LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 11, 2011

diserang!!


cam main game invasion masa PJ pon ada...
tapi nasib baik arini ikut instinct.. 
apa lagi yang mengerikan bagi setiap guru sekolah 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
selain daripada lawatan mengejut daripada PPD, JPN dan NAZIR...
yerr...
JPN datang skolah hari ini.. 
Alhamdulillah selamat...

ceritanya bermula bila masa tengah fotostat solan latihan tuk budak tahun 2&3 sebab esok ujian, tetiba PK 1 a.k.a pemangku GB tanya dari jauh, "zan, buku rekod dah siap?"
pelik jugak kenapa dia tanya, sebab kat skolah ni memang a bit freedom sket kat cikgu, sebab tandatangan tuk buku rekod, anytime bleh amik.. tak ada rule untuk hantar buku rekod setiap Jumaat... kedengaran macam salah dari segi etika dan peraturan, namun orang kata kita ikut resmi sesuatu tempat yang kita masuk tu.. walaupun tak de rule untuk hantar buku rekod setiap Jumaat, aku tetap siapkan buku rekod setiap hari dan cuba mendapatkan tandatangan setiap jumaat atau isnin berikutnya.. harap-harap berkekalan sampai akhirnya la kan...

ok, sambung cerita,  so jawabla kan "dah siap cikgu, cuma yang minggu lepas je tak tandatangan lagi" hahaha, sila jangan ikut perangai ni... kadang-kadang terbabas jugak tak tandatangan buku tu.. so aku turun, dan masa nak g laminate tu, gerak hati menyatakan kena g dapatkan tandatangan.. so naik balik dan settle keje... dan pergi laminate.. tengah2 syok laminate tu, tetiba datang cikgu2 muka gelabah.. sorang tu cakap PK 1 nak buku rekod aku sbb JPN nak tgk...@_@ 

phewwww!! rasa lega teramat kot... sebab sume complete... impak pon complete.... =)) 

cikgu2 lain ape lgi, sebab ramai yang tak cukup rempah dorang punya record book.. tapi takpela, malas nak campur dan komen... so aku bagi la.... masa tu mati2 ingat sebab Program Pembangunan Guru Baharu tu yang dia nak buku RPH... sebab cikgu tu cerita macam dia nak buku RPH aku dengan mentor aku GPK Koko... 

dalam hati masa tu, memang berdoa banyak2 agar tak ada something bad happen sebab perasaan kena bambu dekat PPD aritu masih berbekas.. hahaha, tapi dalam pada tu bersedia jela.. incase dipanggil mengadap kan.... tapi syukurla tak ada pulak dipanggilnya... cikgu2 kat bawah lega la sebab ingat datang nak pantau guru baru je, tapi sangkaan tu meleset sebab tetiba GPK HEM plak kena anta buku rph... kwang3... gelabah jugak dia tgk... tapi tak ada pape pon jadi....  lepas tu baru diceritakan kepada semua yang JPN datang pantau daripada segi record book, sebab tu mintak yang GB, sorang PK dan sorang guru biasa.. sebb kami takde GB, so kena tgk yang GPK 1, GK amik GPK HEM dan guru biasa amik aku punye buku... sebabnya? sebab sebelum tu GPK1 cakap dia dah tahu yang aku dah complete.. sebab tu mintak yang aku punye...rupe2nya dia dah tau dari awal macam orang-orang tu nak datang pantau sebab dia cakap sekolah berdekatan dah ada yang melawat semalam.. laaa,, tapi tak pula dia gtau aku awal2... mati2 ingat sebab PPGB....tapi takpela.. kurang-kurangnya tahu, buku RPH aku tak de masalahnya la sebab tak ditegur pon cara penulisannya.. hahahha, main taram ngan hentam aje...kemudian yang lain JPN tengok pengendalian sekolah la... kena ada slogan yang baru tu, PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN dan juga dia nak tengok pemasyhuran ape tah..

pasni pun kena beware jugak lagi, tadi orang JPN gtau nak datang lagi.. tuk PLBS dan juga pemantauan data ujian TOV, OTI 1 dan OTI 2... takpela... yang penting dia wat keje dia, aku wat keje aku.. yang lain tu, kena bambu kena puji tu rempah tambahan je... cuma kalau kena marah kije siap lain rasanya berbanding kena marah sebab tak buat kerja.. that's undeniable... pepun SAYA YANG MENURUT PERINTAH kannnn....

May 10, 2011

dalam dilema...

oh, sesungguhnya diri berada dalam dilema...
pening2....
kalaula badan ni buleh dibelah-belah 2 ke 3 kan senang...
ramai betul yang nak kahwin bulan 6 ni..
rasanya cuti kali ni terisi dengan hadir majlis kawin je...
setakat ni yang official terima kad dan undangan ada  5... 4 kawen, 1 tunang.. 
amik inspirasi kad kawen Dato' Siti Nurhaliza.. ngeh3
sumber: google

Jadual Kenduri-Kendara
29 Mei: kat KL .., 
3 Jun:  ade dua undangan, bertunang kat KT sorang dan kat Kuala Krai sorang kawen, 
4 Jun: kat Jerantut dan Kota Bharu sorang...
tu belum lagi undangan yang ma n abah terima yang i terpaksa follow jugak.. huhuhu...

Analisis dan Keputusan setakat ini
- kat KL tu mungkin tak pergi sebab tak ada member, gpun taktau jalan KL kalau nak g sorang2... sori ARSYAD.... wakilkan kat MBB je....
- kat KT tak pergi kot, sebab baru bertunang je, nak pergi majlis kahwin kat Kuala Krai... member since form 4 nak kawen... keutamaan harusla pada yang kawen kan... bestfren lak tu...  
- yang 4hb ni penen sket.. taktau nak g yang mana... tersepit.. hwaaaaa...T_T dua-dua aku baik... tapi mungkin akan ke Jerantut... yang KB taktau nak decide camno lagi...

paling best sebab leh pergi sume majlis2 kat atas tu dengan MBB... hihihi, dia nak datang umah 3 hb tu.... =)... datang amik dan terus ke Jerantut.. tapi tak sure lak nak ikut jalan Terengganu atau Gua Musang.. sebab MBB nak g satu majlis kahwin kat  Terengganu.. tapi segan la jugak aku nak g sebab setakat ni tak dijemput pon lagi...  kemudian kalau jadi MBB nak g majlis kat Besut  5hb tu.. senior kahwin...  

ni pon belum final decision lagi... ikutkan mau pergi semua... 
malangnya badan satu je...alahai...

kami praktis bersanding. lalalalalala.. =p
tapi yang sure nye..  bleh jumpa MBB.. seronok..... =)))

May 8, 2011

kata pujangga

Hidup ini satu TRAGEDI bagi yang mereka yang merasa,
Suatu JENAKA bagi mereka yang berfikir, 
DAN
Satu NIKMAT bagi mereka yang bersyukur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...