LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 11, 2011

trip ke Kb - Jerantut. -OK-

cuti ni memang pack, schedule penuh dengan kenduri kendara... sekejap Pasir Mas, sekejap Rantau Panjang, dan Pasir Mas balik...
lain-lain, dekat aje.. 

Most Waiting Moment tentula tunggu MBB datang rumah untuk ke Jerantut... =)
dia sampai dalam pukul 12.30 macam tu.. kemudian g solat Jumaat dengan Abah.. setel-setel semua, kemudian pergi kenduri kawan... tapi takde pict pun sebab tak rasa nak amik gambar pun... taktau kenapa musim ni memang takada rasa nak bergambar pun... =(...

kemudian berlaku salah faham antara saya dan MBB, opss tapi bukan gaduh.. saya faham lain dia faham lain... dia ingat ada lagi kenduri kat Bukit Bakar, Machang, sedangkan kami dah pergi satu-satunya kenduri kat Bukit Arang tadi... so, alang-alang heading ke atas, kami terus ke Kb... sampai pun dalam pukul 4 dah...
tapi betulla dunia ni kecil aje.. terjumpa kawan satu IPG, Azwan atau lebih faymes dengan panggilan sarjan kat KB Mall tu.. ingat nak cari Sabri dengan makwe dia, tapi tak ada jumpa lak...
balik KB dalam pukul 7.30, misi mencari hotel dekat Kuala Krai berdepan kesukaran sedikit... huhuhu, semua berpunca daripada sikap sendiri jugak sebab tak alert dan pikir positif je.. amikk kau... ingatkan kat bandar kecik ni, takada sapa yang nak datang. sebab bukan ada tourism attraction pun kan.. tapi rupanya semua hotel(bajet macam banyak je hotel kat cini.. hahaha) penuh disebabkan oleh kenduri2... kali kedua punya pengajaran, lainkali book hotel dulu... nasib baik, dapat jugak bilik tuk MBB bila sorang owner tu kecian kot, dia bagi bilik baru renovate, 2 katil queen, luas giler, dengan harga rm70... tapi tak ada tv lagi.. sebab bilik tu baru je siap petangnya... tapi ok, MBB sangat puas hati... malam tu jugak Sabri datang dari Pasir Mas ke kuala Krai tuk stay bersama MBB sebelum esoknya ke jerantut..

trip ke jerantut, ok... seronok dapat bersama orang yang kita sayang.. perjalanan yang lama pun rasa cam kejap je... kami sampai Kuala Lipis dalam pukul 10.30 selepas bertolak dalam pukul 6.40 dan berehat di R&R Gua Musang dekat sejam jugak... kemudian masuk Lipis sebab nak jumpa Amali.. pergi saing dengan dia.. dalam pukul 11.30 jugak baru gerak ke Jerantut... 
jalan Lipis-Jerantut, wow! tu aja yang mampu cakap, tapi no wonder la kan.. Pahang kan negeri besar kat semenanjung ni... tapi seronoknya sebab dapat kenal tempat orang... boleh tengok bandarnya macam mana.. lain padang lain belalang kan...

sampai dekat Jerantut, dekat dengan umah pengantin, tunggu sebuah kereta dari Terengganu sampai dulu... kemudian baru jalan ramai-ramai pergi kenduri... pengantin, Alina dan Amri, berseri-seri, maklumla seri pengantin tu naik kat muka.. tumpang gembira sekali untuk diorang... 
ramai juga kawan satu maktab dapat jumpa... tapi sebab musim ni banyak kenduri kendara, so bilangan yang datang tu dah berpecah-pecah.. tapi takpela, ramai lagi tengah tunggu turn, boleh jumpa lagi masa depan kalau diizinkan ALLAH... 

ima dah pregnant... hepi for her...



suke gambar ni... ^_^




lepas makan-makan, bergambar semua, time to say goodbye la kan... oh ye, sabri follow orang lain lak sebab dia nak g KL ambil mak dia, Amali masa tu taknak balik lagi sebab baru je jumpa Gf.. Kami lak, ada plan lain.. plan apa, nanti cerita, penat dah menaip..lagipun cerita yang tak berapa nak dikenang pun.. hehehe

p/s; kepada semua kawan yang melangsungkan perkahwinan, pertunangan, tapi tak berkesempatan nak pergi tu, saya doakan jodoh anda dipanjangkan sehingga ke akhirnya... =)


trip to Cameron Highlands

best..
walaupun singgah kejap je.. =)

tapi sangat sayang sebab tak dapat nak kutip strawberi... bukan musim dia  lagi...
tapi bulehla masuk tea plantation tu..






adik-adik jela yang masuk, sebab empunya diri dah penat..


sempat juga singgah2 tengok barang kat kedai teh tu, tapi tak beli pon, kat cameron ni, kalau nak murah, kena beli kat pasar Brinchang (setakat yang diketahui, taktau betul ke tak, tapi strawberry murah giler kat sana), tapi pasar tu, petang je... dalam pukul 3 camtu dah ada dah..



paling best, mungkin part aiskrim strawberry homemade.. best2. tapi kena pandai pilih kedai yang jual jugak.. ada yang sedapppp, dan ada juga yang tak...
sebagai minah bunga.. tak terkecuali jugak bila tengok bunga-bunga yang cantik tu juga merupakan best moment...hehehe, 
tempat-tempat lain, tak g pun... sebab excited nak balik rumah.. huhuhu...
kalau ada kesempatan, mungkin akan singgah lagi.. =)



muka nerd  =p

rembat satu!!



akhirnyaa......

May 27, 2011

CH, WCY here we come...

Hahahah, sori tak ada modal nak update.. dah mood bercuti... lalalalala, cuma nak bagitau apa aktiviti hari ini dan  esok... hari ni mau pergi amik adik kat stesen bas petang ni. Dorang datang sini sebab mau temankan saya balik kampung. sebenarnya diorang tu ada udang di sebalik mee, huhuhu, dorang dah bodek2 kakak mereka yang sangat baik hati ni tuk singgah ke Cameron Highlands..

alang-alang katanya.. kalau ikutkan memang akaknya mahu terus balik pas kelas hari ni.. tapi kesian pulak kat adik2... bila lagi nak bawak mereka jalan-jalan kan... hihihi, tau  sangat tujuan dorang tu.. nak masuk petik2 strawberry dan tengok ladang teh..

lokasi serangan 

so fikir punya fikir, decide balik esok... sebab kalau nak menyinggah lama-lama kat Cameron tuh, takut tak sempat... nanti gelap kat Lojing, Gua Musang, naya je... kalau esok ok la, bolehla dorang camwhore sepuas hati... baik tak? baik tak? hihihi...  cuti ni memenuhi masa terluang dengan attend kenduri kahwin dan shopping kain kat cikgu sekolah... banyak jugak dorang order ni... ingat kalau jadi nak pergi Wakaf Che Yeh la..

kain 4 pasang Rm50
boleh cuci-cuci mata sambil memborong sekali.. mau rabak poket nanti, balik Perak, miskin.. jangan boros, jangan boros.. nanti nak pindah... nak guna banyak duit.. T_T
rasanya 2 minggu ni mungkin tak update blog, dan mungkin berlanjutan ke angka 3 minggu sebab nak tunggu  internet masuk.. hmm ada potensi cakap dengan dinding nih.. =p
buat semua kawan-kawan, have an enjoyable holiday...  semoga selamat pergi dan selamat kembali... jom kita cuti2 Malaysia..
 Gambar : Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...