zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.
kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 la bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"
untung budak sekarang.
tak buat kerja sekolah--
kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.
pergh
untung budak sekarang.
untung gila.
hmm
sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas.
dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.
pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah
HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.
SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.
eleh
pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.
anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak.
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.
salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.
hish
marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.
terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.
balik sekolah--
spot check buku
.seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.
aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?
tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.
aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--
if your child hates you at their adolescent years--
be calm;
you are doing it right.
dear parents,
nak jadi bestpren anak--
ada cara.
enabling mistakes they make--
is NOT one of them.
credit to FB Fynn Jamal
p/s: isu pasal guru banyak sangat naik sekarang ni kan.. my 2cents; guru pun manusia.. bukan malaikat... kami layan/ajar/urus satu kelas; plg sikit, 30 orang murid dengan 30 perangai yang berbeza.. yang kadangkala, murid2 ni sikapnya amat berlainan daripada di rumah..depan mak bapak ya ampun, pijak semut tak mati.. rasanya cikgu; melainkan gila takkan pukul murid saja2 melainkan kalau dia dah buat kesalahan yang sama berkali-kali.. to parents, syg anak berpada-pada.. kalau zaman kita dulu, yang sy sangat pasti zaman yang mana kalau mengadu cikgu pukul atau sewaktu dengannya bila balik rumah akan dapat 'hadiah tambahan' lagi, mak bapak kita tak pernah menangkan kita, kenapa bila kita jadi parents, kita lebih percaya anak 100% berbanding dengan turun padang, siasat apa yang berlaku sebenarnya.. it's better banding dengan upload kat FB, saman cikgu, report polis etc.. cikgu kalau benda2 tu jadi pun, paling2 pun kena ditukarkan (except kes jenayah la kan) tapi kesan pada murid tu, sy percaya konpom lepas tu dah tak ada guru yang mahu ambil berat atau ambil tahu lagi (melainkan kalau betul silap guru).. belum lagi kira bab keberkatan.. hohoho.. sedih sungguh tgk profesion guru sekarang.. macam melukut di tepi gantang je.. last2 konsep sebenar sistem dah tak tercapai.. guru hanya mengajar, bukan lagi mendidik.. sighhhhh
>