LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 31, 2012

jadik mangsa

>

>

arini saya kena ganti PK KOKO untuk mesyuarat kejohanan olahraga kelompok.. okla saya tak kisah pun sebab dia pun kena iring budak pergi badminton peringkat daerah.. sebab bila pergi mesyuarat macam tu saya boleh belajar sebalik tabir sesuatu program tu daripada segi kesepakatan ahli dalam memastikan sesuatu tu berjalan lancar


tapi yang tak bestnya bila saya lak yang kena marah dan blame tentang sesuatu yang diluar bidang kuasa saya...
what the h*** la kan..  sebenarnya benda ni berkaitan dengan penganjuran badminton tempoh hari tu..  secara lebih tepat berkenaan surat iringan membawa murid.. yang dekat sekolah cakap dia tak dimaklumkan, daerah yang uruskan, entahla, saya pun tak tau salah siapa dalam hal ni kalau ikut cerita tadi rupanya daerah memang simpan dan peram surat tu.. nak bagi masa hari lawan, so silapnya cikgu sekolah tu sebab adalah sepatutnya dia dapatkan surat tu daripada pihak daerah dan uruskan kepada yang bertanding.. dan pihak daerah salahnya adalah tak bolehla peram camtu je surat tu dan bagi alasan nak bagi kat sana sedangkan perjalanan budak ke venue atas tanggunggan guru pengiring.. last2 korang terlepas, saya lak yang kena.. 

siapa pun yang salah, bagi saya tak patut condemn saya walaupun saya merupakan wakil tuan rumah pada majlis tu.. kat mesyuarat yang tak ada kaitan dengan benda tu lak tu.. lainla kalau masa post mortem ke bulehla nak kondem kaw2.. ini, kalau betul pun salah cikgu sekolah saya, kenapa perlu blame saya seolah2 saya yang bertanggungjawab buat kerja tu? kalau memang tugas dan tanggungjawab saya, saya rela dimarah seribu kali pun, ini lain orang kerja, lain orang yang kena bambu... huhuhuhu.. kalaupun nak dijadikan teladan untuk penganjuran kali ni, tak perlu kot nak beria komplen, macam nak menjatuhkan maruah sekolah kami pun ada, padahal yang slight mistake itu je, hari penganjuran clear, berjalan lancar.. kami tak condemn pun hal pengurus pasukan tak sediakan pemain untuk tugas jaga garisan.. macam2 betul.. rasa unfair sebab kena blame dan condemn atas benda yang bukan kerja kita dan di depan wakil2 sekolah lain..  rasanya kalau slow talk dan cakap baik2 kan lagi bagus lagi duk ungkit2.. just straight to the point.

kemudian ada lak sorang makhluk ni menambahkan bara di jiwa.. siap announce kat mesyuarat tu pesanan khas tuk PK KOKO saya supaya hantar laporan pertandingan dekat dia...  off record katanya dan siap mintak maaf sebab benda tu luar intipati mesyuarat...
hah, sedar pun... pe motif cik kak tu cakap macam tu?? kalau dah off record rasanya buleh je kan lepas mesyuarat tu dia bagitau saya personal.. and kalau nak tahu, cik kak tu duduk sebelah saya je.. bukan meja bertentangan atau sebatu pun.. saje mengada2... tak perlu la nak bagi semua orang tau kan..
entahla, hati manusia memang tak dapat nak diduga..
dan yang pasti, niat saya nak dapat ilmu dengan menghadirkan diri ke mesyuarat tu bawak malang pada diri sendiri. huh!

p/s: tadi sanggup tak makan tengahari sebab sekolah tu makanan dia sedap, last2 jadi macam tu, lepas mesyuarat, terus balik, takde mood nak makan. 

3 comments:

Super Ummi said...

sabarlah banyak2..
manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain...
mmg sakit hati kalau jadi hal cmtu... bukan salah kita tapi dipersalahkan... sabar lah ye..

:sour n sweet: said...

sabar sis..uhu...mcm2 betul kn...tetiba tkut nk mnempuh liku2 hdup sbg cekgu 20-30 thn lg...T__T

Unknown said...

hana: aah.. geram gila... tapi rupenya, cik kak tu mmg tak disukai pun kat sekolah dia...
aiman: secara lebih tepat nya 33 tahun lagi.. tapi aiman, 36 tahun lagila.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...