Dalam dilema sebenarnya sekarang ni.. berkait dengan cuti bersalin.. sy punya due 24.9.2013.. opkosla due tu bersamaan dengan 40weeks kandungan kan.. tapi biasa orang akan apply cuti bersalin lagi awal.. tak kisah la seminggu ke dua minggu ke or lebih.. yang biasa tak apply cuti bersalin awal ni biasanya yang memang duduk dengan parent ataupun dengan suami.. Tapi as u all dah tau, sy memang sebatang kara je kat Perak ni.. menyewa pun sorang diri n MBB kat Sarawak; noted; in RURAL area.. yang tak ada line hp dan line internet yang hanya available di sekolah dan kadangkala hidup segan mati tak mau.. Antara dilemanya sekarang ni adalah
1st: Jumlah cuti bersalin... saya amik 60 hari je.. sebab kalau amik 90hari, memang dah termasuk dalam cuti sekolah hujung tahun yang akan bermula 16/11.. jadi rugi la kalau apply cuti dalam cuti... so sy dah decide, cuti 60 hari je.. rugi ooo incase masa depan nak beranak ramai ke..
2nd; Govt servant hanya boleh amik cuti 2minggu awal dari tarikh due.. so kalau sy nak amik awal 2minggu, means 10/9 tu sy dah boleh bercuti.. tapi sy kena masuk balik sekolah/kerja dari 11/11-15/11 yang mana sangat tak best dan tak menguntungkan.. sebab bila balik Perak, nak masuk kerja, nak kena cari babysitter.. hanya untuk tempoh seminggu.. tinggal pada parents?? rasa macam tak sanggup nak berjauhan walaupun hanya untuk seminggu.. so sy plan biarla saya cuti terus direct sampai bulan 1.. so kira punya kira dari tarikh last persekolahan, 60 hari cuti bersalin tu ngam-ngam jatuh seminggu sebelum due.. iaitu selasa 17/9.. so kalau sy nak balik sy boleh start balik 13/9.. sebab isnin tu cuti hari malaysia.. tapi persoalannya, macamana kalau terberanak awal? minggu 13/9 tu dah 38weeks dah.. biasanya ramai yang bersalin awal kan.. minggu 38 biasa adalah minggu yang feveret baby kuar.. sepatutnya waktu tu dah standby duduk kat rumah.. bukan terhegeh2 baru nak balik..
3rd: Untuk menyelesaikan masalah kat atas, sy plan nak topup cuti yang ngam2 seminggu sebelum due tu dengan CRK (cuti rehat khas) yang masih berbaki 6 hari sebab sy dah guna sehari masa MBB sakit haritu.. so maksudnya bolehla sy balik 2minggu sebelum due.. atau kalau nak lebih sy tambah dengan MC je.. tapi plannya nak topup CRK jela supaya atleast 6/9 sy dah berada di rumah.. tapi yang menimbulkan masalah, MBB pulak yang susah nak dapat cuti.. dia tak boleh nak extend cuti sebab waktu tu betul2 minggu sebelum UPSR.. dia kan mengajar tahun 6.. konpom tak sampai hati nak biar budak2 terkontang-konting even kalau GB consider pun.. see, anak murid lagi penting tau dari bini n anak.. hukhukhuk... sapa la yang nak menghantar sy balik.. drive sendiri?? i'm willing to kalau masih berdaya.. dah terdesak kan.. xpela kalau dia tak dapat temankan pun.. tapi MBB lak tak kasi.. sebab dia cakap kalau boleh dia yang nak hantar sendiri.. dah tu camne, sia2 jugak kalau sy topup cuti, tapi kalau dia pun tak boleh nak cuti.. dan sy tak boleh nak balik.. takkan nak menderhaka dengan suami lak kan. balik awal tanpa izin.. haha.. Again, sy mmg takut terberanak awal kat sini sorang2.. huhuhu..
4th: Selain daripada risau terberanak awal, sy sebenarnya takut kalau sy bersalin waktu MBB tak ada dengan saya dan lagi memburukkan keadaan, kalau dia berada kat dalam; waktu weekdays.. MBB hanya akan keluar ke pekan dan stay for weeekends only.. masa tu la dia accessible via HP.. dari tengahari jumaat sampaila tengahari ahad.. selalu je terbayang2 kalau sy bersalin hari ahad malam/ isnin.. maksudnya hanya jumaat berikutnya barula berita tu boleh disampaikan pada dia.. kalau bernasib baik, line internet ok, dapatla berita tu lebih cepat disampaikan.. itupun bukan on time dia buleh balik time2 tu jugak.. kena harung perjalanan dari sekolah ke pekan Lawas 2jam setengah.. dari Lawas ke KK 4-5jam bergantung pada trafik dan juga gate sempadan. kalau waktu tu gate dah tutup, tak dapat la nak ke Sabah. kena tunggu sampai gate bukak.. kemudian naik flight dari KK ke mana bergantung pada lokasi sy masa tu la.. huhuhu..
So kami decide untuk bincang dengan doc kat tempat yang kami planning for delivery nanti.. nak tanya pendapat dia, boleh ke awalkan delivery ke cane.. means induce la kan.. kalau dah takde choice, terpaksa la walaupun ramaia cakap sakitnya berganda2.. supaya MBB dapat bersama dengan sy pada saat kelahiran.. InsyaALLAH, cuti raya nanti kami nak g checkup dan booking sekali.. masa tu bolehla dapatkan pandangan dia.. yelah, sapa tak mau laki ada time sakit bersalin.. sekurang2nya dapat bagi perangsang dan paling koman pun biar dia tengok betapa sakitnya kita nak melahirkan zuriat dia.. :p
Planning for maternity leave ni sangat memeningkan kepala sy.. mungkin situasi kami yang merumitkan keadaan.. so setakat ni perkembangannya sy dah apply cuti bersalin dari 17/9-15/11.. maksudnya tak perlu naik kerja sebab terus sambung dengan cuti sekolah.. 2nd-4th dilemma; not yet settled.. kena g jumpa gynae dulu, lepas tu baru leh wat keputusan.. samada topup cuti, induce ke ape ke bergantung pada perjumpaan tu.. sekarang ni pun asik pesan kat baby.. supaya tunggu daddy balik.. jangan keluar awal2.. cian kat mummy.. huhuhu
2 comments:
homaiii..pening jugak ni..huhu!
i rasa u kene induce la. dh kalau takde choice. susah jugak sebab husband u keje tempat xde line sume ke huwaaaa stress kalau i ni nk pikir u
i doakan yg terbaik untuk u. bincangla dulu dgn doc semua ye
Post a Comment