Sebenarnya nak kongsi cerita pasal kawan yang dapat layanan buruk hanya kerana setem 60sen! Setting tempat ni opkos la kat pejabat pos.. kawan ni nak pergi beli setem sebab nak pos kad kawen, mulanya dia plan nak pergi beli setem 60 sen je, tapi ntah macam mana dia tertunjuk pada kerani pos sampul kad tu.. dan tanya setem berapa sen guna untuk pos kad tu, so kerani tu cakap 80 sen..sebab sampul dia kaler pink... tapi kawan tu bagitau dan tanya, kawan sorang lagi pos sampul kaler yang sama 60 sen sampai je.. kenapa polisi antara pejabat pos berbeza? kerani tu jawab, memang tak patut pejabat pos tersebut benarkan sebab nanti penerima yang akan kena denda.. siap membebel-bebel lagi marahkan pejabat pos lain...
so kawan saya lepas tu call saya tanya pendapat saya. samada nak beli setem 60sen atau 80sen, saya pun taktau nak bagi pendapat camana sebab memang sepatutnya 80sen sebab sampul berwarna tu kira mel bukan standard.. tapi bila memikirkan kawan sorang lagi kad dia sampai je ke tangan tanpa denda kepada penerima, saya lost words... ingatkan benda tu habis situ sebab kawan saya memang bertekad nak beli setem 60sen jugak..
tapi.... tak, rupanya lepas dia masuk balik tu dan nak beli setem tu, kerani tu siap malukan dia depan ramai-ramai orang dalam pejabat pos tu.. dia tanya dengan ayat yang kasar
"awak nak beli jugak ke setem 60sen?
"tunggu kejap" siap pergi ambil buku dalam pejabat tunjuk dekat kawan saya sambil cakap,
"awak tengok ni betul-betul, nampak tak ni? sampul awak tu bukan mel standard. sebab tu kena 80sen, ke awak rabun? tak nampak ni?"
bila dah dapat cam tu, dengan semua orang tengok dia, memang naik angin la kawan tu kan, dia balas balik pun dengan kasar jugak la bagitau dia tak jadi nak beli dan nak g tanya yang lebih arif.. kerani tu lepas dengar macamtu, siap hempas buku tu depan-depan..
saya tak berada dalam setting tersebut, cuma dengar cerita sebelah pihak je.. tapi kawan tersebut tu setakat yang saya kenal bukanlah jenis yang mudah naik angin atau bercakap kasar dengan orang sebab orangnya pun lurus takde bengkok-bengkok, tak macam saya yang mudah berangin sebab saya punya layanan kepada orang berdasarkan layanan orang kepada saya... baik orang layan saya baiklah saya layan, tapi kasar layanan, maka itu jugaklah yang akan saya buat :p
bukan nak menyebelahi kawan saya tu sebab memang ada jugak salah dia sebab memang sepatutnya pun guna setem 80sen.. cuma pada pendapat saya, pejabat pos sebagai sebuah entiti swasta, tambah lagi sebagai frontwoman, sepatutnya servis kepada customer harus tiptop.. even memang salah customer, rasanya tak patut dan tak ada hak untuk dia memalukan customer di depan customer-customer lain... kalau terangkan elok-elok tak ada salahnya kan.. tak perlu sampai seolah macam nak bagitau satu post office.. kemudian terpulang kepada customer untuk decide.. pasal denda tak denda tu rasanya terpulang pada dia la untuk pikirkan kan,,, saya rasa kalau dia explain elok-elok, mungkin kawan saya tu terbuka hatinya nak beli setem 80sen.. tapi bila outcome macam tu, jawabnya memang tak la kan... dan memang saya berani jamin, lepasni confirm kaki dia tak jejak dah pejabat pos tu.. saya yang dengar ni pun gerun dan rasa memang selagi tak terdesak, saya pun tak nak pergi la pejabat pos tu... front desk service teruk... nasib baik dah tunjuk kat pejabat pos sini kad kawen, akak tu kata 60sen je... selamat.... ^___^...
Bulan pose ni tak baik marah-marah.. jom kita sama-sama tahan nafsu amarah dan jaga budi bahasa especially bila dealing dengan customer kita... doakan saya sabar dengan my prior client aka kanak-kanak kat sekolah tu ye...
p/s: betul atau tak, sebenarnya orang kaunter lebih cenderung layan orang berdasarkan pakaian kita, kalau selekeh2, layanan pun ala kadar.. yang menyemart macam orang-orang besar layan bukan main lagi pastu kalau muka ala2 remaja (:p) atau best word muka cam muka orang tak keje pun dapat layanan hampessss.. masuk kedai, tengok pun tak.. huh! diskriminasi sungguh!!!
>
6 comments:
Memang boleh menaikkan kemarahan kalau macam tu...bukan sebab stem 60 ker 80 sen tu..tapi sebab layanan buruk tu...ggggrrrr...
@aTy _faRed~ tula pantang betul kalau kerja kat kaunter tapi garang cam singa..
setuju ze...kalo nk gi bank ko, klinik ko, pejabat pos ko..kena pakai pakaian kerja n pakai name tag besar2..baru diorang respect & bagi layanan yang elok..kalau x, hampeh... paling terasa bila g klinik kerajaan...nurse2 layan kita mcm layan budak sekolah...ak banyak kali kena..mentang2 muka ak xcukup mature...haha
@nmkhairulazlan tau takpo.. aku sokmo kena.. ingat aku takdok duit kalih..
kenapa la manusia suka tgk luaran kan :((
@anaztasias nora aira bila selalu kena, saya selalu ingatkan diri sendiri jangan nilai orang dari luaran.. yela kadang2 kita termengumpat orang dalam hati bila tengok pakaian dan luaran orang..
Post a Comment