LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 9, 2013

short trip to Teluk Batik & Pantai Merdeka

Meskipun kami tak ada betul-betul satu plan honeymoon.. sepanjang 6minggu cuti.. boleh kata memang berjalan jela kerja kami selain dari rutin wajib balik rumah kelantan - kedah kan.. nak buat satu entry memang tak padan sebab kebanyakannya day trip je.. so rangkumkan 2in1 jela..

Short trip ke Pantai Merdeka, Kedah masa 5.12.12..  pergi dengan family MBB.. Pantai Merdeka ni faymes  jugakla, kalau tak, takkan la orang buat lagu kannn.. kat sana menginap dekat Merdeka Beach Resort... satu chalet tu ada 2 bilik, satu bilik air.. rate, lupa.. haha, tapi ada website dia.. kalau berminat, korang leh check kat sana.. kebetulan masa kami pergi tu, ada Karnival Pantai Merdeka.. macam uptown la lebih kurang... 

Photo: Eskrem pantai merdeka
petang-petang, makan aiskrim, mengadap pantai.. memang da best la.. :p
Kat sini, air dia tak berapa cantik sangat.. sebab macam ada lumpur (kot) sebab tengok ada hitam-hitam bawah dia.. dan sekeliling pantai dia dah ada batu binaan penahan ombak.. so, kalau nak jalan pesisir pantai.. kena tunggu air surut dulu, baru nampak pasir.. kalau air pasang, memang air sampai ke tebing simen tu..

Kat sini, kami tak wat pe pun, mandi kolam pun tak, mandi laut pun tak.. malam nya cuma buat BBQ je.. haha, tu pun curi-curi buat.. sebabnya ikutkan memang tak boleh memasak dalam kawasan chalet.. redah je selagi tak kena marah...
waktu pagi, air surut.. so boleh nampak pasir dan jalan2 sepanjang pantai

yang macam pulau kat belakang tu bukan pulau, tapi Tanjung Dawai..

ada satu jeti tapi taktau bekas jeti ape

ngeh2..  hanya yang dah kawin buleh try aksi ini.. :p
Kami bercuti sehari je.. esoknya, balik.. bolehla.. kenal-kenal tempat orang.. yang penting dah tinggal tapak kaki den kat sana.. hihihi

Teluk Batik, Perak masa 12.12.12 haritu.. sebab bosan duduk dekat rumah, saja jalan-jalan bawak MBB kenal (padahal diri sendiri pun tak penah jejak kaki ke Teluk Batik ni sepanjang 2 tahun duk Perak.. haha).. Pantai dia cantik tak macam Pantai Merdeka.. memang untuk mandi manda.. memang ngok jugak, pergi tempat camtu tapi sehelai sepinggang, pastu dah decide pula nak bermalam kat sana.. so malam tu dengan gigihnya pergi cari baju kat Giant.. haha.. tapi sebelum tu sempat lagi merendek ke mall baru bukak, Aeon Seri Manjung.. siap boleh gi jalan2 kat umah member lagi..





Lepas settlekan beli baju, kami terus ke hotel.. walk in guest je.. stay kat Marina Cove Resort.. dia hotel + apartment.. banyak gila blok dia.. belum lagi campur yang tengah bina.. masa mula-mula lalu tadi cam takut je nak duduk sini sebab nampak eksklusif.. dia siap ada mini taman tema air sendiri tau.. tapi rate dia 150++ je.. ada juga rate lain untuk bilik yang balkoni dan semestinya menghadap laut.. yippi!!! dulu kat sini dkenali sebagai sherwood, tapi dia dah tutup  perkataan sherwood tu.. xtau kenapa..

Photo
mini taman tema air
blok apartment + hotel
Kami stay pun sehari je.. sebab unplanned kan.. Teluk Batik dah, pasni nak try pergi Teluk Senangin pulak.. orang cakap kat sana lagi best dari Teluk Batik.. :)


>
>

January 6, 2013

Epilator

Pernah dengar tak ape benda epilator ni??


Ni la rupa epilator.. 
Kegunaannya??



haaaa.. untuk buang unwanted hairs kat badan kita..
Perkataan 'bulu' ni macam taboo sikit kan untuk kita cakap secara terbuka sebab majoriti akan rasa
banyak bulu = malu..
nak-nak perempuan.. geli tauu..  kalau setakat ada bulu kaki halus its ok la untuk yang menutup aurat tapi camana dengan underarm hairs tuu atau lagi senang cite 'bulu ketiak'?
opkos la kena servis kan... 
banyak pilihan when it comes to hair removal..
you can simply shave it, wax, use tweezer or epilator.. 

Epilator ni fungsi dia sama macam tweezer atau pun wax je.. cuma lebih convenient dari segi kos dan masa..
sebab, guna epilator ni keluar modal sekali je, lepas tu guna la sampai rosak.. compared to wax kan...
dengan tweezer memang saves times a lot..

I used to manually pluck my underarm hairs using tweezer, and it really takes time!!
dulu takpe, banyak masa terluang.. 
tapi sekarang dah berlaki, tak cukup masa rasanya nak spend for that kind of 'service'..
saya memang dari dulu lagi tak guna shaver, sebab taknak nanti lebih lebat + kasar bulu yang tumbuh lepas tu..

so i get myself this one...(errrr MBB sebenarnya.. :p).


limited edition punya.. ada yang untuk underarms, leg dan tweezer yang ada lampu.. kalau dalam manual tu untuk cabut bulu kening.. 
setakat ni saya guna yang underarm je.. yang lain2 takde keperluan lagi..  tetiba rasa buat ape la pegi beli yang set ni.. padahal guna satu je pun.. tamak haloba sungguh.. mentang-mentang orang bayau kan kan..


Harga masa beli ni ada diskaun rm20.. Actual price Rm199.. so dapat dengan harga Rm 179.. mahal mungkin sebab satu set..
tapi kalau yang single je, masa tengok hari tu range price dalam Rm 59-Rm109..  tu harga untuk brand Panasonic dan Philips..
boleh try cari dekat Aeon..  
okla kan.. bandingngan spending puluh2 ringgit beli wax, spending 1-2 hours plucking the hair, atau beli shaver, yang ni lebih menjimatkan untuk long term use..
memang menjimatkan masa dan wang..
berbaloi beli.. :)



>
>

January 4, 2013

tirai 2013

Baru nak buat entri konon2 baru masuk tahun baru, 2013.. Tirai 2012 ditutup dengan satu transisi baru dalam kehidupan.. dari Cik ke Puan..Alhamdulillah, satu fasa kehidupan telah selamat ditempuhi.. menginjak ke status seorang isteri (walaupun rasa sekarang cam masih di zaman bercinta + orang bujang je, hahaha).. Nak kata merangkak pun tak layak lagi.. sebab memang terlalu baru sangat2 lagi.. Fasa seterusnya?? Hanya ALLAH yang tau.. rezeki semua dari DIA kan.. cepat ke lambat ke, kami terima dengan redha, sementelah kami pun bukan sebumbung... cuma doa kami, jangan ditarik nikmat zuriat dari kami.. aminn.. 

Minggu pertama sekolah, tak sempat nak bernafas lagi.. sebabnya tahun ni banyak betul kejutannya dari segi kerjaya.. mana taknya, dah dilantik jadi GK HEM.. orang ketiga terpenting sekolah, sedangkan pengalaman jadi cikgu pun baru 2tahun.. GK HEM yang lama dah pindah... memang berat sangat nak terima, tapi nak taknak memang kena terima.. so i take it as challenges, orang dah percaya kat kita.. why not cuba dulu kan.. at least bagus untuk perkembangan kerjaya.. tapi jangan salah sangka, saya bukan naik pangkat pun.. sebab kat sekolah (sekolah saya sekolah kurang murid) memang takde yang berjawatan Penolong Kanan pun.. yang ada hanya Guru Kanan sahaja.. maksudnya memikul tugas dan tanggungjawab yang sama, cuma bezanya PK ada elaun tanggungjawab dan GK tak diberi elaun.. :) but i do believe, money can't buy the experience.. errr...except for some cases ;p...  so terima dengan hati terbuka, dan get ready with tonnes of work.. hohoho..

Dah2 cite sal keje.. Cite pasal our long distance relationship, MBB masih macam tahun-tahun lepas.. maksudnya, masih duduk di pedalaman hutan Borneo, keluar sekali seminggu.. turn untuk keluar 2minggu sekali masih tak tentu lagi..sebab belum ditentukan bila kelas tambahan UPSR akan bermula.. dan tempat dia duduk tu masih tak ada line telepon.. T____T.. harap2nya janganla awal sangat.. tahun lepas rindu sampai nanges2 tau.. dahla boleh contact hujung minggu je.. ni pulak nak kena tahan sampai 2minggu.. huhu.. cengeng sungguh bini dia ni kan..  tu time manjaaaa.. time datang keras hati, mmmm sabo jela kannn.. :))


Azam tahun baru?? rasanya nak menjadi seorang isteri dan anak yang baik.. yang dapat membahagiakan my family.. tu jela kot.. banyak2 nanti tak tercapai pulak kan.. Wishlist pulak?? takut sebenarnya nak letak.. sebab takut nanti berharap, tak dapat; kecewa.. lepas tu gheyauu sorang2.. huhuhu.. tapi yang pastinya ada tiga jela kot.. 

1. Turunkan berat badan ke berat sebelum kawin (52kg), 50kg is better ^^
2. Nak pusing2 Borneo
3. Nak belikan MBB something yang dia dh lama aim; kalau boleh on his birthday

So kena start saving, tak leh nak boros2 dah.. hukhukhuk.. T___T.. korang pulak camne?? share lah.. :)


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...