LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 20, 2013

2nd Checkup

Okey, second checkup ada bad news dan gud news oso.. gud news nya sebab hb naik.. :) dah jadi 11.1.. walaupun naik 0.2 je, dan lepas paras normal sikittt je, tapi okey la kan...satu pencapaian besar sebabnya memang sepanjang tempoh sebulan ni langsung tak consume seafood + 2minggu lately ni, asik makan lepas tu muntah je memanjang..  


So okey jugak la consume Sangobion. sebab dia takde bau macam folic acid yang klinik bagi mahupun macam iberet folic kan.. so misi cakap teruskan pengambilan pil ni..

Bad news nya pulak, berat turun.. -1.5kg tuu... dah jadi 54.8..  sebelum ni 56.3.. mana tak turunnya kalau dah makan, tapi lepas tu muntah.. tapi yang nasib baiknya sebab even lepas muntah, masih boleh makan, cuma kitaran tu akan berulang la.. selagi makan, selagi tu akan muntah.. nasibla setakat ni misi yang jumpa tu sume baik2..tak ada nak marah.. lucky me la kan. :)

Kemudian, hari ni kan, kelas full, dari 7.45  sampai 1.05.. rehat cuma dari 10.45-11.05 je..  hari yang penuh dengan kelas = stress.. nak2 hari ni buat saringan LINUS.. makanya tekanan darah pun agak tinggi sikit.. sikit je.. xbanyak pun..

Lepas tu, harini pulak lupa nak bawak air masak kat sekolah. makanya dengan tanpa berfikir panjang, daku terus mengorder air dekat kantin sekolah yang sangat manis ituuu... bayangkan.. segelas air anggur dia, saya boleh jadikan 2 gelas yang sama untuk neutralkan rasa manis tu.. bayangkan betapa manisnya.. makanya, bacaan gula pun tinggi.. ditambah lagi dengan langsung tak consume air masak hari ni.. so memang terkena double la.. hari checkup boleh pergi minum manis2 dan boleh tak minum air masak langsung.. 

Sudahnya, kena jumpa doc.. tapi doc tu rilek2 je.. dia cakap pembawakan budak je ni.. dia bagi ubat tahan muntah.. nak bagi makanan masuk jugak dan berat naik.. dan nak tengok progress dalam masa 2 minggu lagi.. yakni 2/4/13.. oh maiiii.. adakah bermaksud rutin checkup sudah berubah dari sebulan sekali kepada 2minggu sekali??? oh tidak!!!


Nak buat cmana, hari Selasa memang tak boleh nak tolong la... rasa tak boleh bernafas langsung.. jadual pack betul.. tadi pun pergi hantar budak ke bengkel bahasa inggeris dulu baru boleh gi checkup.. mintak dengan nurse tukar tarikh checkup buat selain hari Selasa pun tak dapat.. Sebab sudah ditentukan kawasan tmpat tinggal tu checkupnya hari sekian-sekian.. dan area perumahan saya ni memang checkup hari Selasa.. huhuhu.. kalau Selasa memang alamatnya boleh jamin la xberapa nak cantik la resultnya...  melainkan kalau pergi checkup pagi.. tapi kesian pulak budak2.. tak belajar pulak diorang, sebab bila gi pagi, terpaksa tinggal paling sikit pun 2 kelas..  dilema betul la.. tapi nak try jugak tengok beza gi checkup pagi dan petang.. mempengaruhi ke tak sebenarnya jadual yang penuh itu.. berasas ke tak inferens yang dibuat tadi.. hahahha

tapi yang paling penting, memang boikot air kantin sekolah.. tak pasal2 karang kena diabetes masa mengandung.. xmau! xmau! maka dengan ini secara rasminya, air yang boleh diminum cuma air masak sahaja.. sehingga keadaan bertambah baik.. errr sesekali teringin tu bolehla kot.. ngeeeeee... :p


>
>

10 comments:

Unknown said...

Jaga diri elok2 ze....

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

HB saya pun tinggi.. stress keja lah kot. tapi air masak memang susah sangat nak minum..

Unknown said...

@nmkhairulazlan insyaALLAH nik.. :)

Nursaila Norman said...

jaga diri n baby baik2 yer :))

Unknown said...

hb jijah masa 3bulan naik.. ni masuk 4bulan trun mdadak..adeh2...

jaga diri baik2 k yunk :)

cik chinta said...

air tu ptg. pstikn ad je spare dlm kte. me, klo mlm je da redy air msk dlm beg. bse r, pg2 kdg kelam kabut. ehe. bse klo cek up ptg jantung cam x bape cantik r beat nye. sbb pnt kn. tp mmg rs bsalh klo tglkn kls kn? uhu. tp ske g ptg, sbb xrmi org. sbb x brebut dgn suri rumah yg sllu nye g pg2. ehe.. best r, da nek hb. kt cek up fridy ni. hrp nek r. ahaa

Unknown said...

@Nursaila Norman insyaALLAH saila.. :)

Unknown said...

@azizah :) tula.. mslh hb.. susah betul nak jga.. untungkan sape2 yg tak bermasalh hb ni

Unknown said...

@cik chinta betul2.. ptg dah flat.. blum kira tekanan menghadap budak lagi.. nak tggal kelas mmg tak sanggup sebab kita dibayar gaji untuk mengajar kan.. even kedua2 penting tapi mmg kesian kat budak2.. ptg mmg line sangat clear.. pagi, lahai.... mmg bersusun2.. siap rasa nak tlg misi bukakkan tingkap lagi haaa

Super Ummi said...

kesiannya shizan...
pack sangat waktu tu.
takpe2.. nanti baby pun rajin macam mak die..
take care ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...