LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 20, 2013

Gaji Kakitangan Awam naik..

Alhamdulillahh... alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.. diluaskan rezeki lagi.. naik gaji ni rentetan pengumuman PM awal tahun dulu yang kakitangan awam akan dapat pendahuluan KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) pada JULAI.. sekarang ni dah disahkan.. akan berkuatkuasa 1 Julai nanti... maksudnya tahun ni ada 2 kenaikan tangga gaji.... 

SUMBER : BHarian

Dan.. ikut pemahaman sy la kan, dekat para 17 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 2013, pemberian KGT ini juga tidak mengganggu KGT tahun 2013 dan tahun seterusnya... aminnn..   sebabnya kerajaan bersetuju bagi faedah pemindahan gaji ni disebabkan kajian pasal masalah struktur gaji hanya akan selesai sebelum 31 Disember..



Semoga dengan limpahan rezeki dari ALLAH ni akan menguatkan semangat dan daya produktiviti kita.. aminnn... :))

>
>

June 19, 2013

Pencarian Hospital Untuk Bersalin

Hari Jumaat bersamaan dengan 31.5.13, dengan bersemangatnya pergi survey hospital la kononnya.. sambil2 nak scan 3d ..tapi tak sedar diri sedang berada di bumi Kelantan.. pergi pulak dekat2 lunch hour.. memang mendapatla.. klinik kebanyakannya tutup dan information center pulak kebanyakannya rehat.. huhuhu.. adehhh.. Tapi berjaya jugak survey 2 tempat.. dua tempat jela.. dah timing tak kena kan..


1. Kota Bharu Medical Centre


harga sama macam pamplet haritu, RM1690 untuk normal delivery.. lain-lain dalam pakej ada dalam pamplet kat bawah ni..


Lepastu tanya dia prosedur untuk book.. dia cakap kena datang buat checkup di KBMC sekali pun dah dikira booked..  okla kan.. tanya2 ok tak kalau time 8bulan baru datang book? dia cakap anytime je..
then deposit RM1000.. kalau kita terberanak dekat tempat lain, deposit akan dipulangkan.. bagusla tu kan.. yela, manala tau apa nak jadi time-time2 macam tu.. nak-nak dari rumah parents ke KBMC tu bukannya dekat.. Doktor pun buleh pilih.. semestinyala kan.. itula kelebihan hospital swasta.. ingat nanti bulan 8 baru nak gi book dan pilih doktor semua... eh2.. secara tak tersengaja dah reveal yang pilih hospital ni la kan... :)... itu pilihan setakat ni la kan.. masih ada 3 bulan lagi. mana tau kot2 berubah hati atau dapat pilihan lagi bagus kan...


2. Perdana Specialist Hospital.


Hospital under KPJ healthcare.. bila tanya package bersalin ada tak, front desk officer tu jawab tak ada.. kira memang tak ada fix rate tertentu.. tapi bila tanya anggaran untuk bersalin normal.. jawapannya RM5k.. huahuahua.. terus kami angkat kaki jela...  sebab tau tak mampu.. itu normal.. belum kalau kecemasan.. bukan mintak, tapi ongkosnya tetap kena sedia kan.. kan..kan.. orang kerja kerajaan mana ada klinik-klinik panel bagai atau insurans untuk cover bil perubatan.. melainkan kalau ke govt hospital jgk..  kat sini pun takde sistem book.. walk in sahaja...  hehehe, tak apela, lain kali mungkin ada rezeki lebih, bulehla try beranak kat hospital ni.. :)

3. HUSM


Hospital under Universiti Sains Malaysia.. sebenarnya tujuan utama nak pergi tanya untuk bahagian yang private punya.. sebab bila buat research, ada yang cakap kat HUSM ni kita boleh pilih untuk private , under Usains dan dikendalikan oleh semua prof-prof je.. betul ke x, itu yang nak gi tanya.. malangnya, kami sampai ngam2 pukul 1.. kat kaunter pendaftaran dan pertanyaan dah tutup.. so tak dapatla nak konfirmkan sendiri betul ke x ada servis tu... insyaALLAH kalau sempat, bulan 8 nak gi survey lagi.. 


Tiga ni jela yang sempat kami pergi.. sebab lepas tu masing2 dah malas. kalau ikutkan nak pergi survey kat Pusat Bersalin An-Nisa dan Klinik An-nur.. tapi dah takde mood.. dahla pusing2 cari klinik yang offer 3D scan macam klinik TMC, Klinik Ang, sume tutup.. sebab hari Jumaat.. memang tak ada rezeki kami nak tengok baby..  

so setakat ni stick kepada KBMC dulu.. mommy dan daddy tengah gigih mengumpul duit nak bayar bil hspital.. plg kurang kena ada 7k dalam tangan.. hukhukhuk... semoga diluaskan rezeki.. amin...

>
>

June 18, 2013

hospital checklist & newborn checklist


google checklist utk newborn..  tertarik dengan  checklist kat atas ni.. kredit to the blog owner..
pinjam ye.. sebab ada dengan detail berapa pasang paling minima kena ada clothing n etc..
yela.. newborn ni kan cepat membesar dan pada masa yang masa kuat poo-poo.. kalau beli sikit sangat, karang, tak cukup baju lak..
beli terlebih, nanti membazir..
so bolehla jadikan panduan kan..

yang bawah ni pulak checklist ke hospital..
checklist berbeza ye sebab barang2 kat bawah ni la yang akan kita sumbat dalam beg dan bawak gi mana-mana bila dah 36weeks keatas..


sharing is caring.. :))
>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...