LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 2, 2013

tq encik suami..

MBB dah belikan peti ais baru. did i mention yang peti ais saya rosak baru-baru ni?? tak kan.. hehe.. kecuaian sdr..plus keje b***h. tak pernah stuck dengan ayam yang dihentak2 tak mau jugak keluar, kemudian gi gatal2 cucuk dengan pisau.. sebelum ni tak penah pun wat gitu.. memang benda nak jadi dan nak rugi.. or, peti ais tu sebenarnya merajuk sebab dah dengar yang sy berkira2 mau menukarnya??.. kwang2.. 

Peti ais tu pun kecik je sebenarnya.. satu pintu je.. yang harganya rm5++ je.. beli masa mula2 kerja dulu.. sebab duduk sorang je kan... sistem penyejukan nya pun tak berapa nak elok sangat.. cepat je sayur atau buah2 rosak... pendek kata, peti ais, jenama S***p, memang sy takkan beli dah.. serikkk...sy berkira2 mau tukar ke dua pintu sebab nanti nak simpan stok susu bila fully breastfeed baby nanti (Moga diizinkan ALLAH, aminnn)..mungkin sebab tu kot peti ais tu rosak.. merajuk sebab tau nak kena tukar lain..

Dua-dua barang ni beli kat Senheng.. MBB ada membership.. Peti SejukPanasonic ni harga dia RM 949.. tapi sebabkan ada members day dari 1/7-31/8 ni, dapat redeem point dan guna untuk reduce price jadi hanya bayar RM 799 je.. peti sejuk i xmeriah pun.. kecik je... nanti dah stabil nanti aim untuk peti sejuk yang besar gedabak macam dalam cite korea tu.. yang ada pintu kecik buleh amik air sejuk tanpa bukak pintu besar dan ada ice dispenser.. ngeh3.. saje survey2 ritu, harga yang paling mahal 13K.. omaiiii...yg pasti impian tu cuma boleh dilaksanakan bila dah ada rumah sendiri.. sekarang ni berangan jela dulu..

Panasonic Refridgerator  PSN-NRBJ226SN

Dia jugak belikan mesin basuh.. kesian tengok sy basuh baju dengan tangan katanya..  
nak-nak dengan perut ke depan sekarang ni susah nak duduk bangun.. sebenarnya awal-awal dulu sy rasa mesin basuh tu tak penting sangat sebab tu tak beli2... sekarang ni pun rasa cam tak perlu sangat..(dasar kede***, tak sanggup nak mengata diri sendiri) sebab duduk sorang je kan.. bukanla banyak sangat pun baju yang nak dibasuh.. ingat nak beli bila baby dah kuar nanti.. baju2 dia mesti banyak kan.. tapi since MBB nak belikan sekarang, i terima dengan hati ria je.. :p bagus jugak.. dah ringan satu tugas.. campak2 dan on je mesin tu..  badan dah berat, keje asyik nak rehat, tido dan baring je la... 

Pun beli brand Panasonic jugak.. load 7kg for the price rm669.. okla kan.. spend tak sampai 1.5K pun dari bajet asal untuk dua2 appliances ni..  rezeki baby...


Eeerr.. gadjet atau mesin yang boleh sidaikan pakaian ada takk?? or yang boleh lipatkan baju2 sekali?? hahhaha..
>
>

August 1, 2013

untung budak zaman sekarang

untung budak2 sekarang.

zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.

kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 la 
bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"

untung budak sekarang.

tak buat kerja sekolah--

kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.

pergh
untung budak sekarang.
untung gila.

hmm

sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas. 

dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.


pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah
HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.

SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.


eleh

pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.

anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak. 
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.

salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.

hish

marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.

terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.

balik sekolah--
spot check buku
.seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.

aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna 
kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?

tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--

if your child hates you at their adolescent years--

be calm;
you are doing it right.
dear parents,

nak jadi bestpren anak--

ada cara.

enabling mistakes they make--
is NOT one of them.


credit to FB Fynn Jamal



p/s: isu pasal guru banyak sangat naik sekarang ni kan.. my 2cents; guru pun manusia.. bukan malaikat... kami layan/ajar/urus satu kelas; plg sikit, 30 orang murid dengan 30 perangai yang berbeza.. yang kadangkala, murid2 ni sikapnya amat berlainan daripada di rumah..depan mak bapak ya ampun, pijak semut tak mati.. rasanya cikgu; melainkan gila takkan pukul murid saja2 melainkan kalau dia dah buat kesalahan yang sama berkali-kali.. to parents, syg anak berpada-pada.. kalau zaman kita dulu, yang sy sangat pasti zaman yang mana kalau mengadu cikgu pukul atau sewaktu dengannya bila balik rumah akan dapat 'hadiah tambahan' lagi, mak bapak kita tak pernah menangkan kita, kenapa bila kita jadi parents, kita lebih percaya anak 100% berbanding dengan turun padang, siasat apa yang berlaku sebenarnya.. it's better banding dengan upload kat FB, saman cikgu, report polis etc.. cikgu kalau benda2 tu jadi pun, paling2 pun kena ditukarkan (except kes jenayah la kan) tapi kesan pada murid tu, sy percaya konpom lepas tu dah tak ada guru yang mahu ambil berat atau ambil tahu lagi (melainkan kalau betul silap guru).. belum lagi kira bab keberkatan..  hohoho.. sedih sungguh tgk profesion guru sekarang.. macam melukut di tepi gantang je.. last2 konsep sebenar sistem dah tak tercapai.. guru hanya mengajar, bukan lagi mendidik.. sighhhhh

>
>

July 31, 2013

Kad Raya


Setelah beberapa tahun tak penah terima kad raya..
akhirnya dapat jugak kad raya tahun ni..
daripada Honda.. lebih tepat, daripada Lee Motors Alor Setar..
Hijau.. sampai sampul pun hijau..
ingatkan pamplet ape la yang duk dalam mailbox..
seb baik check.. biasa ignore je melainkan sampul putih baru tgk..
the 1st n the last la kot kad raya ni.. 
ke ada sape2 nak bagi kad raya kat saya?? hihihi


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...