LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 14, 2014

Dapat call KPM

Sebenarnya, dari hari Selasa tu dah dapat misscall dari nombor 03888+++, xsempat nak angkat sebab ada kelas dan tak perasan.. petangnya pun xperasan.. dah rasa pelik, macam urgent je kan..banyak kali call.. 

Hari rabu pun sama, ada dua miscall lagi.. yang tak tahan, curious punya pasal, siap google lagi nombor tu sapa punya.. hahaha, and the result turn out to be KPM.. Kementerian Pelajaran Malaysia.. tapi abaikan jela.. sebab cam tak logik je.. pehal pulak KPM nak call aku.. hahaha.. ntah2 ni no bank ke ape ke..

Sekali, haaaa, malam tu dalam pukul 8.45, dah siap2 nak tido, no tu call lagi.. 
dannnn.. 
memang betul dari KPM wehhhh.. 

Pegawai tu perkenalkan diri dan tanya betul ke ni nombor isteri M. Syafik..
bla2.. bla... bla.. egtukar.. bla.. xlulus... ada penempatan smula.. april..
sekali..
kalau kami tempatkan en Syafik ni di Selangor puan bersetuju x???
HAAAAAA?????

Rupanya pegawai tu call untuk mintak persetujuan nak buat pertukaran khas bulan april nanti.. 
bersempena dengan posting budak junior ipgm....
Try juga mintak Perak.. tapi sygnya, penuh.. 
Negeri yang available cuma Selangor, Pahang dan Johor sahaja..
Selangor pun selangor la, asal Semenanjung.. xyah dah naik belon..

Encik Adli tu baik sangat weh.. banyak juga dia tanya pasal background, masalah kami sebagai PJJ dsb..
masa tanya keputusan tu ragu2 jugak nak wat.. yela, kang MBB tak mau nanti xpasal2 je.. 
tapi dia nasihat suh terima je dulu asal dapat balik semenanjung, nanti baru mintak tukar balik ke Perak supaya boleh dekat..
masa tu tawakkal jela buat keputusan untuk terima..
dia tak dapat tanya MBB sendiri sebab tak dapat call hp MBB.. 
memang la.. tengah-tengah minggu mana ada coverage hp kat sana..
dia duk dalam..
tapi nasib baikla dia call saya lak kan tuk tanya.. 
hehe, rezeki Ayra..

Betul dah tu KPM dah cuba nak tunaikan dasar yang diorang cakap tu yang diorang akan berusaha tuk pastikan suami isteri dah takkan berpisah jauh..  okla tu kan.. kalau tak, ada jugak yang pindah ke Sarawak nanti.. cuma sayangla.. sebab kami dah bazirkan masa banyak kat sana dan kat sini..
harap-harapnya betul dah  panggilan tu kan..
sekarang ni kena tunggu black & white pulak..
semoga ada rezeki kami sekeluarga untuk tinggal bersama-sama.. 
aminnn...

Photo: Sambil tido pun bolehhh.. :) #ayraarissa #day185 #hisapjari #yummy
tempek gambar ayra sekeping... ;)

>
>

4 comments:

Unknown said...

Wahhh...good news for ur family. Xlmo doh tu ze.. moga2 dpt syafiq dpt sempdan selangor -perok.

Unknown said...

Doa kt kitaorg etek nik

khadijah said...

Amin seronokla padni dekat tisp ujung mnggu ayra leh jumpe papa. Lame dah tak tgk ayra, ayra tak tumbuh rambut lg ke pas cukur? Same cam zarif botak :)

Anonymous said...

Alhamdulillah..rezeki ayra. semoga 1 family dpt stay together :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...