Dah 28weeks of pregnancy... yay!! dah masuk trimester ketiga.. final one.. banyak simptom2 dan benda baru berlaku... Baby pun dah belajar mengeras dalam perut.. aduila.. time baby mengeras tu memang sangat tak selesa, senak perut lebih2 lagi kalau tengah berjalan.. bila survey2 kat internet, katanya tu tanda Braxton Hicks, rahim tengah prepare untuk persediaan labour nanti..
Sekarang ni pun dah tak boleh nak duduk lama-lama.. mesti rasa senak je bawah dada.. especially bahagian tulang rusuk.. menderita rasanya 2-3hari ni bila kena pergi kursus, then tercongok duduk sampai kursus abih.. rasa cam nak belunjur kaki dan bawak bantal.. tapi melampau la pulak kan.. orang lain mengandung pun tak buat perangai tak senonoh gitu.. tapi serious, memang rasa sangat tak selesa dan lepas kursus tu, sakit2 pinggang dan belakang la jawabnya..
Minggu ni jugak dah start kena kira gerakan baby.. haha, kadang2 lupa berapa kali dah baby gerak. tapi alhamdulillah.. aktif je dia gerak2 kat dalam ni, lebih dari 10x gerak dalam time frame yang misi bagi tu... sekarang ni pun dah tak larat nak jalan jauh2.. cepat sakit kaki dan sakit belakang.. tapi tetap juga mau berjalan tu.. ihihi...
Kaki pun dah start kena sentak mengkarung.. tengah syok2 tido, tetiba cramp kaki.. sakit oooo.. nak nanges rasa.. simptom biasa last trimester.. time kena tu dan2 la teringat kat laki yang nun jauh di seberang.. kan best kalau MBB ada.. hukhukhuk.. bulehla dia urut2kan kaki.. i miss my hubby.. dah2.. drama sebabak pulak kan..
Esok, sukan sekolah, tak macam tahun lepas, tahun ni kurang la aktif melibatkan diri.. tolong setakat yang termampu je.. petang ni pun, colleague tegur, kaki dah bengkak balik... hohoho.. minggu ni memag banyak berdiri pun.. sebab straight acara awal sukan.. nasib baik Jumaat cuti, nak rest puas2 3hari ni.. :))