LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 18, 2011

sleeping disorder kah???

lately memang selalu tidur yang sangat lama..


bila balik skolah, around pukul 3 tido kemudian selagi tak pukul 7 memang tak akan bangun, bukan tak nak bangun, tapi memang tak sedar la.. kaw2 punye tido.. padahal bilik sebelah padang je.. petang memang riuh dengan suara budak2 datang main, tapi tu pun memang tak mampu nak sedar diri dari tidur... 
cuti hari wesak tu lagi best.. tido around kul 2, bangun kul 8.. gila tahap gaban kan.. 6 jam straight tido...
sebenarnya memang hantu tido pun tapi tu dulu la.. kalau badan tak penat pun bleh tido dengan jayanya, tapi sekarang mungkin exhausted, badan letih kerja, otak letih memikirkan pasal macam-macam... sebab tu tido tak ingat dunia.. dulu-dulu zaman belajar, letih tu lain, zaman skang, letihnya sangat-sangat la lain... sebab tu rasa kalau badan penat sangat, dan tak dapat tido petang, memang kena make sure paling-paling busuk pun, kul 10.00 malam dah kena tido dah.. kalau tak, memang akan rasa tido tak cukup dan badan letih je... 
2 minggu lepas dan sebelumnya,  memang tak tido petang, so automatik malam tu awal la tido. bila tido petang lak skang ni, kul 1 paling awal baru tido... sama aje rasanya kalau fikir2 balik.. kurang kat situ, tambah tempat lain.. tak tido petang, malam tido awal, tido petang, malam tido lambat..


tapi alhamdullillah.. setakat posting ni, tak pernah lagi terpaksa berjaga malam siapkan kerja at the same time tak dapat tido petang... nikmat kurniaan ALLAH tu... rasanya tak adala sampai sleeping disorder kan.. cuma kena adjust timing tido tu balik je... hihihi, jangan insomnia je sudah.. karang ada yang jadik zombie.... 
huhuhu, agaknya kalau ada yang tahu aku tido kul 2 bangun kul 8, ada ke yang nak wat menantu eh? kikikikiki....

May 17, 2011

1st teacher's day celebration

fast update pasal sambutan hari guru kat sekolah...
meriah walaupun sekolah kecik..
ada sukaneka, walaupun kebenaran diberikan hanya untuk baca perutusan sahaja.. tak syokla kan kalau tak ada acara main2 sebab hari tu hari kita diraikan ataupun hari guru SYOK sendiri sebab sume plan sendiri... hehe, syok sendiri pon takpela, janji seronok.



kami pon ada perarakan masuk ke dewan, tak sangka walaupun hanya dengan muzik kompang sahaja.. okla tu kan... kemudian aktiviti wajib setiap hari guru.. nyanyian lagu rasmi, ucapan wakil guru, wakil pelajar, nyanyian lagu GURU MALAYSIA yang kurindui (nyesal lak slalu ngelat nyanyi masa kat IPG), lagu tema GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA yang tak best, dan lagu PELANGI... kemudian baca perutusan... tahun ni, memang dikenakan oleh cikgu2 lain, kena baca perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, KPM. Satu pengalaman baru, sampai semput2 sebab teks panjang sangat..


kemudian barula start main2... acara pertama adalah kupas buah oren sunkist dengan tangan.. menang!!..sebab memang dah terrer kupas buah tu tanpa guna pisau masa kat asrama dulu.. =p




kemudian acara cari barang ikut list yang diberi. kena cari 3 batang pen biru dan 5 jenis daun lain saiz... acara ni ramai yang main ngelat.. 


huhuhu,  kemudian acara murid tahap satu, cari gula2 dalam tepung. apalagi kan, sorang-sorang muka disalut tepung lah...

diikuti acara lawn bowl tuk tahap dua.. paling best pastu acara cikgu main lempar dan sambut belon berisi air serentak.. ni acara paling lama tuk cari pemenang.. tapi bangga sebab dapat ke final dan dapat no 2, compete dengan 2 orang cikgu laki.. haruslah bangga sebab dorang pakai seluar, senang nak lari dan tangkap belon tu.. kita lak pakai kain yang susun depan, dengan high heels lagi.. heeee... malu la kan kalau cikgu pj tapi nak sambut pn tak reti sedangkan kita mengajar cara menyambut yang betul. jadik ironi lak kat situ. =p


sempat pose walaupun tengah compete sambut belon.. huahuahua...

kemudian acara baling dart, yang ni memang surrender awal2, tak reti, sume tak mengena  markah.. 0 terus.. acara ni dimenangi cikgu lelaki dua2...

acara seterusnya adalah acara tarik teh, tengok sapa buih paling tinggi... yang ni pon memang cikgu laki yang menang.. buih yang ku tarik hanya mampu mencapai 3cm sahaja, yang menang tu 7 cm.. tuk yang nak petua buat teh tarik banyak buih, pastikan susu tu banyak yer...



kemudian acara dewan, makan2 yang best!!, kemudian potong kek hari guru, penyampaian hadiah sambil makan kek, dan cabut undi untuk hadiah sesama guru dan staf..



memang sangat best walaupun hadiah masa jadi guru sebenar tak sebanyak semasa menjadi guru praktikum... dapat 4 hadiah je dari murid2.. dan 1 kad daripada YB Dato' Zahid Hamidi. pun dapat sms daripada MB Perak, Dato' Zambry Abd Kadir.. yang lain2 hadiah acara permainan dan tukar2 adiah sesama guru..

paling best for sure la menyertai setiap acara yang memang menyeronokkan.. memang rasa hari tu kita punya betul2.. pepun, SAYA BANGGA MENJADI GURU...

May 16, 2011

10 peoples that annoys me the most!!

1. Orang yang suka meludah di merata-rata tempat- yucks!! geli betul dengan orang yang tak ada kesedaran sivik nih.. biasanya orang camni dia suka meludah dekat kawasan laluan orang.. tadi hampir terpijak, wekkk!! dia ingat air liur dia tu menyelerakan kot.. eeee.....

2.Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul- betul-betul menjengkelkan bila seseorang tu cuba membetulkan kesilapan/memberi nasihat kepada kita sedangkan kesilapan yang sama turut dilakukan oleh dia.. maksudnya dia pun sedang dan masih melakukan benda tu... kalau dah menyesal atau dah tak commit tu lain citer la kan.. terpikir apa motif dia?? memang diakui berpesan-pesan sesama manusia tu dianjurkan Islam, tapi rasanya kalau dia boleh nasihatkan orang, kenapa tak perbetulkan diri tu dulu, atau biasanya orang macam ni memang nampak salah orang semata2?

3.Anorexia yang perasan diri gemuk- nervosa? bulimia? mungkin ada kaitan dengan sejarah silam, tapi kalau asyik merungut dan mengadu kat orang, agak-agak2 ar kan... kalau dah badan macam isteri popeye pun masih cakap gemuk, mengada taknak makan nasi, dan sampai tahap bazirkan makanan.. memang jenis yang totally annoy la.. taktau la nak cakap ada masalah mata ke mental... tapi memang kajian cakap anorexia ada kaitan dengan masalah psikologi sket.. huhuhu, nak kenakan orang macam ni senang je, bagitau yang dorang dah gemuk, confirm tak lena tido malam.. =p

4.Selalu mungkir janji/Penipu- ouch, type ni memang bleh datangkan angin taufan... yela, manusia dipegang pada janji kan.. janji pandai tapi nak laksanakan liat bukan main...bila dah banyak kali mungkir janji transform jadi penipu pulak... tak baik kan buat orang macam tu..lainla kalau ada kecemasan dan tak dapat elak.. tapi kalau tiap2 kali kena macam tu.. u'r the annoying one lah kan..

5.Mereka yang perasan diri sentiasa jadi perhatian lelaki- penyakit yang banyak sekali melanda kaum perempuan... biasanya mereka2 ni, selalu perasaan muka macam miss world.. terlalu mudah syok sendiri bila dapat reaksi lelaki padahal lelaki tu tak bermaksud  apa2... kemudian hebahkan satu dunia.. last2 malu sendiri... 

6.Makan chewing gum kemudian buang merata-rata- makan boleh tapi nak buang elok-elok dalam tong sampah tak boleh.. memang seksa gila kalau kena chewing gum yang dibuang merata-rata ni.. yela, nak2 kena baju.. buang macam mana pun memang akan tertinggal kesan kat baju tu kan.. dah rasa nak menyumpah-nyumpah sapa yang makan tu..

7.Pentingkan diri- pengalaman berdepan dengan orang yang pentingkan diri; jangan lembut hati.. petuanya hanya dengan bersikap pentingkan diri juga.. kerana orang macam ni, macam melepaskan anjing tersepit. Dia hanya akan fikirkan diri sendiri sahaja atau terlebih dahulu tanpa peduli apa yang jadi kepada orang lain walaupun kawan baik sendiri.. 

8.Degil dan tidak makan nasihat-beria datang mintak nasihat dan pandangan kita, tanya berkali-kali, beberapa orang lak tuh, tapi last2 dia pakai idea lapuk dia jugak... bukan maksudnya nak suruh dia terima semua idea kita, tapi memang annoying lah kalau tanya pendapat kita tapi at the same time, pertikaikan apa yang kita dah share dengan dia.. baik kita tak bagitau dan dia tak payah tanya.. cakap dengan orang macam ni hanya macam curah air dekat daun keladi dan masuk telinga kanan, kuar telinga kiri je....habis air liur kita je..



9.Bermuka-muka/Backstabberhahaha, type ni memang paling tak boleh blah... paling bahaya.. orang macam ni selalu putarbelitkan kenyataan kita dan manipulasikan sesuatu cerita atau situasi tu agar nampak sentiasa berpihak pada dia.. orang macam ni akan pandai manis muka depan kita dan pandai berkata2 dan sebaliknya kutuk macam2 dekat belakang... jangan tertipu dengan perwatakan baik dan sopan santun yang ditunjukkan kerana modus operandi mereka memang sebolehnya menampilkan watak baik dan suci je.. sampai orang takkan tau dan percaya sikap sebenar dia kalaupun ada yang bagitau.. sebab teknik penyamaran terlalu berkesan..

10.Pemalas- hmmm, do i need to explain? Seriously, i'm not the type of hardworking girl..  i admit that.. tapi my laziness jenis yang bertempat dan tak membabitkan orang lain, diri sendiri je yang terlibat.. =p... malas yang mengjengkelkan adalah bila hidup berkomuniti, dia akan biarkan aje sesuatu kerja tu orang lain buat, macam pahat dengan penukul la... tak suruh, tak buat... dah tetapkan memang tugas dia, tapi sengaja tak buat sebab malas sehingga terpaksa orang lain yang buat.. memang melampau...  


To sum up; i'm not being jugdemental... cuma kadang2 insan2 ni yang seakan memberikan kita nilaian diri mereka sendiri, and yes, semua ini daripada own experience, bukan direka-reka..iNi pun salah satu refleksi kendiri, agar diri tak bersikap serupa dengan apa yang kita tak suka pada orang lain... 
To err is human right?? tapi apa tindakan kita lepas dapat kenalpasti kekurangan dan kelemahan kita tu yang penting... bukannya berterusan dalam kelemahan dan do nothing about that...=))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...