..
makan pun sama.. nak kena ada sebelah dia
balik sekolah dah tunggu depan pintu..
ahad tu masih makan, tapi dia tak makan banyak sangat..
isnin tu siap belikan dia ikan rebus..
sebab nampak dia kurus sangat.. mungkin dia tak suka makan makanan komersial ni sangat..
tengah harinya makan, tapi malam sikit je dia makan, minum je banyak
semalam, dia dah taknak makan..

balik dari sekolah tu, dia tak tunggu kat pintu pun..
tengok2 dia ada kat dapur.. terjelepok.. badan penuh dengan tahi sendiri..
tahi dia cair..
macam tak larat sangat nak jalan..
so saya amik, dan basuh badan yang kena najis tu..
lap2 sume, letak dalam bakul dia.. dia tido.. 
dalam pukul 4-5 dia dah start nazak..
badan dah kejang, mata pun dah terbuka.. start mengiau kadang2
sy temankan dia, gosok2 sambil nangis..
waktu solat asar, minta dengan ALLAH supaya permudahkan kematian dia.. sebab tak sanggup tengok dia lama2 dalam keadaan camtu..

pukul 6 dah start tarik nafas sangkut2..
tak lama lepas tu dia dah takde.. :(((
sempat cakap dengan dia, mintak maaf sume sebab tak dapat nak jaga dia dengan lama elok2..
mungkin ada hikmahnya..
semoga Puteh akan mendoakan saya pulak kat sana.. 
walaupun tak lama masa dengan dia, tapi banyak betul kenangan dengan dia..
teringat2 kemanjaan dia..
walaupun dia hanya seekor haiwan.. tapi kehadiran dia cukup menghiburkan
tapi tak apa la.. kehidupannya di SANA jauh lebih baik daripada di sini..
aku redhakan kepergian kau.. 

>
>

June 10, 2013

miss him so muchhhh!!!

Am entering 25weeks of pregnancy.. cuti sekolah pun sudah habis.  semalam hantar MBB g airport.. bermakna PJJ kembali dengan MBB.. dan sejak semalam jugakla asyik bergenang air mata.. teringat dekat MBB.. masa last MBB call sebelum masuk hutan, siap nanges teresak2 lagi.. rindu dia sangat2.. 

Kali ni terlebih sensitif pulak.. padahal bukan tak biasa.. mayb sebab hampir 2 minggu berkepit, tak pernah berpisah lebih dari sejam pun.. segala aktiviti kami buat sama2, itu yang terasa sangat2 tu.. semua benda yang dibuat mengingatkan pada MBB.. tengok ubat, teringat MBB yang selalu ingatkan suruh makan ubat dan hulurkan air.. bila baring, selalu-selalu ada peneman di sebelah, tapi sekarang, pusing2, kosong je.. bila baby kicking, teringat tangan MBB yang selalu tenangkan baby, gosok2 perut.. pendek kata, buat la ape pun, semuanya boleh menyebabkan air mata mengalir.. selalu cakap kat diri sendiri, banyakkan bersabar, banyakkan bersabar, tapi xbanyak pun, sikit-sikit perasaan sedih tu ada.. mungkin sebab rasa tak dapat nak layan MBB dengan terbaik sepanjang cuti ni dan tak pernah berpeluang nak jadi isteri sepenuh masa..  selalu terpikir keadaan dia di sana, entah cukup ke tidak, entah terjaga ke tak makannya... :(

Ada 3 minggu lagi sebelum dapat jumpa.. rasa saaaaaangat lama lagi.. tadi pun dapat chat kejap je bila dia online FB pastu terus terputus line tenet kat dia. jadila buat pelepas rindu.. tetiba rasa nak mintak tukar keje kat sana, sama dengan MBB..  dan-dan rasa dah tak sanggup nak berjauhan dah.. pembawakan baby kah?? atau pun memang true feeling?? dahla result E-g Tukar kena beku lak.. haritu mention 1 Jun, kemudian alih2 khabar angin cakap 10 Jun, pun tarak.. awal bulan 7 lak ke?? walaupun harapan untuk MBB dapat tukar ke semenanjung tipis, tapi still jugak kami taruh harapan, ne tau kot2 ada bahagian ngan rezeki baby kan..

Harap2 perasaan yang beremosi ni akan cepat berakhir... xbagus untuk baby walaupun normal untuk merindui suami sendiri, tapi taknakla sampai 12jam bergenang ngan air mata..  masa, sila berlalu dengan cepat.. saya rindukan suami saya SANGAT2..

nampak baby bump x?? ramai komplen tak nampak even dah   24weeks time ni
p/s: kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang jauh lagi susah dari kita.. (insaf " -__-" )


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...