semalam pergi klinik kesihatan yang sebelah rumah ni haa..
buat buku pink a.k.a rekod kesihatan ibu..
dah masuk 9weeks kan..
mula2 ingat nak wat ngam2 11weeks ke, tapi karang macam suntuk sangat dengan 3bulan usia kandungan..
nanti sia2 je kena marah kan..
sebab buku ni kena buat sebelum masuk 3 bulan..
taraaa!!! buku pink saya..
sebelum nak dapat ni memang kena buat UPT dulu.. dah positif baru proceed ke klinik kesihatan ibu dan anak..
isi maklumat, ambik darah 2 tabung dan amik air kencing lagi..
kemudian ada pemeriksaan badan..
masa ni misi check certain parts of body macam kita punya tangan, leher, kaki dan juga breast.
malu toksah cite la kan... melainkan kalau bermuka tembok.. tapi wat dunno jela... hahahha
Lepas tu check result ujian..
sedihnya ada faktor risiko (yang saya bulatkan tu)
sebab HB low.. 10.9
walaupun hanya 0.1 je yang kurang, tapi sebab first pregnancy dan masih awal kandungan..
so memang tak boleh.. hukhukhuk..
pun dengan rasminya dapat pelekat ijau.. huhuhu
nasib baik tak kena marah dengan misi..
memang dah dapat agak puncanya kenapa..
sebab sekarang kan tak lalu nak makan nasi. so sumber protein dan makanan yang boleh menaikkan hb memang langsung tak consume.. makan roti atau biskut je.. mana nak mau nye..
lepas tu kena suntik, untuk tetanus rasanya..
amik ubat... mak oiii banyaknya nak kena telan..
folic acids, ascorbic acid, vit b complex dan iron tablets
lepas tu misi set upkan date kena jumpa doktor rabu (esok)
dengan dental check..
(dalam hati tertanya2 juga, kenapa kena jumpa doc, sebab hb low ke? ke prosedur biasa?)
tunggu esok baru tau.. harap2 takde pape la
tapi yang tak bestnya, sekarang ni bila makan semua ubat2 tu, especially iron tablets tu
kebarangkalian untuk muntah selepas makan adalah berganda2..
sebelum ni memang muntah manja2 je.. tak keluar isi perut pun..
semalam bila makan nasi (walaupun tak lalu), memang keluar abis semua nasik yang di makan..
lepas tu letihla kan bila dah tarik isi perut tu..
pagi ni try minum dengan air ribena.. it works walaupun perut rasa tak sedap.. tak muntah walaupun makan nasi lepas tu
ok sangat daripada muntah kan..
lepas ni ingat nak gi beli Iberet Folic
misi suggest ni kalau tak boleh makan semua ubat2 yang diberi klinik..
sebab makan satu ni je dah boleh lupakan 4 ubat yang tadi.. ngeh2...
tapi katanya ada kesan sampingan bergantung pada orang..
nanti nak try, ajak MBB pergi beli hujung minggu ni..
harap2nya next checkup 19/3 nanti hb dah naik..
hup2, berusaha!!!
>