LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

September 2, 2013

petrol naik 20sen

Petrol naik 20 sen
tangki minyak cik City lak dah nak masuk E..
dan tuannya pulak malas nak kuar gi isi sementara minyak masih RM 1.90.. terbaik..
kalau isi pun, bak kata sorang kawan tu, bukan minyak tu boleh tahan 5 tahun pun..
malas nak gi berlumba-lumba n berebut2 kat stesen minyak yang kompom2 ramai orang..
pftttttttt...


>
>

August 31, 2013

another 9 days to go...

Salam Merdeka.. cuti hari ni dimanfaatkan dengan menyelesaikan saki baki tugas sebelum maternity leave bermula minggu depan... hari khamis haritu dah siapkan Sasaran Kerja Tahunan..  kena buat awal2 sebab SKT tu kena submit end of OKT/ early NOV..  xkan mau ke Perak semata-mata nak serahkan SKT nanti ye dok???
harini mengadap benda alah SKPM ni pulak..
settlekan bab HEM.. nasib baik sikit je..


sape nak buat kerja kita oii... kalau datang cikgu ganti pun, belum tentu dia boleh buat benda ni..
sebab benda ni lebih kepada pentadbiran sikit.. bukan kerja2 dalam kelas..
so mau tak mau, buat siap2..
tak sedap nak cuti kalau tinggal macam tu je.. lepas tu bebankan orang lain lak..
ohhh, tak nak.. tak nak...
so jomla kita study benda ni dulu.. n lengkapkan skor n instrumen dia..
lepas tu baru berehat2..

tadi pun dah settle process last batch napkin, baby bib dengan blanket yang jemur haritu..
baru berkesempatan....


almaklumlah.. bizi yang amat..
minggu lepas straight kursus petang 2 hari..
minggu ni pun... aihhh.. seb baik dah nak cuti..
kalo x terberanak kat tempat kursus je.. :p



p/s: another 9 days left.. sebelum admit ward.. can't wait.. tapi nervousssss.....

>
>

August 29, 2013

Multi Function Sterilizer+Warmer

Melengkapkan lagi item untuk breastfeed baby nanti, mestila kena ada sterilizer dan warmer kan..
untuk sterilizer dengan warmer, sy pilih yang multifunction je..
tak beli yang asing2 pun..
amik yang 3in1 je terus..
beli brand my dear


sterilizer
bottle warmer
dan food warmer


satu alat, buleh pakai untuk 3 kegunaan sekaligus...
menjimatkan duit, tapi kekurangan dia tentulah buleh guna satu function pada satu-satu masa je..
kalau ada 2 benda berbeza, buleh on dua2 serentak kan kalau masa tu nak steril dan panaskan susu pada masa yang sama..

tapi berbaloi dengan harga la..
sy beli dengan price rm69.90 untuk 3 fungsi di atas ni..
kalau survey harga standard warmer+sterilizer, kebanyakannya  mencecah rm120 ke rm350..
makin branded opkos la makin mahal kan..
tapi yang ni brand biasa2 je..
asal buleh berfungsi je udah la.. :p

jom godek2 parts benda ni

dalam kotak 

Untuk fungsi Sterilizer 

heater base untuk semua proses; sterile,  bootle warmer & food warmer
proses pemasangan
yang ni kalau nak steril wide neck bottle.. buleh muat 5 botol wide neck 
ni pula untuk standard bottle.. muat 8 biji
siap dipasang..


Untuk fungsi Bottle Warmer

masih guna heating base yang sama, cuma masukkan steamer bowl.
kemudian letakkan steamer cover..  dah jadi pun.. buleh la letak botol kat tengah2 tu


Untuk fungsi Food Warmer

sama je macam bottle warmer.. cuma letakkan makanan dalam steamer cover dan tutup guna cover lid tu..

didatangkan sekali dengan thongs dan measuring cup..
abaikan la background yang tak berapa cantik tu eh.. hehehe


haa, yang ni cantik sikit dia punya penerangan  dan item details.. :p

Tak try guna pun lagi.. malas lagi nak godek2 sume botol susu tu.. nanti cuti nanti la, kalau rajin.. hahaha.. xpun nanti nak wat stok baru steril sume..
Sebenarnya tak ada benda alah ni pun takpe, buleh guna cara tradisional..
nak sterilize, rebus je botol2 susu baby
dan kalau nak panaskan  susu, rendamkan dalam air panas..
benda ni  bukan must have item pun.. sebab memang ada alternatif lain lagi.. :)


p/s: ingat nak beli satu lagi warmer.. sebab nak bagi dekat pengasuh pulak..


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...