LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 26, 2013

Kaki Gajah


Tengoklah kaki i yang telah ditransform jadi kaki gajah... bengkak.. setakat ni, sejak simptom ni menyerang dari kandungan 5bulan, yang ni lah paling ketara dan teruk bengkaknya.. biasa selalu-selalu bengkak2 manja je.. ni hambikk.. dah comey bebenor kaki jadinya.. pagi semalam masa ke sekolah ok je.. kemudian perasan kaki membengkak bila nak balik sekolah.. masa keluar bilik guru, nak sarung sandal tu, tak muat.. tengok2 dah kembang semangkuk dah kaki.. harini nampak surut sikit je.. tak nampak beza sangat pun... kena rehatkan dan tinggikan lagi kaki.. nasibla tak sakit..  sebabkan sandal tak muat, kena pakai selipar yang jenis macam lastik tu je.. yang sarung2 memang tak muat.. alahai.. sabar jela..  tinggal lebih kurang 8minggu lebih je lagi.. :))

>
>

July 25, 2013

Penangan Bulan Julai


Penangan bulan 7 ni kuat betul.. laman web akauntan negara malaysia (ANM) dah berapa hari tak dapat nak akses, sejak hari payslip kuar lagi hari selasa haritu.. sy pun hanya berjaya download slip gaji semalam..  itupun bukak pukul 4.30 pagi.. kalau tak, dia duk main pusing2 je.. slip gaji MBB pun berjaya di donlod hari ni, pada masa yang sama.. 4.30 pagi.. kalau waktu2 yang lain jawabnya memang tak la.. majoriti waktu dinihari yang tak ramai orang online je baru dapat..

Kemudian, harini pulak hari gaji.. 25hb kan..  laman web cimbclicks lak tak dapat nak diakses.. duk pusing2 cenggitu je.. adoila... katanya semua ibk camtu.. betul ke tak, wallahualam.. sy tau yang cimbclicks je yang bermasalah harini.. yela.. bulan 7 ni kebanyakan govt servant dapat tunggakan pergerakan gaji dari bulan jan-jun bagi yang kenaikan januari.. plus pemberian satu KGT lagi kan.. sebab tu masing2 tak sabar nak tengok amaun yang masuk dalam payslip dan bank.. ni pun alhamdulillah, baru dapat bukak Cimbclicks.. tapi lembab gila.. huhuhu

Semalam pulak, kerajaan dah umum saguhati raya.. dapat rm500.. jadila.. daripada tak dapat langsung kan.. rezeki jugak tu.. alhamdulillah.. :))

>
>

July 24, 2013

checkup 22/6 dan 23/6

22/6, checkup kat hospital macam sy cerita dalam previous entry.. alhamdulillah.. takde ape masalah regarding baby kecik atau ukuran rahim tak sama  dengan minggu.. sebenarnya dah sedia maklum pun.. sebab checkup 2 minggu lepas yang bermasalah tu kan, doktor dah bagitau, ukuran rahim dah normal balik dan berat pun tak ada masalah.. cuma tetap kena proceed dengan hospital sebab dah amik appointment.. nak dapat tarikh appointment tu pun makan masa.. so harusla kena pergi walaupun masalah dah selesai... kat hospital, memang buat detail scan.. doktor tu siap cakap lagi, yang baby awak ni mungkin kakinya panjang sangat, sebab tu nampak macam kepala kecik.. tapi memang tak de problem.. alhamdulillah.... teheeee.. tang kaki panjang tu ikut sape la ekkk... confirm bukan mummynya.. :p.. ishhhh.. tak buleh jadi ni.. dah 2 traits ikut daddynya.. kikiki.. tapi seriously, masa menunggu kat govt hospital memang sangat-sangat lama, pergi kul 8, pukul 11 baru abehh.. macam ape dah berkejar ke sekolah balik.. ikutkan hati yang malas mau je cuti.. tapi sayang pulak kat cuti.. huhuhu..

23/6, checkup kat KKIA.. result checkup

berat: 63.8kg
urine: normal
tinggi rahim: 30cm

Cuma berat turun..  berat yang lepas 64.7kg tapi tak kena mark dengan pen merah sebab misi cakap mungkin sebab puasa.. legaaa.. ingat nak kena marah dahh... hihihi.. ukuran rahim pun xberi masalah.. masa nak ukur tu debar dalam hati toksah ckp la, mmg doa banyak2 supaya sama dan xde masalah.. hb pulak tak test, sebab kat hospital dah cucuk darah kat jari.. turun sikit, 11.4.. tapi okla, atas dari border line.. :)
next checkup, 6/8..  2hari sebelum raya.. 
tak sabar nak raya... :)


p/s: tengah pening dengan cuti bersalin.. uhukk... amik awal karang, MBB lak yang susah sebab dekat sangat dengan UPSR.. amik lewat kang, terberanak kat Perak ni naya.. aishhhh, dilema sorang cikgu n bini cikgu..


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...