LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

September 13, 2014

#UPSR

"saya sebolehnya tidak mahu komen tentang Bocor.Biarlah pihak berwajib menyiasat dan mencari pelakunya untuk diadili. Tetapi ramai pihak menuding jari.Tunggulah dulu siasatan dibuat.Tak perlu jadi hakim tak bertauliah. Kalaupun ada berita pelakunya sudah ditangkap...belum dibuktikan dia bersalah. Bukan sahaja emosi murid terganggu...emosi guru siapa yang mahu peduli.kelas tambahan perlu dibuat semula..pengurusan murid upsr perlu dibuat.Pengawas peperiksaan yang semuanya guru perlu hadir semula.Ketua pengawas peperiksaan perlu beratur di bilik kebal seawal 6 pagi.Guru matapelajaran perlu urus semula kelas.Penyelaras UPSR(guru) perlu setup semula dewan,slip,Setiausaha peperiksaan(guru) terpaksa pening sekali lagi..murid yang tak mengambil peperiksaan perlu diurus supaya sekolah terkawal..lawatan murid terpaksa dibuat semula..solat hajat,bacaan yaasin...air yasin...pensil murid,kehadiran murid....

Jika keputusan teruk...guru akan dibantai habis habisan oleh semua pihak.Jika keputusan baik..guru tuisyen akan dijulang dan dikalung bunga malai...

guru tidak tahu soalan itu bocor atau tidak sehingga peperiksaan tamat.Guru akan berusaha pastikan murid berjaya sebab itu KPI yang diletakkan.

Siapa yang boleh akses soalan?kes bocor berlaku setiap tahun tapi apa pendekatan yang diambil?
Guru selaku penggubal soalan pun tak pasti soalannya naik atau tidak..

Jika guru yang membocorkan soalan, warga guru mengecam sekeras kerasnya tindakan tidak beretika ini.Umum perlu faham yang menaip soalan bukan guru,yang mencetak soalan bukan guru,yang menghantar soalan juga bukan guru malah yang mengepilnya pun bukan guru. Yang menjadi punching bag----->ya itu guru.."


P/s: copy paste dr FB cikgu zahran

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...