LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

March 31, 2014

Ayra masuk Baby Teething Contest, tolong LIKE.. :)

STICKY POST

Salam korang, nak mintak tolong jasa baik korang yang ada FB tolong LIKE gambar Ayra.. hehehe, kalau korang sangat baik, nak SHARE pun lagi bolehhhh.. hehehehe.. :)


sape2 yang nak tolong LIKE tu boleh klik SINI
kemudian LIKE page MYBBSTOP tu dulu, kemudian baru LIKE gambar cik Ayra ni..
kemudian, nak share pun boleh, taknak share pun takpe, tak paksa.. hehehehee

saja suka2 masuk contest ni..  contest ni end 31 Mac ni.. kalau ada rezeki, alhamdulillah... :)
>
>

March 20, 2014

Bila Ayra Selsema

Mummy yang jangkitkan dekat Ayra.. 
huhu, biasala.. mummy pun dapat virus dari budak2 sekolah.. 
citernya hari jumaat mummy yang demam selsema then start sabtu ayra dah berair hidung, 
malamnya boleh tido lagi, cuma start pukul 10.00 malam, dah nangis2 tak dapat bernafas..
bila dapat tenangkan dan bagi susu, dia tido balik tapi tak lama.. dalam 45minit camtu dah bangun balik..
minum susu pun nangis2 kuat sebab tak dapat nak bernafas..
yela, baby mana tau bernafas kut mulut cam kita orang besar ni..
ikhtiar lagi dengan buat minyak bawang putih dan buat minyak kunyit..
minyak bawang putih tu sapu kat dada, minyak dengan kunyit sapu dekat hidung

so, kitaran tido setiap 45 minit ni berlaku sampaila pukul 3.30 pagi..
start 3.45 pagi, badan dia panas mendadak..
check suhu tengok dah 38.4 celcius..
dia pun dah start minum je muntahkan balik susu tu
kelakabut mummy baringkan, buang baju n seluar, pakai pampers je..
lap badan dan jelum kepala..
lepas tu suapkan pcm..
masa tu dah siap call jiran sebelah nak mintak tolong hantarkan ke klinik sebab suap ubat pun muntah jugak..
tapi nasib baik akak tu tak angkat..
sebab lepas tu check suhu balik dah turun 36.7 
okla kan.. 
tapi dake kecik tu taknak tido.. so layanla sampaila pukul 7.00 pagi..
lepas pada tu, mummy ngan Ayra qadha tido..
semalaman tak tido haaa..

hari Ahad tu, memang tak tinggal ubat ngan vicks baby tu..
pastu sembur hidung jugak pakai tonimer.. tuk keringkan hingus..
sebab risau takut malam ni tak boleh tido lagi, kesian dia..
malam tu, try ikhtiar lagi, buat stokin bawang putih pakaikan dekat kaki
dan asah kunyit dengan air letak hidung..
alhamdulillah, Ayra tido dengan nyenyak sampai pagi..
mati2 ingatkan nak CRK je.. kalau masih demam n selsema
tengok2 dah tak demam dah.. cuma berhingus jela..
okla kan.. sekurang2nya dia boleh bernafas takde la teruk sangat.
cuma sekarang ni ada la hingus tu..
ada petua tak cane nak hilangkan??

Photo: Slpas  semalaman xtdo, baru nak start aktif balik.. Get well soon dear..  #ayraarissa #day189 #flu

>
>

March 14, 2014

Dapat call KPM

Sebenarnya, dari hari Selasa tu dah dapat misscall dari nombor 03888+++, xsempat nak angkat sebab ada kelas dan tak perasan.. petangnya pun xperasan.. dah rasa pelik, macam urgent je kan..banyak kali call.. 

Hari rabu pun sama, ada dua miscall lagi.. yang tak tahan, curious punya pasal, siap google lagi nombor tu sapa punya.. hahaha, and the result turn out to be KPM.. Kementerian Pelajaran Malaysia.. tapi abaikan jela.. sebab cam tak logik je.. pehal pulak KPM nak call aku.. hahaha.. ntah2 ni no bank ke ape ke..

Sekali, haaaa, malam tu dalam pukul 8.45, dah siap2 nak tido, no tu call lagi.. 
dannnn.. 
memang betul dari KPM wehhhh.. 

Pegawai tu perkenalkan diri dan tanya betul ke ni nombor isteri M. Syafik..
bla2.. bla... bla.. egtukar.. bla.. xlulus... ada penempatan smula.. april..
sekali..
kalau kami tempatkan en Syafik ni di Selangor puan bersetuju x???
HAAAAAA?????

Rupanya pegawai tu call untuk mintak persetujuan nak buat pertukaran khas bulan april nanti.. 
bersempena dengan posting budak junior ipgm....
Try juga mintak Perak.. tapi sygnya, penuh.. 
Negeri yang available cuma Selangor, Pahang dan Johor sahaja..
Selangor pun selangor la, asal Semenanjung.. xyah dah naik belon..

Encik Adli tu baik sangat weh.. banyak juga dia tanya pasal background, masalah kami sebagai PJJ dsb..
masa tanya keputusan tu ragu2 jugak nak wat.. yela, kang MBB tak mau nanti xpasal2 je.. 
tapi dia nasihat suh terima je dulu asal dapat balik semenanjung, nanti baru mintak tukar balik ke Perak supaya boleh dekat..
masa tu tawakkal jela buat keputusan untuk terima..
dia tak dapat tanya MBB sendiri sebab tak dapat call hp MBB.. 
memang la.. tengah-tengah minggu mana ada coverage hp kat sana..
dia duk dalam..
tapi nasib baikla dia call saya lak kan tuk tanya.. 
hehe, rezeki Ayra..

Betul dah tu KPM dah cuba nak tunaikan dasar yang diorang cakap tu yang diorang akan berusaha tuk pastikan suami isteri dah takkan berpisah jauh..  okla tu kan.. kalau tak, ada jugak yang pindah ke Sarawak nanti.. cuma sayangla.. sebab kami dah bazirkan masa banyak kat sana dan kat sini..
harap-harapnya betul dah  panggilan tu kan..
sekarang ni kena tunggu black & white pulak..
semoga ada rezeki kami sekeluarga untuk tinggal bersama-sama.. 
aminnn...

Photo: Sambil tido pun bolehhh.. :) #ayraarissa #day185 #hisapjari #yummy
tempek gambar ayra sekeping... ;)

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...