LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 20, 2013

Counting 13 days more..

Pagi ni pagi2 lagi lepas sahur terus gerak ke Stesen Keretapi Sungkai.. hantar MBB naik ETS.. dia dah nak balik Sarawak... sob sob..


Dapat la bersama dia hampir 7hari... ada hikmah dia sakit.. spend time berpuasa dan berbuka sama2.. walaupun hanya sempat masak kat cayang sayang ni sekali je.. yakni semalam... tu pun buat nasi ayam je..  dah tak berapa nak larat dan tekun nak memasak.. sudahnya, beli bazar atau berbuka kat luar je sejak balik ke Perak hari Selasa haritu... nasib la MBB ok je..  ngeh3.. Tengok masak semalam pun sudahla, pukul 9 sudah pengsan.. penat.. cepat mengah sekarang ni.. jalan sikit pun sakit belakang tu cepat bebenor.. tadi pun drive sejam setengah je pun dari rumah ke stesen ketapi tapi balik-balik terus tido, bangun pukul 4 ptg!!.. 

Nasib baik la lepas ni dah takde dah yang kena bawak keta balik Kedah mahupun Kelantan.. sebab lepas ni semua trip balik MBB akan melalui KL.. means Lawas-KK dengan Keta, flight dr KK-KL, kemudian dia amik ERL dari KLIA ke KL Sentral, baru la KL Sentral-Sungkai dengan ETS pulak.. kesian bila fikirkan dia terpaksa travel banyak dengan berjenis-jenis kenderaan kalau balik ke Perak banding dengan naik kereta dan flight je kalau turun Penang, tapi sekarang dah tak larat nak drive 5jam ke Kedah.. terpksa dia buat pengorbanan sikit.. bini dia pun kena la pejam mata sikit, buat2 tak kesian walaupun perasaan tu menggunung dalam hati.. tengok pengorbanan dia, i know that i chose the right guy to love to..  and that feeling grows bigger every second.. ;) hihi.. 

Kadang2 bila tengok dia, selalu je rasa cam tak caya kami dah kawenn.. dah nak ada our own baby pun.. perasaan bercinta harusla setiap masa.. malah kena lebih dari zaman sebelum kawen.. dah halal, buat apa pun indah je.. xpayah dah risau-risau pandangan orang walaupun sekarang pun masih ada yang tengok semacam je kalau duduk berdua, jalan pegang2 tangan.. 2-3 bulan ni ok la kot sebab perut ke depan, jadi orang caya dah kawen.. hehe... 


Lagi 13 hari lagi baru dapat jumpa MBB balik... cuti raya pulak ye baby kita jumpa daddy.. baby pun diam je hari ni.. tak aktif sangat.. macam tau2 je daddy dia dah takde, tak pegang2 dia macam hari2 yang lepas.. sabar ye baby.. daddy pergi kerja.. cari duit untuk baby n mummy.. nanti kita gi shopping baju raya eh.. haaa, kami pun belum lagi shopping baju raya dan benda2 berkait dengan raya.. dekat2 nak raya la nampaknya baru berpeluang nak gi cari..  nak cari baju raya pesen camana pun taktau lagi.. pilihan dah terhad sekarang ni.. hohoho.. any idea friends??

p/s: selasa haritu dah settle borong barang baby secara kasarnya... barang2 tecik2 je, tapi ongkosnya, mak oiii... barang mummy? belum settle.. pelan-pelan kayuh.. :)

>
>

July 17, 2013

Dugaan Ramadhan

Dugaan bulan ramadhan; kronologi brmula dengan suami demam sejak 5Julai lagi.. bila balik jumaat 12Julai tu, masih demam.. sangat panas dan diikuti dengan vomitting.. masa kat Sarawak, siap dengan gigil-gigil lagi.. tapi bila balik semenanjung, dah tak de gigil, tapi demam on off..  bila telan ubat, ok.. habis kesan ubat, demam balik.. Sabtu tu kami ke klinik swasta, doktor bagi ubat demam, antibiotik, batuk dan angin..  sebab mula-mula takut malaria, tapi kat sarawak dah buat blood test, tapi negative.. so doktor syak, maybe sebab puasa, so gastrik menyerang.. so balik la kami ke rumah dengan harapan, esoknya akan ok.. kesian MBB, sahur dengan bubur, buka pun dengan bubur sebab kerongkong dia sakit..

TAPI... sudahnya, malam tu demam menyerang balik.. suhu badan dan 38.9 celcius... masih berharap yang esoknya demam akan kebah.. ahad pagi, masih lagi demam, sy tak bagi dia balik Sarawak.. takut dia makin teruk kat sana, sapa yang nak jaga??

Isnin pagi, kami ke Klinik Kesihatan.. nak check lagi details plus nak mintak cuti..gerak pukul 8.30pagi.. masuk bilik treatment pukul 11 pagi.. mula-mula ingat ok la.. sebab MBB dah tak demam... suhu badan pun hanya mencecah 37 darjah.. last2, bila dia cite sume yang dia start demam dah 11 hari, MA tu suruh wat blood test..  kemudian ada something kacau pada darah dia.. doc pulak yang takeover, suruh buat urine test.. hasilnya, positive protein, ketone 4+ dan ada blood dalam sampel.. dah over dehydrated.. terus doc buat surat referral ke Hospital Sultanah Bahiyah..

Sebelum gerak ke sana, sempat lagi ke klinik swasta sebab nak request mc untuk sy.. takde la rasa rushing sebab masa tu condition MBB pun ok.. bila pergi emergency, siap kena buat xray, dan suspek malaria once again.. dan memang kena tahan dalam wad pemerhatian sementara.. sebabkan ada something yang kacau pada result blood n urine test.. Doc pun tanya MBB kalau risau, dia boleh bagi pluang duduk wad untuk further treatment.. mana la mau kan sebab dah beransur sihat.. cuma tak sangka lak ujian2 tu sangkut.. so Doktor cakap dia nak buat detail blood test untuk check hati, buah pinggang n etc sebab takut ada infection, kalau ok, baru dia bagi balik...

So tercongok la kami dalam wad pemerhatian tu hampir 4jam.. MBB boring la sbb dia dah tak sakit.. tengok org kelip2 je.. bila pukul 6 suku je, yang menunggu ni dah kena keluar.. tak boleh tunggu dalam tu.. so merayap la saya ke bazar berhampiran.. cari makan dulu.. tapi syukur alhamdulillah.. pukul 6.45, result dah keluar dan semuanya negatif... alhamdulillah.. dapat MC 4hari... tapi doctor pesan lagi.. kalau dalam 4hari ni ada demam, kena datang balik sebab kalau demam hampir 14hari, tu tandanya ada jangkitan virus..

Setakat ni alhamdulillah, keadaan MBB ok lagi.. risau sangat2 kalau dia jatuh sakit balik... memang rasa macam kalau boleh biar la ALLAH pindahkan sakit tu kat sy..tengok depan mata sakit pun rasa cam tak sanggup, inikan pulak bila terpikir yang dia sakit sorang-sorang kat sana.... Semoga ALLAH berikan kesihatan kepada MBB.. aminnn..


>
>

July 12, 2013

Baby Gerak Sahur

Pagi ni sahur, baby yang kejutkan.. :)) kuat dia tendang2 mummy dia.. lepas tu baru dengar bunyi jam.. bagusnya dia.. macam tau2 je rutin sekarang ni even baru masuk hari ketiga berpuasa... xsabar nak jumpa daddy ehh...
nanti esok kita gi shopping barang baby ehh.. :))


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...