LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 16, 2011

40, 1


Selamat Hari Guru yang ke-40 kepada semua insan bergelar pendidik...
rakan2 MT1, rakan2 IPGKDRIans first batch, guru2 SKC, guru2 SMKKK, SKTP, SKPR dan sekolah sekarang SK SUPER...
untuk diri sendiri, Selamat Hari Guru yang pertama kalinya sebagai pendidik.. =)))

May 14, 2011

EUREKA REEE

cuti hujung minggu ni dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengikhlaskan diri menjadi guru pengiring aka jurulatih kedua tuk pertandingan EUREKA REEE... bagi yang tak tau, EUREKA ni pertandingan merekacipta berdasarkan konsep sains dan ada sikit-sikit elemen kemahiran hidup diterapkan ke dalamnya.. REEE tu pulak kira tema nya la, merujuk kepada RENEWABLE ENERGY & ENERGY EFFICIENT.
untuk pertandingan tahun ni, aku dimaklumkan masih seperti beberapa tahun lepas, peserta dikehendaki membina energy efficient beach house... rumah pantai yang cekap tenaga.. kira bagaimana nak design rumah yang guna tenaga diperbaharui seperti tenaga solar, angin, biomass dan memanfaatkan kedudukan berdepan dengan laut, kedudukan matahari dan pergerakan bayu..  kalau ikutkan GPK taknak masuk dah.. tapi   memang PPD arahkan suruh masuk jugak.. sebab pernah dulu pergi ke peringkat negeri.. so hantar jela kan..


haritu, merasa la kejap jadi GPK, hehe, sebab menghadiri mesyuarat pelarasan EUREKA mewakili kelompok 8.. segan ooo sebab yang datang sume GPK je.. tetiba kau sorang je cikgu baru... nasib baik sume ok je... dapat pengalaman lagik.. =)
kat perak ni memang panggil kelompok untuk mememecahkan sesuatu sekolah dalam PPD yang sama.. kalau kat Kelantan, dalam satu PPD, dipecahkan mengikut zon, macam skolah rendah dulu, sekolah aku tergolong dalam zon 1. Ikut pentadbiran masing-masing la kan....

ok, back to the track, start melatih budak hanya pada hari isnin, 9hb. Tu pun curi-curi masa sebab minggu tu ujian pertengahan tahun dijalankan.... hihihi, walaupun taklimat telah diberikan pada hujung bulan 4.. nak buat camana kan, kena la ikut bigboss, sebab seriously cakap, memang aku taktau pape, setakat nak wat model rumah tu bolehla.. sebab dulu, amik lukisan kejuruteraan dan joint pertandingan buat model rumah peringkat negeri.. tapi jangan salah sangka, tak menang pon.. T_T... pengetahuan bab-bab lukis pelan rumah, pandangan-atas, kiri, kanan, depan belakang, dan transfer lukisan kepada model 3D bolehlah digunakan... tapi tak cukup sebab tak pandai konsep-konsep sains.. ngeh3... sungguh tak reti sains dan tak minat sains, tapi karma menentukan terpaksa mengajar sains... itupun kadang-kadang terpaksa merujuk buku sebab banyak benda tertukar dan tidak tahu serta terkeliru... @_@... tapi tak apa la. jadi cikgu memang kena serba boleh... cuma in future, jangan bagi mengajar BM suda... tak sanggup..... bagi subjek lain tak apa...

so, kepakaran aku hanya digunakan pada bab-bab teknikal rumah sahaja.. rekabentuk, litar semua cikgu GPK yang buat...okla kan, bolehla belajar dulu, tengok-tengok... sesi latihan amik masa 5 hari tuk siapkan rumah complete dengan litar.. sebab takes time 1/2-1jam sehari je.. itu pun puas berperang dengan budak yang taknak hafal pelan lantai... masa pertandingan nanti dorang diperuntukkan masa 3 jam tuk buat rumah.. tu pun tengok gaya masa latihan memang dah agak, memang chances nak menang tu tipis... sebab memang budaya murid sekolah aku memang budaknya malas dan degil.. kata lah apa saja pun, bukan nak didengarnya.. memang diakui cikgu-cikgu senior.. dan sedikit sebanyak, selama 4 bulan disitu, memang terserlah sikap negatif mereka tu... huhuhu, macam boleh dijadikan kajian tindakan kan... hihihi, cuma tak rajin je nak membuatnya...

bumbung siap!!
so, arini pergila bertandingnya.... takperlu la nak cerita pasal sepanjang pertandingan tu camana sebab lebih teruk daripada jangkaan aku.. T_T.. ada sekolah lagi cantik dan kemas... kalau diorang buleh buat macam masa latihan tempoh hari tu pun dah cukup menggembirakan aku...  rasanya ada pengajaran yang diorang bleh ambil daripada pertandingan ni supaya tak malas dan ambil ringan tentang sesuatu perkara... tapi terdetik juga, sebenarnya, pertandingan buat model rumah ni tak sesuai dengan aras sekolah rendah... bukan senang nak deal dengan mounting board tuh, siap ada yang terhiris jari.. cuak jugak aku.. nasib baik tak teruk, tu pun, pening-pening sebab mungkin darah kuar banyak. kemudian  pertandingan ni dah jadi macam pertandingan antara cikgu-cikgu... sebab yang buat semua, yang perah idea memang cikgu.. kemudian kerah budak hafal design, hafal pelan... objektif kat situ memang tak tercapai... yela, kalau aku pergi bertanding buat model rumah tu pun semasa sekolah menengah, memang boleh agak la macamana performance dorang kan.. .
tengok dari depan ok, sisi? =p
sisi yang senget benget dindingnya
Pencapaian tak penting, lebih bernilai pengalaman mereka menyertai pertandingan sebegitu... sekurang-kurangnya tak adala rasa kerdil sangat sebab sekolah SKM yang kadang-kadang orang tak kenal pun mana letaknya sekolah kami....

skolah ni cantik jugak..




my fav team to win the competition.. kemas dan cantik.

kami balik lepas dapat sijil.. tak tunggu keputusan pun.. sebab lambat lagi acara penyampaian hadiah.. kena tunggu upacara penutup semua.. so bila tanya budak-budak, dorang nak balik, so balik la.. hahaha, kalau menang, bonus la tu.. nanti sampai la hadiah dekat sekolah.. =p
tapi sebelum tu, pegi makan dulu... hihi, perut berkeroncong tahan dari pagi lagi... cian budak-budak...

lapar sangat dorang, siap ada makan 2 pinggan..

untuk diri sendiri, memang pengalaman baru jadik guru pengiring... independent pulak tu.. pergi sorang-sorang je... tapi bagusla kan, kat sana belajar nak interact dengan cikgu-cikgu sekolah lain... bina jaringan sosial... sbg preparation, sebab nanti kalau kena pergi kursus sorang-sorang jugak kan... =)))

taching2 memalam buta...

hari ibu dah lepas, hari nurse pon dah hampir nak lepas,, 2 minit je lagi nak abis(masa entri ni ditulis)... 

soon datang pulak hari guru.. yeyeyeyeye.... excited terlebih... sebab sebelum ni tak penah sambut hari guru sebagai the real teacher.. kalau sebelum ni pon, sambut sebagai guru pelatih je.. tu pn most of the praktikum abis sebelum teachers day.. tapi sebab masa praktikum 3 bulan last tu kena ganti sebab ada mc 2 hari, so berpeluang sambut hari guru sebagai guru pelatih kat SK Padang Kemunting... perasaan memang la best.. ade sukaneka, dapt adiah.. walaupun kita yang bayar tuk hadiah tu.. dah namanya guru yang ganti praktikum 2 hari je, konpom la takde adiah dari budak2.. tapi tu bukan main agenda... perasaan yang penting..

Gambar-gambar sekitar sambutan hari guru SK Padang Kemunting 2010

sesi baca perutusan dan bagi kad dan adiah tuk cikgu!!
ramai jugak yang kena ganti praktikum ritu.. salah sorangnya kak nisah.. siap satu grup lagi nih...


ari nih, cikgu je main, budak tengok je.. =p


sesi persembahan murid


tadaaa.... dapat adiah jugak tau...  satu pihak sekolah bg, dan dua  lagi dapat sebab main game.. =))


acara paling ku suka.. serang!!!!


sekarang tinggal beberapa hari je lagi nak sambut hari guru... tak expect sangat hari guru yang meriah bagai sebab sekolah kecik je kan.. guru pon berapa kerat je.... tapi nak gambarkan perasaan menjelang hari guru tu memang sangat lain.. sebab dah jadi cikgu sebenar.. malam ni layan lagu GURUKU TERSAYANG.. memang betul, lirik lagu memang menyentuh jiwa.... kalau la anak murid sendiri yang nyanyi rasa memang nangis tak berlagu nih... tapi mampu ke aku nak jadi cikgu tersayang tuh? rasa cam mustahil je.. sebab aku ni garang ngan budak2.. mungkin dorang pon takut ngan aku dan senang cite bukan cikgu favourite la.... tapi kalau tak garang, dan buat baik semata-mata tuk budak sayang, tapi budak tu zero dalam belajar nak wat apa kan.. takpela dorang tak sayang pun, yang penting dorang dapat apa yang diajar.. budak2 ni kalau wat baik sangat, mula la tak buat keje dan pijak kepala... 

teringat pesanan seorang pensyarah kat IPG dulu, katanya, biasanya guru baik memang disukai murid sebab semua tak apa, yang garang memang tak digemari, tapi biasanya murid bila dah besar, dia akan lebih ingat nama cikgu yang garang berbanding cikgu yang baik.... betul tak? based on my own experience, betul la tu.. since cikgu aku masa tahun 1(amik paling lama sekali) aku ingat 2 orang, memang dua2 ni garang.. teacher Ruhil ngan cikgu Bainun..yang lain tak ingat dah... yang hebat, cikgu Bainun tu tak mengajar aku pon, tapi disebabkan kebengisan dia... memang power sebb sampai skang bleh ingat dia...


sebagai seorang guru, tak ada hadiah lain yang diharapkan selain daripada agar murid tu dapat faham, buat dan jawab soalan dengan betul... rasa macam segala penat lelah dibayar dengan suatu kepuasan tak terhingga.... alhamdulillah, untuk ujian pertengahan tahun ni, sume permata hati tahun 2 seramai 6 orang tu berjaya lulus ujian matematik, PKSR 1 satu aritu, 3 orang fail.. T_T... walaupun cikgu marah2 korang, cikgu hepi bila korang sume lulus.. tggu tgk ujian english dan science lak arini.. (sejam lebih tulis entri ni sambil wat keje lain+laptop hang).. harap2 tak ada dah yang fail... 

untuk hari guru tahun ni, berazam untuk lebih baik dalam segala hal dalam profesion dan  peribadi... moga dipermudahkan segalanya... amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...