Akhirnya.. alhamdulillah... berjaya jugak menyelesaikan misi tertangguh.. dapat jugak pergi scan.. bukan 3D, tapi 4D lagi.. :).. sejak dari bulan 4 lagi tercari2 tempat lepastu dengan kekangan masa, timing tak kena dan sebagainya.. tapi sabtu lepas, dipermudahkan ALLAH S.W.T untuk melihat budak kecik dalam perut ni..
Kami pergi scan 4D dekat Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra.. kenapa tak pergi dekat Alor Setar? sebabnya kat situ memang betul2 confirm ada scan ni sebab dah call tanya dulu. kalau klinik2 atau dekat hospital swasta di Alor Setar, tak confirm dan takde channel nak tau ada ke tak.. kemudian tak tau prosedur dan flow nya camana.. melainkan sumber internet je cakap ada.. so sebab kan malas nak bazir masa gi tanya satu-satu.. baik terus gi tempat yang sahih2 ada.. lagipun jitra dengan alor setar pun dekat je.. :)
Servis pun pantas dan cekap.. memang puas hati sangat2.. doc yang incharge on that day, Dr Zarina pun baik dan peramah.. dia terang satu-satu kat kita.. so bila tanya dia pasal result previous checkup tu, Dr. Zarina check, ukur2 sume guna mesin scan, setakat ni berat baby ok dengan umur kandungan.. 1.2kg untuk 27weeks 6days.. uri ok, air ketuban pun ok.. baby pun sihat. dengar je camtu, hilang risau.. :) semoga baby terus sihat sampaila keluar dari perut ye..
bila sampai time switch ke 3D.. baby taknak tunjuk muka.. hihihi.. dia tutup dengan tangan.. kadang2 tu dia bagi sebelah muka je.. sampai Dr tanya, nak jugak ke cd sebab tak nampak muka kan.. tapi sebab dah alang2 datang, takpela tak nampak pun.. nak jugak cd.. Dr kemudian cakap nak try goyang2kan perut, bagi kacau baby suruh dia gerak dan beralih sikit.. last2, lepas banyak kali usik2 dan goyang2 perut.. dapat jugak tengok..
presenting the little one inside.. :)
antara position-position awal.. nampak sebelah muka je... tangan baby dekat hidung.. |
tangan baby dekat pipi dan mata.. macam gaya menguap pun ada kan.? |
kat sini nampak dengan jelas baby punya hidung.. :).. ikut daddy dia.. |
Gender?? kalau tengok pic kat atas ni.. setakat dalam scan ni, it's a girl.. :))) alhamdulillah.. mana2 jantina pun mummy dan daddy terima dengan gembira.. asal baby sihat tubuh badan.. perasaan masa tengok scan ni pun dah tak boleh nak cerita dengan kata-kata.. terharu k tengok lil one ada dalam perut.. rasa macam; "eh2, anak aku la..." "wahh, hebatnya ciptaan ALLAH", macam-macam lagila monolog dalaman yang korang akan rasa dan start cakap2 sorang dalam hati bila tengok sendiri anak korang walaupun korang sebenarnya tengah respon dan dengar Dr cakap.. hebat.. 3in1 buleh buat pada satu masa.. Kemudian, bila dah selesai dan balik, boleh pulak asyik nak tengok je gambar baby.. heheehehe... kemudian senyum sorang2.. hekhekhek...
Oh ya, charge untuk 4D scan ni RM100.. nanti akan dapat satu cd; kalau saya punya dalam tu ada 14pcs gambar.. tktau samaada memang 14 je ke dia bg atau bergantung kepada keadaan baby.. kemudian akan dapat 2 printed gambar scan.. keseluruhan servis, memang puas hati.. memang akan datang lagi untuk scan mungkin bila dah 8-9 month.. :) so sape2 yang berminat nak tanya ke nak tengok fasiliti buleh try godek dia punya website kat SINI
p/s; buleh la mummy start beli dress dan baju kaler pink pasni.. weeeee....
>