Cuti sekolah start 16 Nov, kami balik Kedah, 19hb.. giliran duk Kedah lak kan.. sebab dah lama duk Kelantan.. bagi can org Kedah tengok Ayra lak.. sepanjang perjalanan Klntn-Kedah, Ayra tido je.. bangun sebab nak susu dan jaga masa kami berenti makan kat Kedai Kari Kepala Ikan Salim tu je.. Alhamdulillah la.. kalau x, haru jugak..
Yer, kami mmg angkut toto.. senang, kalau nak makan, baringkan je dia.. kalau dia behave n tak meragam la.. kalau tak.. jawabnya makan ikut turn jugak..
Lepas seminggu kat kedah, 26hb tu kami ke langkawi..amboii Ayra, umor 2 bulan dah ke Langkawi... Mummy umor 15thn baru sampai Langkawi tauuu... hukhukhuk...tak plan pun sebenarnya.. tapi memandangkan MIL ada kursus kat sana, alang2 join sekali.. naik feri masa pergi memang Ayra tido je.. sampai check in hotel sume, pergi shopping coklat kat HIG dan balik hotel balik..
Tapi start malam tu je, dia dah start batuk2.. so xkeluar la makan kami malam tu.. tengok tanda-tanda demam pun dah ada.. so letak coolfever dan makan ubat yang nurse bagi cucuk haritu.. musim agaknya sebab tengok kat status FB majoriti baby demam time tu..
Esoknya makin teruk, tapi demam on off.. abeh je kesan ubat, demam balik.. tapi kami sempat lagi gi bawak jenjalan..
kat kolam air panas |
kat marina mana tah... |
oriental village |
underwater world |
makan ubat timeee!! |
Muka ayra demam+batuk+selsema.. malam kedua, memang teruk dia batuk.. sampai kami bawak dia gi Hospital Langkawi pukul 3 pagi. doktor prescribe ubat demam, cair kahak dan ubat selsema titik hidung..
Atas ni pic sebelum check out... rupanya lepas tu batuk dia makin teruk.. sepanjang perjalanan dalam feri, dia nangis tak berhenti.. dia tak selesa+marah sebab batuk.. bagi susu pun tak mahu.. felt sorry for the other passengers, tapi kami pun tak leh nak buat ape.. MBB la yang dukung sepanjang sejam setengah tu kehulu ke hilir. ilang kejap mabuk dia.. untuk passenger yang "buat muka" kami ignore kan aje.. tunggu la korang dapat anak dan anak korang sakit dan meragam, barula korang tau camana perasaan helpless nya.. xkena kat korang bolehla buat muka konon-konon cam kami xpandai jaga anak.. xperlu kot nak tunjuk muka annoying tu.. bukan kami mintak pun baby nangis n meragam kat public..biasala kan budak kecik, kalau dia xselesa memang nangis jela makanan dia.. at least kalau tak boleh empati or simpati sekalipun, buat muka biasa je dahla.. huhuhu..
Tapi tak semua, rata-rata sume tunjuk muka simpati.. ada pekerja tu siap tolong dukung Ayra lagi.. malah ada auntie cina tu siap tepuk bahu MBB cakap kagum dengan MBB.. hehhehe.. yang lain siap bagi laluan masa nak keluarkan stroller sebab dorang gurau cakap mesti penat dengan anak nangis.. hahahaha..
Ni muka budak gedik lepas sampai rumah.. buat muka comel dan sengih2 macam tak sakit dan tak ada apa berlaku.. haha, memujuk mummy n daddy la kononnya la kan lepas buat perangai.. haihhhh, anak ooo anak... :p
>